Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Tuesday, January 19, 2010
Bilangan pelajar AS sakit mental meningkat
CHICAGO – Satu kajian terbaru mendapati jumlah pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) yang mengalami tekanan jiwa dan lain-lain penyakit mental meningkat lima kali ganda berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.
Penemuan tersebut dirumuskan berdasarkan borang soal selidik psikologi yang digunakan sejak 1938.
Ia mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.
“Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini,” kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.
Hasil kajian itu yang didedahkan semalam akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.
Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej.
Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.
“Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang,” kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. – AP
NUTP: Regulate transfer of teachers
In addition to getting rid of teachers whom the headmasters could not get along with, Hashim said there did not seem to be any consideration for one's status and experience.
"We strongly suggest that only single teachers or those with young families should move.
"There was a case of a teacher who has taught English for 10 years but was asked to move elsewhere to teach Bahasa Malaysia (just because she had graduated in teaching Bahasa)."
NUTP also recommended that the ministry give a special monthly allowance to compensate for the cost of moving. NST
Perlu ada garis panduan sistematik tukar guru BM, BI
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta kerajaan menyediakan garis panduan yang sistematik bagi menempatkan semula guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke sekolah lain.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, program penempatan semula yang hanya melibatkan dua mata pelajaran itu telah disalah gunakan segelintir pentadbir sekolah dengan sewenang-wenangnya.
"Timbul masalah apabila penempatan semula ini dilaksanakan awal tahun ini. Kita menerima beberapa aduan daripada guru-guru mengenai perkara ini.
"Tiada garis panduan tetap mengenai penempatan semula guru dalam hal ini. Jadi sebelum ia berlarutan, sesuatu perlu dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Adnan berkata, NUTP bersetuju apabila Kementerian Pelajaran sebelum ini menjelaskan bahawa penempatan semula guru yang mengajar dua mata pelajaran itu adalah demi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Namun, dalam proses pergerakan guru dari satu sekolah ke sekolah lain itu, masalah lain pula timbul. Kita dapati ada guru yang tidak mengajar dua mata pelajaran itu turut ditukarkan atas alasan guru itu tidak disukai pihak sekolah atau bermasalah," katanya.
Katanya, sejak program penempatan itu dimulakan awal Januari ini, terdapat 10 aduan yang sebahagian besarnya melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbir sekolah terhadap guru-guru yang dipaksa bertukar ke sekolah lain.
"Aduan lain termasuk arahan pertukaran dalam tempoh yang terlalu singkat sehingga menimbulkan masalah kepada guru terlibat. Ini memberi tekanan kepada mereka terutama yang mempunyai keluarga.
"Masalah kos sara hidup juga menjadi isu apabila penempatan semula ini tidak dilaksanakan dengan koordinasi yang tepat oleh pihak yang berwajib," katanya.
Justeru, NUTP turut menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan menyediakan pampasan bulanan kepada guru-guru terlibat bagi membantu meringankan beban terutama kepada yang telah berkeluarga.
Katanya, penempatan semula guru-guru terbabit juga perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berhati-hati dengan mengambil kira semua faktor kemanusiaan.
Adnan berkata, proses pertukaran guru-guru itu juga perlu dibuat berdasarkan kepada keperluan mata pelajaran di sesuatu sekolah dan bukannya kerana sekolah terbabit memerlukan guru semata-mata.
UTUSAN MALAYSIA
-------------------------------------------------------------------------------------------------
NUTP Minta Garis Panduan Jelas Berhubung Isu Penugasan Semula Guru
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelajaran diminta menyediakan garis panduan yang jelas berhubung isu penugasan semula guru-guru bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan kuasa dalam proses penukaran seseorang guru.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berkata pihaknya menerima aduan terdapat segelintir guru besar atau pengetua mengambil kesempatan untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai atau guru bermasalah di sekolah masing-masing.
Walaupun masih di peringkat awal pelaksanaan penugasan semula, NUTP telah menerima sejumlah 10 aduan di mana antara lima dan enam daripadanya membabitkan kes salah guna kuasa guru besar, katanya pada sidang media di pejabat NUTP di sini hari ini.
"Masalah besar timbul apabila berlaku penyalahgunaan kuasa di mana guru besar atau pengetua mengambil peluang untuk menukarkan guru sesuka hati sehingga menyebabkan berlakunya penganiayaan," katanya.
Selain salahguna kuasa disebabkan penugasan semula guru, NUTP turut menerima aduan berhubung bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh guru yang diarah berpindah dalam tempoh satu atau dua minggu, terutama bagi mereka yang telah berkeluarga dan menetap serta mengajar di sesebuah sekolah untuk tempoh 10 hingga 15 tahun, katanya.
