Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 14, 2011

BERITA baik untuk kaum hawa


pix_middle



BERITA baik untuk kaum hawa yang gemarkan fotografi. Tidak perlu lagi mengheret kamera besar dan berat kerana kini anda boleh mendapatkan teknologi SLR hanya pada kamera sebesar tapak tangan!



Inilah teknologi terbaru yang diketengahkan Nikon. Memperkenalkan kamera kompak siri Nikon J1 dan Nikon V1 tetapi dipenuhi pelbagai fungsi kamera profesional.



Nikon J1 dicipta untuk mereka yang gemar merakamkan detik berharga dan mudah dibawa ke mana saja walaupun di dalam saku sendiri.



Lebih menarik, kamera ini juga boleh merakam video HD sepenuhnya apabila dilengkapi resolusi 1080/60i. Selain itu, bagi yang kreatif, anda juga boleh menggunakan kamera ini untuk merakam detik bahagia melalui fungsi video gerak perlahan dengan resolusi 400fps (640x240) hingga 1,200fps (320x120).




Selain itu, ia turut dilengkapi ciri auto yang mengawal elemen utama rakaman seperti komposisi gambar, warna, kecerahan, pergerakan dan subjek kemudian memilih mod senario yang tepat bagi menghasilkan foto terbaik sebelum ia dipaparkan menerusi skrin LCD bersaiz besar, 3.0 inci. Ia juga mempunyai ciri SLR apabila turut dilengkapi sistem pencarian optikal.





Tidak cukup dengan itu, kamera kompak ini turut membolehkan pengguna menukar lensa mengikut cita rasa mereka dengan menggunakan ‘mount adapter’ yang diselaraskan dengan lensa Nikkor F.



Apakah kelebihan kamera ini dibandingkan dengan SLR? Selain lebih ringan untuk dibawa, ia juga menampil kualiti gambar yang terbaik, mudah untuk digunakan, skrin LCD besar, 10.1 megapixel dan juga pilihan rakaman video yang lengkap.



Kekurangannya pula mungkin terletak pada harganya apabila Nikon 1 J1 di jual pada harga RM1,998 yang didatangkan bersama kit 10-30 mm, boleh dianggap mahal berbanding kamera kompak biasa.




Bagi siri V1 pula, ia tidak jauh berbeza berbanding J1. Namun, kelebihannya ia didatangkan bersama kit lensa yang boleh ditukar mengikut kesesuaian gambar yang ingin dirakam. Namun, harganya sedikit mahal berbanding J1 apabila dijual pada harga bermula RM2,858 (bersama kit 10-30mm).




Selain itu, perbezaan paling ketara antara dua produk ini adalah Nikon 1 J1 didatangkan bersama flash sebaliknya V1 pula tidak. Bagaimanapun, V1 boleh menggunakan flash daripada Nikon ‘SpeedLight SB-N5 flashgun’.




Tambah menarik, siri V1 turut dilengkapi dengan shutter elektronik ataupun secara manual. Malahan, kedua-duanya juga boleh dipilih menerusi menu untuk disesuaikan dengan pengguna.




Seperti J1, Nikon V1 juga mensasarkan pengguna wanita yang berkeluarga sebagai tumpuan penjualan. Mahukan sebuah kamera secanggih SLR tetapi kecil, inilah produknya.



INFO



PRODUK: Nikon 1


HARGA: RM1,998 (J1), RM2,858 (V1)


PENGELUAR: Nikon Corporation


PERTANYAAN: Nikon Malaysia Sdn Bhd


TELEFON: 03-7809 3688


LAMAN WEB: www.nikon.com.my







Sumber











Teruskan membaca..

RIBA Al-Qardh



Riba Al-Qardh popular




RIBA Al-Qardh adalah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.




Riba jenis ini boleh dikira paling popular digunakan di kalangan masyarakat kita hari ini dan boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk.





Antaranya, duit berbalas duit yang lebih banyak nilainya atau lebih tepat lagi, pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar melebihi nilai yang dipinjam seseorang.




Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam masa tiga bulan.





Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai ketika pembayaran semula dalam tempoh waktu itu adalah riba al-Qardh.





Ini adalah daripada jenis riba dalam kategori nilai kewangan berdasarkan faktor masa atau ‘time value of money’ yang diharamkan di dalam Islam.

