Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
PEMAIN Johor Darul Takzim, Andre
Francisco menjaringkan
gol kemenangan pada perlawanan separuh akhir
kedua Piala FA
menentang Pahang selaku tuan rumah yang berkesudahan 1-2
di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.
Johor DT layak
ke final Piala FA berdasarkan agregat 2-2
dan kelebihan jaringan di
tempat lawan. -
UTUSAN/HAFIZ JOHARI
KUALA LUMPUR 1 Jun - Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA
walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasukan itu layak
kerana kelebihan satu jaringan di tempat lawan dalam perlawanan separuh
akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam ini.
Johor Darul Takzim akan bertemu Kelantan pada perlawanan akhir.
Perlawanan malam ini, berkesudahan Pahang menang 2-1. Namun, Johor
Darul Takzim mara ke final selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama di
tempat sendiri di Johor Bahru sebelum ini.
Pertemuan kedua-dua pasukan pada malam ini diadakan di stadium
berkecuali berikutan kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur,
Kuantan pada Selasa lalu. - UTUSAN ONLINE
oleh Lee Boon Hua (tiga dari kiri) meraikan penerima
Anugerah
Kecemerlangan IPG dalam
Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan
IPG
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya, semalam. -
UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 27 Mei - Kementerian Pendidikan
merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi
secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG)
dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu
bertujuan bagi memastikan hanya yang terbaik ditawarkan ke jawatan
berkenaan. "Amalan pada masa ini membolehkan guru pelatih IPG dan IPTA dijamin
pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka.
"Jaminan pelantikan ini akan digantikan secara berperingkat dan hanya
guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan
ditawarkan jawatan sebagai guru," katanya ketika berucap dalam
Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Rektor IPG, Dr. Lee Boon Hua.
Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Idris berkata, langkah
pengambilan guru itu perlu dijalankan untuk memastikan hanya mereka yang
lulus dengan baik ditawarkan kerja sekali gus meningkatkan martabat
guru.
"Kita mahu pilih yang terbaik selain menjadikan jawatan guru sebagai
kerjaya pilihan, bukan kerana ikut suami atau sebagai pilihan terakhir.
"Pelajar-pelajar terbaik di Finland umpamanya bercita-cita mahu
menjadi guru, keadaan ini menjadikan taraf pendidikan negara itu
tinggi," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya masih perlu meneliti banyak
perkara termasuk cara pelaksanaan sistem itu selain soal masa depan guru
pelatih yang tidak ditawarkan jawatan.
Dalam pada itu, Idris berkata, Kementerian Pendidikan telah memulakan
langkah untuk memastikan calon yang cemerlang memilih profesion
perguruan sebagai kerjaya mereka.
"Dalam Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan
kesedaran tentang perguruan sebagai kerjaya yang berprestij.
"Kerajaan akan melancar tawaran baharu yang menyeluruh kepada semua
guru bagi menjadikan profesion perguruan lebih menarik dan meningkatkan
profil dan profesionalisme kerjaya ini," katanya. - Sumber
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah perjalanan terindah dalam
sejarah manusia. Tiada yang lebih indah daripada perjalanan menuju
kepada Allah SWT dan ia juga kemuncak kemuliaan terhadap junjungan besar
Nabi Muhammad SAW yang lama bersabar menunaikan dakwah agama Allah SWT.
Tibalah masanya Allah SWT mengurniakan suatu mukjizat terbesar
kepada Baginda SAW iaitu Israk dan Mikraj bertujuan menyatakan kepada
dunia bahawa penghuni langit sentiasa menerima kedatangan Baginda SAW
dengan penuh penghormatan.
Perkara tersirat dalam peristiwa ini adalah lebih jauh daripada apa
yang difahami di mana Allah SWT hendak menunjukkan keluasan kerajaan-Nya
kepada Rasulullah SAW dan umat manusia walaupun Baginda SAW merasa
kesempitan hidup hasil daripada tekanan dihadapi.
Ia akan menyuntik semangat kepada Baginda SAW supaya terus
gigih membawa perubahan tamadun manusia berdasarkan wahyu walau
ditentang oleh orang kafir.
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah simbolik kepada satu kuasa yang
tidak dapat digugat oleh sesiapa. Cahaya Islam yang terpancar di bumi
tidak akan terpadam walaupun seluruh dunia berusaha memadamkannya.
Kekuatan dihasilkan daripada peristiwa ini dapat dijana melalui
ibadat solat yang juga anugerah terulung pada malam itu. Kemuliaan
dikurniakan kepada Baginda SAW adalah sesuatu yang tidak ternilai dan
tiada kepada nabi lain.
Allah SWT juga menzahirkan martabat Nabi Nabi Musa pada malam itu
dengan memperkenankan pandangan Nabi Musa berkaitan bilangan solat. Ini
adalah kerana ujian yang diterima Musa tidak jauh berbeza dengan Baginda
SAW.
