Photobucket

Sahabat Maya :

Showing posts with label Bicara Bistari. Show all posts
Showing posts with label Bicara Bistari. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Biar kita suka menjadi guru.Bukan suka-suka menjadi guru.:)



" Biar kita suka menjadi guru.
Bukan suka-suka menjadi guru. ”
 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimHDZ_m3B1v45DY4VUbjxbDCC6BGZBcTmAy1Adi8BewLD0HFwJoGs07kIvpRQkFmeyeZX56Fmxie2YDKn74TFAU0rf-S8YZqxq-szAeiEWeecbB8efLNBfQcjj0OZis6ijMzWWgaB19JTl/s1600/SMILEY_FACE.204100324_std.JPG
 https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS9h5XqP7NWyPI8B61pS7xDqTB7Wubkr4TYpPgDtrMWBwr6_Dmohttp://freewebcomic.com/site/wp-content/uploads/2011/06/stokin.pnghttp://www.grandprofile.com/Myspace_Comments/Events_And_Occasions_Comments/Back_2_School_Comments/images/Back-To-School-21.gifhttps://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQek7OOYbavc4gVSmebbW3SZS6yydMCXRDNSpugxG5MecTQDzfiaAhttp://www.xpresi.org/wp-content/uploads/2012/09/back2sk.jpg
Teruskan membaca..

Saturday, February 15, 2014

Mencari keberkatan rezeki











PERKARA penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.









Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan. 







Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal.





 Antaranya:







1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat




Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." 




(riwayat at-Tirmizi). 




Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.






2 Bekerja sungguh-sungguh


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 


" “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya 
bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal."



 (riwayat Adailami)







3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 




" “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat." 


(riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)





4 Memperbanyakkan beristighfar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya." 


(riwayat Imam Ahmad) 





5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah. 





Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.




Baginda SAW berkata:







" “Bertakwalah kepada Allah, 

bersabarlah dan aku 
 anjurkan agar kamu dan isterimu
 memperbanyak bacaan, 
La hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘"



 Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya.




 (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3) 







6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT 



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:





" Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. "


(riwayat Bukhari)






7 . Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak. 



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:



" “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan."


 (riwayat al-Tirmizi) 






8 . Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam 



Firman Allah SWT bermaksud: 



" Hai orang-orang mukmin,
 jika kamu menolong (agama) Allah, 
nescaya Dia akan menolongmu dan
 meneguhkan kedudukanmu."




(Muhammad: 7)







Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat. 







Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.




 http://bukuonline2u.com/image/cache/data/Yamani%20Angle/buku_mudahnya_mendapat_rezeki_yamani_angle-350x350.jpg

..
Teruskan membaca..

Thursday, May 30, 2013

Sifat lemah lembut eratkan silaturahim



Sifat lemah lembut

 eratkan silaturahim

Bersifat lemah lembut dalam berkata-kata dan bertindak adalah sifat yang disukai Allah SWT. Insan yang sengaja memilih berhias diri dengan sifat mulia terpuji ini bukan saja mewarisi keperibadian rasul yang mulia, juga memenuhi ciri keindahan Islam. 



Tanpa mengira di mana dan dalam suasana bagaimana, orang yang beriman sentiasa mempamerkan sifat lemah lembut, berlapang dada dan tenang. 



Sifat lemah-lembut, sopan, mudah mesra dan sabar sesungguhnya mempunyai kuasa tarikan yang kuat terhadap masyarakat yang melihat. Sifat ini sangat serasi dengan Muslim yang bertanggungjawab menyeru manusia lain ke jalan diredai Allah SWT. 





Sirah memaparkan bagaimana masyarakat jahiliah begitu senang menerima ajakan Rasulullah SAW mendekati agama Islam yang dibawanya. Jika berdakwah dengan cara kasar dan bernada sombong, sudah tentu tidak ada seorang pun yang terpengaruh, malahan semakin menjauh. 



Allah SWT berfirman: 

“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” 

(Surah Ali-Imran, ayat 159) 




Rasulullah mengutamakan kemesraan dan kelembutan dalam pergaulan. Walau ada saja orang yang ingin berbuat tidak baik atau sakit hati terhadap Baginda, namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya untuk menerangi manusia yang diselubungi kabus kejahilan. 



Rasulullah SAW tetap tidak berganjak daripada menunjukkan sikap manis dan tidak pernah menampak kemarahan di wajahnya. Tindakan beginilah yang diajarkan Rasulullah SAW kepada umatnya. 




Sifat lemah lembut bukan lemah 



Ada beranggapan jika berlemah-lembut dalam sesuatu perkara menunjukkan kelemahan atau sikap tidak tegas hingga mudah dipermain orang. Anggapan itu tidak tepat kerana lemah lembut bukan bermakna lemah, tetapi secara tidak langsung melahirkan kekuatan tersendiri.




Contohnya, guru di sekolah yang selalu berlemah-lembut, mesra dan kaya dengan senyuman dalam pengajaran serta pembelajarannya akan menzahirkan sifat kasih sayang hingga menumbuhkan rasa kecintaan dalam diri murid-murid dan hormat terhadap guru.




Namun apabila bersikap kasar dan selalu marah dengan muka bengis, nescaya akan ramai murid yang menghindari bahkan menyalakan api kebencian terhadap guru. Kesimpulannya, jika kita selalu berlemah-lembut terhadap sesama insan akan menghasilkan banyak manfaat dan kebaikan. 