Konsep ‘time value of money’ adalah satu nilai kewangan hari ini bernilai lebih pada masa depan.





Ini kerana, jika setiap RM1 digunakan sebagai perumpamaan, ia mungkin boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate Finance: Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New York, USA, 2001) Bagaimanapun, jika Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah (nilai lebih daripada pinjaman) tanpa sebarang paksaan atau syarat oleh Ali pada awal perjanjian, pinjaman dibuat sepanjang tempoh pinjaman adalah halal lagi terpuji di sisi Islam.

Hal ini pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda membelikan unta yang lebih baik daripada apa yang dipinjam oleh baginda dengan meminta sahabat itu tadi membeli seekor unta yang lebih baik lalu berkata:





“Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam)


adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik.”


(Riwayat Al-Bukhari).





Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walaupun dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah.





Ini kerana Islam tidak menerima campur tangan reda manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.





Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah SWT. Justeru, walaupun ditawar oleh peminjam dengan keredaan dirinya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.





Contoh riba Al-Qardh kedua pula adalah pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar bersama-sama sesuatu manfaat lainnya.





Sebagai contoh, pemberi pinjaman, Kamil memberi pinjaman RM1,000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan. Namun, sebagai balasan, Kamil mensyaratkan Hasan membantunya menyiapkan tugasannya.





Dalam contoh di atas, bantuan menyiapkan tugasan itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman.





Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman diberi walaupun tiada jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.





Riba Al-Qardh ketiga pula adalah manfaat berbalas manfaat yang lebih. (bukan dalam bentuk nilai kewangan) Contoh riba jenis ini adalah apabila pemberi pinjaman, Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat dia perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal ketika pinjaman dilakukan, tangki minyak kereta tidak penuh.





Dalam contoh ini, riba berlaku kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman yang termasuk pulangan lebih yang disyaratkan.





Ia juga tergolong di dalam ‘ijma’ yang disebutkan oleh Ibn Qudamah, kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman itu tadi.





Dalam kes ini, jika pemberi pinjam ingin memperoleh sesuatu keuntungan seperti disebut di atas, dia tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam’ ketika memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa’ dengan nilai sewa, setangki penuh minyak.





Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperoleh adalah halal.





Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian, ia berbeza di sisi Allah SWT.





Ini kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya.





Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa’, ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik menerima habuan di dunia berbanding habuan akhirat.





Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:




“Pada malam aku pergi ke syurga (ketika Israk Mi’raj),


aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga,


“Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya


kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman


tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali,”


lalu aku bertanya:


“Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam


lebih mulia daripada sedekah?”


“Jawab Jibrail:


Kerana yang meminta di waktu meminta itu,


sedang ia masih memiliki (mampu),


sedangkan orang yang meminta pinjaman


tidak akan meminta pinjam kecuali


benar-benar di kala keperluan.”


(Riwayat oleh Ibn Majah).




Al-Jassas menerusi kitab yang ditulis iaitu Ahkam al-Quran menyebut:




“Allah menamakannya sebagai qardh (pinjam)


sebagai penguat kepada perolehan


pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qardh,


maka pemberi pinjam layak



mendapat ganjaran (material) darinya.”


Contoh riba Al-Qardh yang boleh terjadi pula adalah,


hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.




Riba ini terjadi apabila seseorang individu atau dinamakan sebagai Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan dengan syarat dia perlu menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan depan.




Pemberian ini termasuk di dalam kategori riba Al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walaupun menggunakan lafaz hadiah.




Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah ‘substance’ atau rangka asas kontrak yang sememangnya adalah pinjaman berserta faedah.




Contoh lain riba Al-Qardh pula adalah apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.




Hal ini boleh berlaku dalam situasi apabila pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan tujuh dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala pihak wanita bersetuju dengan balasan sembilan dulang bernilai RM13,000.




Dalam konteks ini, masih berlaku syubhah riba Al-Qardh jika kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM10,000 berbalas RM13,000.




Namun, jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.




Yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.






Sumber











Teruskan membaca..

Potensi Keropok Lekor





Saintis keropok lekor


JAMILAH bersama tidak pernah jemu menjalankan penyelidikan sejak 32 tahun lalu.

PROFESOR Dr. Jamilah Abu Bakar sangat mengagumi kemahiran nenek dan ibunya dalam menyediakan masakan utara. Namun disebabkan masih kecil, Jamilah sekadar main masak-masak dengan meniru gaya ibunya memasak di rumah.



