Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, December 24, 2011

Masjid tersejuk di dunia?



Masjid tersejuk dunia?


Masjid Nurd Kamal





SELAMA ini mungkin kita tertanya-tanya apakah keadaannya jika ada umat Islam yang berkunjung ke kawasan paling sejuk di dunia seperti di Kutub Utara dan Kutub Selatan, bagaimana jika mahu menunaikan solat?



Hakikatnya terdapat beberapa masjid di sana yang mungkin ramai tidak tahu kewujudannya. Jika melihat pada keadaan cuaca, sememangnya agak sukar untuk didirikan sebuah masjid.



1. Masjid Nurd Kamal di Kutub Utara


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2s_2AiHCPBWMmKvOGRuHigMtNnZuYMKigveoLKgUf3TmaIAA6GsSuUglOYAKgd_CkZhLiKXhrgTMQDRQXf8Ggv8PXnSAOtkOLhSyY_k654JOI1LLAUFATc3VfJI14ifSpC0Qmf4SRIpvp/s1600/Masjid+Nurd+Kamal+di+Kutub+Utara.jpg



MASJID ini terletak di bandar Norilsk di bahagian utara wilayah Siberia, di Rusia, dikatakan masjid ini dibangunkan oleh seorang lelaki daripada etnik Tartar, Mukhtad Mekmeyev pada 1998.



Masjid Nurd Kamal, terletak di pinggiran kota Norlisk, yang suhunya boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari.



Menurut pengurus masjid tersebut, Mukum Sidikov warga Rusia yang merantau ke daerah itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk yang beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.



Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan. Namun hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah.



Namun kini penghijrahan penduduk Muslim ke daerah Norilsk semakin menurun berpunca daripada keadaan cuaca yang sangat buruk, kesan dari isu pemanasan global. Akibatnya, populasi di Norilsk semakin menurun bukan saja melibatkan umat Islam, tetapi kaum lain.



Golongan Muslim diterima baik oleh penduduk asal dan tidak mengalami diskriminasi.



Menurut Sidikov, walaupun tidak ramai yang berkunjung ke masjid itu, beliau tetap membukanya sehingga larut malam setiap hari untuk memberi kesempatan bagi mereka yang ingin belajar al-Quran.



Apabila tiba Ramadan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.



2. Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World)



MASJID ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.



Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.



Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.



Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.



Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.



Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.



3. Pusat Komuniti Muslim Eskimo (Antartika)



WILAYAH yang dikenali sebagai tempat tersejuk di dunia ini hampir dilitupi salji sepanjang tahun dengan suhu mencecah -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan 30 darjah lebih tinggi pada musim panas. Dikatakan terdapat kira-kira 1,000 orang tinggal di Antartika pada satu-satu masa.



Walaupun keadaan cuacanya begitu menggerunkan tetapi tetap terdapat sebuah masjid untuk digunakan umat Islam yang terdapat di sana.



Satu-satunya pusat kegiatan Islam yang terdapat di sana adalah Muslim Eskimos Community Center, yang beralamat di nombor 3, Amundsen Scott Station South Pole, Kutub Selatan, Antartika. Selain untuk beribadat, pusat ini juga digunakan bagi membantu orang yang ingin mengetahui dan mempelajari tentang Islam.



4. Masjid baru di Alaska



KINI umat Islam di Alaska yang berjumlah sekitar 3,000 sedang menanti siapnya pembinaan sebuah masjid baru dengan keluasan 70,000 kaki persegi. Ia terletak di 80th Street berhampiran Lebuh raya Old Seward di Anchorage.



Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah surau kecil juga di Anchorage. Kos pembinaan dan pembelian tanah didapati hasil dari kutipan derma masyarakat setempat dan antarabangsa.



Dengan pemandangan indah bukit bukau di belakangnya, kawasan masjid ini akan turut didirikan pusat kegiatan masyarakat dan sekolah untuk kegunaan umat Islam di sana.




First Masjid for Alaska Project Update





Sumber













Teruskan membaca..

Sarang Labah-Labah Pada Pokok




http://www.esempoi.com/wp-content/uploads/2011/12/spiderweb2.jpg





http://www.esempoi.com/wp-content/uploads/2011/12/spiderweb1.jpg






http://www.esempoi.com/wp-content/uploads/2011/12/spiderweb5.jpg









Teruskan membaca..

50 Fakta Tentang Emas


http://www.perhiasanemas.net/wp-content/uploads/2010/04/merawat-perhiasan-emas.jpg
Gambar sekadar hiasan..



50 Fakta Tentang Emas





1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.




2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).




3. Nombor atom untuk emas adalah 79.




4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.




5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.




6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.




7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.




ketulan emas, butiran emas


8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.




9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat).




10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.




11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.




12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.





14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.




15. Emas adalah logam peralihan.




16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.





17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.





18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.





19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.





20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.












21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m).




22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.




23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.




24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.




25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.




26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red.




27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.




28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.





29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.





30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.




31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.




32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.




33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa).




34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak).



35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.





36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.





37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.





38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.





39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.





40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.





41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.




42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.





43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999.




44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.





45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k).




46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k).





47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).




48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.






49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.






50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.











Teruskan membaca..

Sambut Krismas dengan fahami rakan Malaysia lebih baik: Najib




Sambut Krismas

dengan fahami rakan Malaysia lebih baik: Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa rakyat Malaysia supaya menyambut Hari Krismas dengan memahami rakan rakyat Malaysia dengan lebih baik, dan menghargai mereka atas kepelbagaian dan kekuatan yang mereka bawa kepada negara ini.





