Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, December 17, 2011

Sultan kesal 2 solat Jumaat satu qariah

Sultan kesal 2 solat Jumaat satu qariah




SULTAN Mizan bersalaman dengan jemaah diiringi Tengku Muhammad Ismail  dan Tengku Muhammad Mua’az pada perasmian Masjid Sultan Ismail,  Chendering, semalam.
SULTAN Mizan bersalaman dengan jemaah
diiringi Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az
pada perasmian Masjid Sultan Ismail, Chendering, semalam.





Kejadian dalam beberapa daerah di Terengganu



KUALA TERENGGANU: Sultan Mizan Zainal Abidin semalam melahirkan rasa dukacita baginda terhadap kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran yang masih berlaku di beberapa daerah di Terengganu.
Sultan Terengganu bertitah, kejadian itu disebabkan tiada persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian ke atas sesuatu masalah yang dihadapi, sekali gus menyebabkan Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda dan umat Islam dihina serta dipermainkan.



“Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering, semalam. Turut berangkat, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua’az serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.




Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Raja.




Sementara itu, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh, berkata masalah solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim sejak lebih 20 tahun lalu sukar diselesaikan walaupun pelbagai tindakan dilakukan jabatan itu.




Sambil mengakui ada 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 masjid sebelum ini, beliau mengesahkan sedang menyiapkan kertas laporan mengenai perkara itu sebelum diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) untuk dipersembahkan kepada Sultan Terengganu.



Bercakap ketika ditemui pada majlis perasmian program temu mesra Setiausaha Kerajaan negeri bersama warga kerja Kompleks Seri Iman, di sini yang turut dihadiri Mufti negeri, Datuk Dr Alias Abdullah, Mohd Rozali berkata, satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah itu turut ditubuhkan.






Sumber









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...