“Saya tak sabar memasak apabila diberikan sebuah tin susu kosong dan sedikit beras untuk memasak nasi. "



“Tetapi alangkah sedihnya apabila percubaan pertama tidak menjadi. Begitupun, keesokan harinya saya berjaya juga memasak nasi. Selepas itu saya cuba menggiling cili kering pula,” katanya ketawa.



Pada usia 56 tahun sekarang, kerjaya Jamilah sebagai pensyarah dan penyelidik teknologi makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) masih berkait dengan makanan khususnya produk yang berasaskan ikan.



Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik UPM yang diketuai Jamilah berjaya menghasilkan kolagen daripada kulit ikan tilapia. Protein itu penting bagi memelihara keremajaan dan keanjalan kulit serta mendapatkan bentuk badan menarik.



“Kami ialah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya,” kata Jamilah.



Kolagen akuatik berkenaan boleh digunakan dalam bentuk minuman atau makanan seperti produk minuman burung walit.



Walaupun tilapia merupakan ikan air tawar, Jamilah berpendapat ikan air masin lebih popular untuk dikadikan makanan diproses seperti filet, nuget dan bebola. Ini kerana bekalan ikan laut boleh diperoleh dengan lebih mudah selain mendapat permintaan yang tinggi.



Kajian



Sebaliknya, pengeluaran ikan air tawar adalah terhad, begitu juga permintaannya. Bagaimanapun kata beliau, ikan keli sangat popular di selatan Amerika kerana di sana terdapat menu makanan seakan-akan chicken chop tetapi menggunakan ikan air tawar itu.



Salah satu produk ikan yang terkenal di negara ini ialah keropok lekor.



“Keropok lekor memang diminati ramai kerana kelazatannya. Pada tahun 1980-an ia hanya dikenali di negeri Kelantan dan Terengganu. Kini ia boleh didapati di seluruh Semenanjung,” katanya yang banyak menghasilkan penulisan saintifik berkaitan keropok lekor.



Menurut Jamilah, penyelidikannya telah mendedahkan mengenai potensi perkembangan industri kecil itu ke peringkat yang lebih besar.



Sebelum ini, katanya, industri keropok lekor cuma diusahakan secara kecil di peringkat kampung dan rumah dan ada kekangan dari segi kebersihan, kualiti dan pembungkusan.



“Kebersihan dan pembungkusan keropok lekor perlu diberi perhatian jika produk itu mahu dieksport. Teknologi untuk menyejuk beku produk itu juga tidak kurang pentingnya.



“Sebelum kita pandai membuat burger dan hotdog, produk import itu mendapat permintaan yang tinggi.




BERDISIPLIN dan dedikasi rahsia utama kejayaan wanita ini.

“ Salah satu sebabnya ialah produk itu berjaya mengekalkan keenakannya walaupun selepas disejuk beku dan disimpan untuk tempoh yang lama,” katanya.



Sebenarnya, kepakaran yang dimiliki Jamilah kini tidak datang dengan mudah.




Pada usia 18 tahun, Jamilah sudah berkelana ke Amerika Syarikat untuk mengikuti pengajian sarjana muda dalam bidang biologi makanan di Universiti Louisiana. Berkongsi pengalaman di negara kuasa besar dunia itu Jamilah berkata, budaya pelajar sekolah di Amerika berbeza berbanding di Malaysia.



“Kita disuap dan bersekolah untuk lulus dan bekerja tetapi gaya hidup pelajar di sana berlainan kerana mereka dibiarkan bebas dan berdikari.



“Bayangkan mereka boleh memandu kenderaan, dibenarkan bekerja sambilan supaya berdikari dan lebih bertanggungjawab pada usia awal.



Orang Jepun



“Selain itu, mereka belajar untuk mencari ilmu dan mampu berdebat apabila diberi peluang.



“Saya kagum dengan mereka. Saya juga tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya di negara itu,” katanya.



Di negara itu, Jamilah tidak dapat melupakan peristiwa beliau belajar berenang.



“Semuanya gara-gara ingin belajar berenang bersama kira-kira 15 rakan sekuliah.



Ia merupakan sesi ujian renang yang wajib lulus dengan terjun dari papan anjal pada ketinggian kira-kira tujuh meter.