Dari sudut lain, sifat lemah-lembut, berlapang dada dan sabar boleh menguatkan ikatan silaturahim sesama Islam, melenyapkan suasana perpecahan serta pergaduhan. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan atau tindakan yang boleh menghancurkan persaudaraan dan perpaduan. 

Teruskan membaca..

Thursday, May 23, 2013

Sabar, kebaikan cara berkesan bukti kesyumulan Islam

http://25.media.tumblr.com/tumblr_m9d1dnBn991reubh6o1_500.jpg


Sabar, kebaikan

 cara berkesan bukti 

kesyumulan Islam

  


Akhlak yang baik mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan akan meresap ke dalam hati manusia secara perlahan-lahan walaupun ada kalanya perbuatan itu nampak kecil, tetapi meninggalkan kesan yang besar.



Contohnya, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mempersendakan Islam atau ajarannya, kita sepatutnya sabar dan membalas tindakan mereka dengan kebaikan. Sabar dan kebaikan ini bukan bermakna kita tidak melawan, ia strategi halus boleh menyentuh perasaan secara perlahan-lahan.

Kebaikan yang ditunjukkan melalui penjelasan untuk memberi kefahaman kepada salah faham itu jika dilakukan secara istiqamah, lama kelamaan membuka mata mereka untuk melihat kemurnian Islam. 





Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan bukan Islam dalam keadaan prinsip Islam dijaga."






Malangnya, ramai antara kita mengambil jalan pintas melepas geram dengan kata-kata kesat dan kasar. Membalas kejahatan dengan kejahatan tidak akan menginsafkan manusia, sebaliknya menambahkan lagi penyakit dalam hati.



Contohilah Rasulullah SAW yang mampu memberi senyuman kepada orang kafir Quraisy walaupun mereka melemparkan batu dan najis kepada Baginda. Walaupun kisah ini sudah beratus tahun lamanya, hingga hari ini ia masih disebutkan di dunia Islam, malah oleh bukan Islam.


Menghormati semua bangsa

Perbezaan agama adalah perbezaan ajaran dan cara amalan keseluruhannya. Ia mungkin dianggap pelik daripada ajaran kita. Namun, kita diwajibkan menghormati mereka tanpa sebarang alasan. Jika ingin agama kita dihormati, jangan memperkecilkan kepercayaan orang lain.
 


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Allah tidak 
melarang kamu 
daripada berbuat baik 
dan berlaku adil
 kepada orang-orang 
yang tidak 
memerangi kamu kerana 
agama (kamu)
 dan tidak mengeluarkan kamu 
dari kampung
 halaman kamu; 
sesungguhnya Allah
 mengasihi orang yang 
berlaku adil.” 


(Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Kebanyakan pengakuan mereka yang mendapat hidayah Allah mengaku mereka sentiasa didedahkan mengenai unsur keganasan, diskriminasi terhadap wanita dan salah faham lain terhadap Islam tanpa tanpa memahami hakikat sebenarnya.

Maknanya, disebabkan bukan Islam didedahkan kepada perkara negatif yang direka atau fitnah musuh Islam, maka kebenaran tertutup. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk menjernihkan pemahaman dan memperbetulkan salah faham itu.

 

Ada juga rakan bukan Islam akan bertanyakan mengenai agama Islam. Peluang ini sepatutnya digunakan untuk menjelaskan kebenaran Islam supaya mereka memahami kemurnian agama Islam.

 

Selain penjelasan, cara berkesan untuk menunjukkan kesyumulan Islam ialah melalui tindakan. Maka tunjukkan keindahan atau hikmah di sebalik segala perintah Allah. Kebanyakan yang menerima Islam kerana tertarik dengan kebaikan tersembunyi di sebalik ajaran Islam. 



Serlahkan keindahan Islam

Ramai yang tidak nampak keindahan Islam kerana hanya Islam pada nama. Seharusnya kita berasa bertuah terhadap nikmat iman yang diberikan Allah SWT. Menjadi umat yang terpilih ini menuntut usaha untuk berdakwah kepada Muslim dan bukan Muslim.


Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan bukan Islam dalam keadaan prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam.

 

Bermula hari ini, mari kita bermuhasabah diri, sejauh mana akhlak kita telah fahami dan amalkan serta pamerkan dalam muamalah dengan semua orang. Semaikan dalam hati dan minda bahawa kita wajib berlaku baik kepada semua orang demi memelihara kesucian Islam. 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhleiS4r6qJY9O92beKKYqrD6qPy_GWhg59wCftU5WsoBX__bfsJ8VG8Y9AQcW_dNkbYNv_DF7P3VNKPqGZPddhvJ0YOj0JnacUD9FZV7WOD0P12QI_yv6c8QwYciSfRNHpBFamSgJ1pl9J/s320/header_bg.png 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKyTIQkDjv3XyjMplMdK8Tu-UOyhkq74FTg9R_HXdddKanvf6Eb2GdyWn7lTtdkXW3Ft_QVNCSwSQaF8nO6C3D8L76ojCelnzmi4jSopwcs1823ee0kI7gjZJCjqIYYNKrbtp3Biies_Wx/s1600/sabar+alq.jpg 

P/s :

Hanya peringatan untuk diri sendiri :)

http://www.scrapsyard.com/sy/01/8713/87131.jpg
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...