"Apa yang paling saya suka mengenai waktu Krismas ialah ia mengingatkan kita
semua untuk menyebarkan perasaan muhibah dan kegembiraan, tepat pada masanya untuk menyambut Tahun Baru dan membuat permulaan yang baru. Tidak salah sekiranya kita diingatkan sekali-sekala," katanya.




Dalam perutusan Hari Krismas yang dimuatkan dalam laman blog beliau,
www.1Malaysia.com.my, Najib berkata, beliau sentiasa percaya bahawa sebagai
sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan, "kita mesti merebut peluang untuk
memupuk persefahaman yang lebih baik antara rakyat Malaysia daripada budaya dan
kepercayaan yang berbeza."




Perdana Menteri berkata, beliau mengetengahkan kepercayaan beliau ini pada Julai
lepas apabila beliau mengetuai delegasi kerajaan untuk membuat kunjungan hormat
kepada Pope Benedict XVI di kediaman musim panas beliau di Castel Gandolfo, dan
berkongsi wawasan beliau mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.




"Dari lawatan kerja itu, Malaysia dan Holy See (Vatican City) telah bersetuju
untuk mewujudkan hubungan diplomatik, yang saya harap akan membawa kepada pautan



dan dialog antara agama yang lebih erat antara kita," katanya. - BERNAMA






Teruskan membaca..

LHDN dalam proses kumpul data pemohon BR1M


:teruja:


LHDN dalam proses kumpul data pemohon BR1M



IPOH: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.




Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan
bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.
"Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi
tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan
setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum
tamat tempoh. - BERNAMA







Teruskan membaca..

Bersembang dengan robot jelita





ACTROID kini bersedia untuk
bermesra dan melayan para pengunjung
PSN sehingga 8 Mac 2012.





Bersembang dengan robot jelita






MEMPUNYAI susok tubuh, tekstur kuli t dan gerak badan seakan manusia tetapi ia sebenarnya bukan manusia.



Jika dahulu robot adalah mesin-mesin yang bergerak mengikut arahan komputer bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang rumit, tetapi kini ia menyerupai manusia dan boleh berkata-kata.



Fenomena robot 'hidup' itu kini semakin berkembang di Jepun. Ia digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan seperti menjaga kaunter maklumat dan sebagai pemandu pelancong.



Itu kelebihan yang terdapat pada robot wanita bernama Actroid yang telah dicipta oleh sebuah syarikat pembangunan robotik di Jepun - Kokoro Company Limited.



Nama Actroid adalah gabungan dua perkataan iaitu Actor (pelakon) dan Android (teknologi yang digunakan).



Hasil usaha keras dan kerjasama para jurutera Jepun, Actroid berjaya dihasilkan menerusi kombinasi beberapa bidang utama iaitu sains, teknologi dan artistik seperti biologi serta anatomi.



Bagi mereka yang pertama kami bersemuka dengan robot pintar ini pasti akan menyangka ia adalah manusia sebenar.



Binaan artistik robot Actroid ini yang sangat terperinci sehingga ia hampir menyamai manusia.



Kesempurnaan itu dapat dilihat pada perjalanan otot anggota badan yang lembut dan lancar seperti kelipan mata dan pergerakan mulut ketika bertutur.



Antara bahagian tubuh yang paling ketara menyamai manusia adalah rambut, mata, gigi, tangan, kaki, bentuk tubuh dan dandanan termasuk juga suara.



Bentuk badannya pula dibina dengan penuh teliti dengan setiap sudut dan aspek dipastikan menyerupai manusia sebenar.



Untuk bahagian tangan, ia menggabungkan dua mekanisme utama iaitu komponen mekanikal bagi tujuan pergerakan dan bahagian luarnya diperbuat daripada material lembut.



Bagi mewujudkan kesan pergerakan otot di bahagian lengan, silinder tekanan udara digunakan sebagai penyambung.



Keunikan lain yang terdapat pada Actroid ialah, kulitnya dihasilkan daripada bahan silikon yang sama seperti yang digunakan dalam bidang perubatan kulit.



Untuk bahagian di sekeliling mulut pula satu lengkungan khas telah dibina.



Ia bagi membolehkan Actroid melemparkan senyuman dan mengeluarkan pelbagai ekspresi secara natural.



Bagi operasi pergerakan dan memberikan tindak balas, Actroid akan melalui proses ujian percakapan di dalam studio khas.



Ia bertujuan memastikan apa yang ditutur selari dengan pergerakan badan dan tangannya.



Orang ramai yang ingin berinteraksi dengan Actroid perlu bercakap menggunakan mikrofon pada kotak operasi yang terletak bersebelahan sebelum menerima sebarang respons daripadanya.



Actroid boleh ditemui pada pameran Encyclopedia of The Actroid di Pusat Sains Negara (PSN) yang bertujuan mendedahkan teknologi robotik kepada rakyat negara ini terutama para pelajar.



"Matlamatnya ialah membawa masyarakat terutama pelajar sekolah dan universiti untuk mengenali dan mendekati bidang sains robotik.



"Ia dilihat bakal memberi dimensi baru dalam penyediaan program serta aktiviti PSN secara lebih dinamik sekali gus menawarkan para pengunjung pameran berkualiti dan bertaraf antarabangsa.



"Pameran ini cukup lengkap merangkumi bidang kejuruteraan mekanikal dan seni halus serta disampaikan secara interaktif dan mudah difahami.



"Memandangkan tahun ini merupakan tahun penggalakan sains, jadi pameran seumpama ini sangat menepati hala tuju PSN untuk mencetus minda imaginatif dan inovatif terhadap golongan muda," kata, Pengarah PSN, Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli.





Sumber






Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...