“Selepas terjun ke dalam kolam renang, saya mengambil masa yang agak lama untuk muncul ke permukaan air menyebabkan jurulatih saya panik. Dia hampir menggunakan jala untuk mengeluarkan saya menyebabkan semua orang ketawa,” katanya.



Namun, hasilnya berbaloi. Selain pandai berenang, Jamilah melatih sendiri lapan orang anaknya berenang.



Selain AS, Jamilah pernah mengikuti kursus jangka pendek di Universiti Kagoshima, Jepun. Menurut beliau, orang Jepun memang kuat makan ikan memandangkan hidupan marin itu merupakan sumber utama protein mereka.



“Orang Jepun juga makan ikan paus pada festival tertentu. Namun, mereka boleh dikatakan makan sejenis ikan sepanjang tahun




Sumber







Teruskan membaca..

TomTom mudahkan perjalanan





pix_middle



PEMBEKAL penyelesaian navigasi dan lokasi, TomTom mengumumkan produk barunya di Malaysia yang dikatakan mempunyai rekaan kompak dan mudah digunakan iaitu model GO 2050.




GO yang mula dijual di pasaran bagi membantu masyarakat mempercepatkan perjalanan menerusi arahan suara jelas termasuk nama jalan bagi dijadikan panduan ketika memandu selain menunjukkan jalan yang mana perlu diambil serta memberi arahan keadaan persimpangan agar kita tidak ketinggalan dengan grafik futuristik dan mudah difahami.


PRODUK: TomTom GO 2050


HARGA: RM999

SAIZ SKRIN: 5 inci


PETA: Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, Macau


KELENGKAPAN: Pelekap magnetik, bluetooth


SAMBUNGAN: USB


DIMENSI: 143 x 88 x 19mm


BERAT: 260g







Teruskan membaca..

Penduduk Hawaii pertama dapat kereta elektrik



Penduduk Hawaii pertama dapat kereta elektrik


BRIDGET NISHIMURA (kiri) keluar dari kereta elektrik

Mitsubishi i 2012 di Honolulu kelmarin.








HONOLULU, Amerika Syarikat (AS) - Satu pasangan Hawaii kelmarin memperoleh kereta pertama elektrik yang dihantar oleh syarikat Mitsubishi Motors kepada seorang pelanggan di AS dan Kanada.




Bryson Nishimura dan isterinya, Bridget Nishimura menerima kunci kereta mereka, Mitsubishi i 2012 pada satu majlis di bangunan Capitol di sini, Hawaii.




Kereta itu jika dicaj selama tujuh jam dengan purata kos AS$3 (RM9.55) akan bergerak sejauh 100 kilometer.




Para pelanggan yang mengambil peluang daripada cukai kredit persekutuan sebanyak AS$7,500 (RM) boleh membeli kereta tersebut pada harga AS$16,000 (RM50,936).




Pemandu-pemandu kereta di Hawaii tidak perlu membayar bayaran meletak kereta apabila mereka meletakkan kereta tersebut di kawasan parkir bermeter. - Agensi





Sumber









Teruskan membaca..

Coklat KitKat gergasi untuk pelajar



Coklat KitKat gergasi untuk pelajar




BEBERAPA pelajar Universiti Tokyo berdiri

dekat dua batang coklat KitKat gergasi di Tokyo semalam.





TOKYO - Para pelajar Universiti Tokyo semalam mempamerkan dua batang coklat KitKat yang memiliki berat 80 kilogram (kg).



Coklat itu disediakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melakukan persediaan untuk peperiksaan kemasukan ke universiti.



KitKat dikenali sebagai satu makanan yang bertuah untuk peperiksaan kemasukan universiti di Jepun kerana sebutannya kitto katsu dalam bahasa Jepun bermakna saya pasti menang. - AFP







Sumber









Teruskan membaca..

Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta


Reuters
SEJUMLAH orang bertindak
mengangkat sebuah kereta yang
melanggar seorang kanak-kanak
perempuan di Wenzou, China dalam usaha untuk menyelamatkannya.

Kanak-kanak hidup selepas dilanggar kereta



WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.




Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.




Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.




Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.




Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.




Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.




Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.




Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.




Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.




Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan. - Agensi






Sumber







Teruskan membaca..