Perintah ibadat solat
Peristiwa penting ini juga ada kaitan dengan ibadat solat lima
waktu. Allah SWT menjemput Nabi Muhammad SAW menghadap-Nya untuk
diberikan perintah khusus kewajipan mengerjakan solat fardu lima waktu.
Ini menunjukkan pentingnya ibadah solat hingga Rasulullah SAW menyatakan
solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia menegakkan
agama dan sesiapa meninggalkannya seperti meruntuhkan agama.
Syurga yang dilawati Rasulullah SAW membawa pengertian bahawa umat
Baginda SAW akan dimasukkan ke syurga seluruhnya. Baginda SAW
bertanyakan sahabat: Adakah dalam kalangan kamu yang merasai syurga?
Jawab Abdullah bin Umar: Saya wahai Rasulullah. Adakah di antara kamu
yang merasai buah-buahan dan minuman syurga? Jawab Abdullah lagi: Saya.
Jawab bapanya Umar: Aku menutup kepalaku kerana malu. Lalu Baginda SAW
meminta penjelasan Abdullah. Abdullah berkata: Sesungguhnya saya merasai
apa yang engkau rasa pada malam Israk dan Mikraj dan kita semua akan
merasainya pada Hari Kiamat.
Berdisiplin susun tindakan
Perjalanan ke langit mengajar kita cara berdisiplin dan menyusun
tindakan apabila Baginda SAW meminta keizinan pada setiap pintu langit.
Apakah Allah SWT dan malaikat tidak mengetahui kedatangan Baginda SAW
pada malam itu?
Jawapannya tidak, namun simbolik kepada kita semua pentingnya
disiplin dalam kehidupan supaya ia berjalan dengan lancar. Sabda Baginda
SAW: Kebenaran yang tidak sistematik akan tewas dengan kebatilan yang
lebih berkesan dan sistematik.
Masjid dijadikan tempat permulaan dan penutup kepada peristiwa ini
menunjukkan masjid adalah penting untuk kehidupan manusia di dunia dan
akhirat. Di situlah manusia berkumpul mengeratkan hubungan dengan Allah
SWT dan sesama manusia.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW:
" Mahukah kalian
aku
tunjukkan suatu urusan
yang akan menghapuskan
kesalahan dan meninggikan
darjat seseorang?
Mereka menjawab:
Ya, wahai Rasulullah.
Baginda
bersabda:
Menyempurnakan wuduk
pada waktu yang sukar,
banyakkan langkah
ke masjid dan
menunggu solat (berikutnya)
selepas (melakukan solat).
Maka itu adalah tali pengikat a
ntara kamu dengan Allah SWT.
(Riwayat
Muslim)
Manusia hari ini, keluar berjalan dan melihat keindahan bumi
adalah salah satu cara untuk menghilangkan segala tekanan serta bebanan
hidup. Demikianlah Allah SWT menghilangkan kesedihan Baginda SAW
terhadap kehilangan orang tersayang iaitu Khadijah dan Abu Talib.
Johor Bahru: Mental pemain Johor Darul Takzim (DT) tidak terjejas
biarpun terpaksa menempuh detik hitam ketika di Stadium Darul Makmur,
Selasa lalu malah sudah bersedia untuk berdepan Pahang pada saingan
separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Pengendali skuad Harimau Selatan, Fandi Ahmad berkata, perlawanan
yang dibatalkan selepas kekecohan di Kuantan nyata meningkatkan lagi
moral pemain yang sudah bersedia untuk berdepan skuad Tok Gajah tatkala
memiliki bekalan 1-0 selepas menang pada aksi separuh akhir pertama di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu.
Moral tinggi
"Perlawanan akan diteruskan. Kita sudah bersedia tidak kisah
beraksi di gelanggang mana pun. Moral pemain tampak begitu tinggi untuk
membuat perhitungan di gelanggang berkecuali.
Kita sudah
bersedia bagi menentukan slot ke final Piala FA. Pemain juga tidak
trauma dengan insiden di Stadium Darul Makmur tempoh hari kerana mereka
adalah pemain profesional dan perlu menerima kenyataan apa yang terjadi.
"Sebenarnya kita sudah bersedia untuk beraksi di Kuantan tetapi
apakan daya perlawanan itu terpaksa dibatalkan malah kita juga tidak
sabar untuk beraksi di Bukit Jalil," katanya.
Fokus buru kemenangan
Mengulas Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi medan penentu
memburu slot final untuk berdepan Kelantan, 29 Jun ini, Fandi nyata akur
dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Keputusan sudah dibuat oleh FAM
dan kita ikut apa jua yang ditetapkan. Apa yang kita inginkan adalah
beraksi di padang dan memburu kemenangan untuk layak ke final. Saya juga
arahkan pemain supaya fokus selepas kita sudah berhempas pulas untuk
layak ke separuh akhir dan rugi jika tidak ambil kesempatan itu," kata
Fandi.