Fizo Omar takut diisytihar muflis



Fizo Omar takut diisytihar muflis


FIZO (kanan) bertarung dengan Shaheizy Sam
dalam filem Kongsi lakonannya.





KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.



Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.



Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.



"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.



"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.



Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.



Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.



Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.





Sumber











Teruskan membaca..

Peguam syarie penentu kelancaran kes syariah


Peguam Syarie Menulis:


Peguam syarie penentu kelancaran kes syariah


PEGUAM syarie perlu berilmu bagi memastikan kelancaran kes. - Gambar hiasan
PEGUAM syarie perlu berilmu
bagi memastikan kelancaran kes. - Gambar hiasan






Mahkamah perlu dilihat sebagai institusi berintegriti,
mampu kembalikan keyakinan ummah
.




TAHUN ini menyaksikan beberapa bangunan Mahkamah Syariah dirasmikan di seluruh negara. Pada 28 Jun lalu, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, berkenan merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah yang konsep dan idea luaran bangunan menyerupai Istana Kuning, Bukit Chandan.


Dalam titah perasmian, Raja Nazrin berkata, Mahkamah Syariah perlu cekap mengendalikan kes yang dibawa untuk mendapat pengadilan, termasuk tidak melayan kerenah menangguhkan kes secara sengaja kerana tindakan itu boleh menidakkan terlaksananya keadilan.



Hakim, pegawai mahkamah dan peguam syarie perlu bekerjasama secara kolektif bagi memastikan prosiding mahkamah dapat berjalan lancar dan kes dibicarakan dapat diselesaikan segera.
Pada 25 November lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyeru pegawai Mahkamah Syariah khususnya hakim syarie supaya bersedia berhadapan cabaran besar dengan melengkapkan diri dalam pelbagai disiplin ilmu.


Baginda yang bertitah ketika Majlis Perasmian Bangunan Baru Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) di Shah Alam, berkata, kes di Mahkamah Syariah kini bukan membabitkan kes perceraian, juga tuntutan harta bernilai jutaan ringgit dan kes mencabar sensitiviti masyarakat.


Baginda bertitah supaya semua pihak terutama peguam syarie, pendakwa syarie dan pihak yang bertikai perlu membantu mahkamah dengan membentangkan fakta sebenar supaya keadilan dapat ditegakkan.


Mahkamah Syariah perlu dilihat sebagai sebuah institusi yang berintegriti dan berkualiti tinggi kerana ini penting dalam usaha membina keyakinan serta kepercayaan masyarakat terhadap Mahkamah Syariah. Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang menelan belanja RM96 juta di Jalan Hartamas, berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Masjid Wilayah Persekutuan, yang juga Mahkamah Syariah terbesar di Malaysia menjadi bukti keunggulan perundangan syariah negara.


Oleh itu, peguam syarie sebagai sahabat mahkamah juga perlu diberi pengiktirafan dan tidak dipinggirkan dalam bangunan mahkamah yang tersergam indah itu. Seperti mana di Mahkamah Sivil, bilik rehat yang selesa untuk peguam syarie sepatutnya disediakan di bangunan mahkamah.


Selain itu, sudah tiba masanya diadakan peraturan atau arahan mewajibkan pihak yang memfailkan kes di Mahkamah Syariah, terutama di Mahkamah Tinggi Syariah melantik peguam syarie sama ada swasta atau kerajaan, supaya tuntutan atau permohonan ke mahkamah dibuat mengikut prosedur.


Langkah itu juga bagi memastikan perbicaraan kes berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan cepat. Peguam syarie sebenarnya membantu mahkamah mengendalikan kes dengan baik dan berkesan, supaya hakim dapat menghukum dengan adil, tepat dan cepat.


Ketidakfahaman segelintir suami isteri membuat tuntutan adalah faktor utama menyebabkan sebilangan kes di Mahkamah Syariah tertangguh begitu lama. Kadang-kadang mereka tidak faham apa permohonan yang hendak dibuat semasa kes didaftarkan.


Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Melaka menunjukkan sebanyak 24.2 peratus kes tertangguh bagi 2006 hingga 2009, berpunca daripada pihak yang bertikai tidak hadir ke mahkamah atau tidak bersedia pada tarikh pendengaran ditetapkan dan 12.65 peratus disebabkan dokumen tidak lengkap.


Pada masa sama, peguam syarie juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan memperbaiki akhlak serta budi pekerti mulia seperti dituntut hukum syarak. Peguam syarie yang kurang ilmu pengetahuan syariah dan undang-undang semasa tidak akan membantu hakim menegakkan keadilan.


Peguam syarie yang tidak berakhlak dan tidak amanah bukan saja akan menyusahkan anak guam, tetapi juga menjadi halangan untuk membantu mahkamah menghukum dengan adil, tepat, cepat dan berkesan.


Adanya bangunan baru dan kemudahan diberikan, diharap peguam syarie dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan perbicaraan dijalankan dengan berkesan seterusnya mengurangkan jumlah kes tertunggak.










Teruskan membaca..

Pereka fesyen Cina paling menyerlah di dunia



Empayar Jimmy Choo




Prof Datuk Dr Jimmy Choo dianugerahkan sebagai Pereka Fesyen  Cina Paling Menyerlah Dunia.
Prof Datuk Dr Jimmy Choo dianugerahkan
sebagai Pereka Fesyen Cina Paling Menyerlah Dunia.





Pereka fesyen Cina paling menyerlah di dunia






HONG Kong Design Centre (HKDC) atau Pusat Rekaan Hong Kong menghargai tiga tokoh industri rekaan dunia dengan pengiktirafan istimewa, 2 Disember lalu dan seorang daripadanya adalah anak kelahiran Malaysia, Prof Datuk Dr Jimmy Choo OBE.






Diangkat sebagai Pereka Fesyen Cina Paling Menyerlah Dunia (WOCD), anugerah itu pada dasarnya mengiktiraf pereka berketurunan Cina melalui kejayaan cemerlang dalam disiplin sendiri.
Selepas dinilai, HKDC akur bahawa tiada pereka lain layak menandingi Jimmy Choo yang terkenal dengan kehalusan kasut wanita buatan tangan seantero dunia.




Lebih membanggakan lagi, pereka fesyen anggun yang memulakan jenamanya pada 1986 mencapai kemuncak kejayaan dalam karier sehingga dianugerahkan gelaran kehormat Britain, OBE oleh Permaisuri Elizabeth II, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang rekaan kasut dan fesyen.



Pengerusi HKDC, Dr Victor Lo, berkata Anugerah Kepimpinan Rekaan (DLA) dan Pereka Fesyen Cina Paling Menyerlah Dunia paling dihormati ramai orang di seluruh dunia kerana penerima selalunya adalah contoh terbaik dan menjadi inspirasi pereka lain.




“Hong Kong menjadi hub dalam mempromosikan dan memperkenalkan kuasa rekaan Asia dan kami juga mengiktiraf pereka yang mampu memberi kesan positif kepada seluruh penduduk Asia,” katanya.
Tahun ini, beliau berkata, pihaknya memperkenalkan kategori baru, DFA Lifetime Achievement Award (DFA LAA) bagi menghargai penyumbang yang mempelopori bidang rekaan untuk komuniti dan dunia.




Penerima pertama anugerah DFA LAA adalah Kenji Ekuan iaitu pelopor rekaan industri di Jepun. Rekaannya juga banyak mempengaruhi masyarakat Jepun dan juga industri rekaan negara itu secara keseluruhannya.




Graduan Tokyo National University itu juga individu bertanggungjawab menubuhkan GK Industrial Design Associates dan mengemudinya sebagai Presiden.




Satu daripada rekaan kreatif Kenji adalah projek yang menjadi ikon Kikkoman, botol pengisar kicap yang cukup sinonim dengan jenama itu sejak 50 tahun dulu.




Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Eslite Group, Robert C Y Wu pula menerima Anugerah Kepemimpinan Rekaan (DLA) berikutan usaha dan kreativitinya menubuhkan Kedai Buku Eslite kepada warga Taiwan.




Kedai yang mula beroperasi sejak 1989 itu mengadaptasi konsep kemanusiaan menyeluruh, seni, kreativiti dan kehidupan selain model unik dalam operasi, antaranya waktu operasi 24 jam sehari serta tiada cawangan memiliki konsep sama.








Teruskan membaca..

Program PERMATA Insan amat berkesan





Program PERMATA Insan amat berkesan



KELMARIN saya sekeluarga sempat berkunjung ke Ekspo PERMATA yang diadakan di KLCC selama tiga hari. Di sana kami sempat mendapat maklumat mengenai program PERMATA yang ditubuhkan hasil idea bernas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Kami berpeluang melawat semua gerai pameran seperti PERMATA Pintar, PERMATA Negara, PERMATA Insan, Perkasa dan PERMATA Seni. Kami juga berkesempatan untuk melihat persembahan anak daripada program PERMATA ini.
Apa yang lebih menarik persembahan anak PERMATA Insan. Saya amat terharu dan hampir menitiskan air mata melihat anak kecil berusia lapan hingga sembilan tahun pandai membaca doa, mengalunkan azan dan membuat persembahan dalam bentuk Forum Perdana.
Dengan usia sekecil ini, mereka sudah boleh mempraktikkan ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka. Anak pintar ini kelihatan bersahaja ketika mengadakan persembahan dan dapat dilihat tidak ada sedikit pun rasa takut atau gugup ketika membuat persembahan.


Selain itu, persembahan yang menguji minda mereka seperti ‘Are You Smarter than the Third Graders’ yang menguji kepintaran anak mengira dengan pantas membuka mata saya dan membuatkan saya berasa kagum mengenai kebolehan anak yang berada dalam program PERMATA Insan.


Saya percaya jika diasuh dengan baik, berpotensi melahirkan minda cerdas dan pintar.


Saya mengharapkan agar program PERMATA Insan ini dapat menarik minat lebih ramai ibu bapa untuk menghantar anak mereka menyertai program PERMATA Insan ini. Dengan keadaan dunia sekarang yang semakin berubah mengikut arus globalisasi, saya percaya dengan pengisian yang diterapkan dalam program PERMATA Insan dapat mendidik dan melahirkan generasi berwawasan serta mempunyai latar belakang agama kukuh sebagai panduan dalam hidup mereka kelak.


Saya berharap agar anak program PERMATA Insan mendapat sokongan dan diteruskan lagi dengan pengambilan baru pada tahun akan datang. Saya berdoa dan mengharapkan agar harapan PERMATA Insan untuk melahirkan cendekiawan Islam akan tercapai.




PENGUNJUNG BERSYUKUR,
Nilai, Negeri Sembilan.







Teruskan membaca..

Kepentingan ekologi linguistik lebih sihat


Kepentingan ekologi linguistik lebih sihat



MBMMBI gagasan jamin ketahanan bahasa Melayu jadi semakin kuat



DASAR Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), boleh dianggap sebagai gagasan yang mampu menjamin ketahanan bahasa Melayu, agar terus kekal selain menjadi semakin kuat.


Bermula pada 2012, selain memastikan generasi muda kita cekap berbahasa Inggeris dalam zaman modenisasi dan globalisasi ini, menerusi pendekatan yang lebih berwaspada mengenai imperialisme bahasa Inggeris, ia boleh menentukan generasi muda kita mempunyai perasaan bangga, sayang dan setia kepada bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Pemupukan perasaan begini penting memandangkan zaman ini yang dikuasai oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa paling berpengaruh, boleh dan sudah meminggirkan banyak bahasa, khususnya yang kecil dan tidak terkecuali juga yang besar.
Peminggiran ini berlaku kerana negara berkenaan didapati tidak maju ketika menggunakan bahasanya sendiri. Oleh itu, kuasa Barat Inggeris berpendapat bahawa negara mundur ini perlu diserapkan ke dalam sistemnya yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat, selain kejayaan ekonomi negara. Ini sebetulnya pemikiran dominan di sebaliknya pelaksanaan PPSMI pada 2003.
Dengan menggunakan bahasa Inggeris, Malaysia diyakini boleh maju dengan kadar yang lebih cepat dan disanjungi pula di persada antarabangsa kerana dapat ikut menyumbang kepada khazanah budaya global. Khazanah global ini sesungguhnya adalah himpunan peradaban Amerika Syarikat dan United Kingdom. Dua buah negara ini adalah pusat kuasa politik dan ekonomi dunia, yang bukan saja menggunakan bahasa Inggeris, tetapi ingin memastikan bahasa mereka itu ikut digunakan di seluruh dunia.

Atas nama kemajuan dan keantarabangsaan inilah, Malaysia sanggup mengetepikan bahasa pribuminya untuk digantikan oleh bahasa Inggeris, bahasa kuasa besar dunia, untuk pelaksanaan PPSMI khasnya dan pengendalian sistem pendidikan negara amnya. Alasan yang diberikan ialah peralihan bahasa ini bukan saja penting, tetapi amat perlu sekiranya Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam zaman yang mementingkan penggunaan bahasa global Inggeris ini.

Sesungguhnya kita perlu berhati-hati ketika diundang atau bercadang untuk menyerapkan model Barat ini. Jaminan bahawa selepas kita menggunakannya melalui pola linguistik bahasa Inggeris, Malaysia bukan saja boleh menjadi amat maju, tetapi berupaya mengecapi kejayaan politik dan ekonomi yang besar, perlu diwaspadai. Ini adalah kerana dasar imperialisme Barat wujud menerusi pelbagai dakyah licik. Antaranya adalah kaedah sosial dan psikologi untuk membinasakan harga diri rakyat negara yang disasar, selain nilai bahasa dan budaya mereka.

Ini dilakukan antaranya dengan melabelkan pendekatan negara berkenaan mengendalikan sistem di dalamnya, baik yang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya, sebagai cara lama. Oleh itu, ia perlu ditukarkan dengan cara baru, yang menggunakan model yang mementingkan bahasa Inggeris. Oleh sebab kemunduran akibat tidak menggunakan model Barat sebelum ini, kuasa Barat Inggeris berpendapat bahawa negara mundur ini perlu dididik untuk mengamalkan sistemnya, yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan wahana utama. Sehubungan ini, Malaysia ikut terperangkap oleh dakyah halus ini apabila melakukan peralihan bahasa ilmu menerusi PPSMI.

Dengan terlaksananya PPSMI, kita dipuji kerana berjaya melakukan peranjakan daripada tahap lama yang menggunakan bahasa pribumi sendiri, ke tahap moden yang menggunakan bahasa global terpenting. Ia dianggap langkah bijak kerana bahasa Melayu yang didakwa hanya sesuai untuk memaparkan pengetahuan lama yang statik, didapati tidak layak lagi digunakan untuk mengungkapkan ilmu semasa yang dinamik sifatnya. Oleh itu, peranjakan ini bukan saja boleh menjadikan negara kita amat maju, tetapi yang lebih penting lagi Malaysia dianggap moden.

Sebetulnya dengan terlaksananya PPSMI, kita terjebak dengan fenomena rasisme bahasa, yang digunakan kuasa Barat Inggeris untuk memerangkap mana-mana negara yang alpa. Rasisme bahasa merujuk kepada keadaan yang memperlihat diskriminasi antara bahasa negara maju dengan yang sebaliknya. Sehubungan ini, bahasa negara maju dianggap lebih sesuai digunakan dalam kehidupan moden. Manakala bahasa negara tidak maju dihadkan peranannya sebagai layak dikaitkan dengan khazanah budaya lampau saja.

Berlandaskan rasisme bahasa, bahasa yang digolongkan sebagai moden dianggap sebagai sistem linguistik paling sesuai untuk digunakan dalam komunikasi moden. Antaranya dalam sistem pendidikan kini, domain ekonomi semasa dan corak pemerintahan dewasa ini. Sehubungan ini, mana-mana bahasa pribumi hanya sesuai dijadikan lambang jati diri komuniti penutur asalnya. Itupun jati diri lampau saja yang tidak lagi mempunyai sebarang nilai komunikasi moden dan kepentingan budaya pada masa kini.

Oleh itu, dasar MBMMBI perlu memastikan pendidikan bahasa Inggeris dilakukan atas landasan kepentingan bahasa global itu, khususnya dalam bidang pendidikan sebagai bahasa sumber ilmu dan arena antarabangsa selaku bahasa perhubungan. Sebaliknya, imperialisme bahasa Inggeris yang boleh menyerapi domain pendidikan dan lain-lain, perlu ditangani oleh dasar ini.

Dengan cara ini, ia sudah tentu dapat memastikan ketahanan bahasa Melayu. Untuk ini, dasar MBMMBI perlu memastikan peranan bahasa Inggeris di negara ini sentiasa melengkapi, selain mendukungi fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Ini penting untuk mewujudkan ekologi linguistik yang lebih sihat.




Oleh Teo Kok Seong






Penulis ialah Timbalan Pengarah


Institut Tamadun dan Alam Melayu


UKM






Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...