Beliau berkata ada juga guru mengadu ditukarkan ke sekolah yang terlalu jauh sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa dua jam ke tempat kerja setiap hari.
"NUTP mencadangkan supaya pampasan bulanan diberikan kepada guru-guru berkenaan seperti insentif yang ditawarkan kepada mereka yang sanggup bertugas di kawasan pedalaman," katanya.
Sehubungan itu, Hashim meminta kementerian turut memantau proses penugasan semula bagi memastikan pelaksanaannya dilakukan dengan lebih sistematik.
Hashim berkata perkara itu juga harus dilaksanakan secara berperingkat dan berhati-hati dengan mengambil kira faktor kemanusiaan seperti kepakaran seseorang guru yang telah mengajar sesuatu subjek sejak sekian lama.
"Kita mencadangkan supaya guru yang belum berkahwin atau mereka yang boleh dikategorikan sebagai `young family' atau baru berkahwin dan tidak mempunyai anak yang ramai, ditukarkan terlebih dahulu di bawah redeployment guru ini," katanya.
Selain itu, katanya, setiap pertukaran haruslah dilakukan berdasarkan keperluan subjek di sesebuah sekolah dan setiap kekosongan mesti diisi dengan segera.
-- BERNAMA
Through Our Eyes
Today, there are approximately 500 contributors, around Malaysia.
Six months ago, my friends would throw me blank expressions if I mentioned Niexter.
Today, everyone waits eagerly for the Niexter pullout to be published every Thursday, guessing what the themes are going to be for the week.
All these changes can only allow me to conclude that Niexter is no more the unknown teenage pullout it was in past months.
Niexter’s first editorial briefing for teen reporters.. |
Over this past year, it has evolved into the hottest teenage pullout among us teenagers and even some adults love it.
By Ashwin Arumugam, 16, Kuala Lumpur
Last year was a year of growth for all of us at Niexter. It seems like only yesterday our supervisors at New Straits Times called us up and asked if we would like to write for them. For most of our writers who have been with us from the very beginning, every step we take is a step forward.
We wouldn’t be where we are today if it wasn’t for our dedicated team of supervisors, who helped us and gave us moral support every time we needed it. They would push us to our very limits just to get an article out of us.
In the past year, everyone at Niexter got to know each other better. We are a diverse mix of vibrant, young and talented people. In Malaysia, we call that rojak. And it’s this rojak mixture that fuels Niexter. I guess you could call it the biodiesel of literacy.
Without the fuel, there is no fire. But, if the spark is not there, there is no fire. There was one thing that set us off, the initial thrust of power. Our supervisors at the New Straits Times were ever ready to lend us a helping hand.
I have to say that the commitment from each and everyone of us at Niexter is never ending. It’s like a renewable source of energy that will never run out. Like I said, we’ve had a great year, and we hope to have many more ahead of us!
By Wong Sher Min, 17, Johor Baru
I thought that it was just perfect for me to jumpstart my ambition of being a photo-journalist. If my work is good enough, it’ll get published! And so, my mum, who is also a teacher in my school, suggested that a few of my friends and I to go for it!
Niexter reporter Deena Yasmeen talking to Mohd Fahmi, a Telekom Malaysia scholarship holder. |
Before I know it, I was already in the Niexter family! Writing about topics I like, writing according to the assignments given and just writing for Niexter itself. It has been amusing to me.
Niexter has always been an open door for me to connect with other teens through my articles and my view on things. And, through this whole year of growth, I think Niexter has become a portal for teens to not only showcase our work but also inspire readers with them.
So, I’m extremely proud to be part of Niexter and I will continue writing, inspiring other teens to voice out their thoughts and take charge!
Happy Anniversary, Niexter!
By Himmat Singh, 17, Petaling Jaya
When I saw the Niexter pullout in the New Straits Times for the first time, I said to myself, “I am gonna write in there someday.”
Seeing those of my age, and some even younger, writing in the paper encouraged me to do the same.
I have written in a few issues and I know I will continue writing in the future, too.
Niexter provides a platform for teenagers to experience journalism first-hand.
Anybody who hasn’t been reading Niexter is definitely missing a lot. If you harbour any plans to write in Niexter, I reckon you get in touch with someone from the NIE team as soon as possible.
I have most certainly taken pleasure in writing for Niexter, and also reading it.
Happy Birthday!
Niexter reporter Anusha Vijeyaratnam (right) talking to a fitness coach about working out. |
Headmaster could not hold back tears
"We, however, hope that the affected families will be able to cope with their loss and grief, and they will find the strength to continue with their lives."
Foo said the school's dragon boat team had experienced coaches who had successfully trained many students since its inception.
The team had also achieved outstanding results in competing at both national and international levels.
Just as he was speaking to reporters, news came that the body of Brandon Yeoh, 17, had been found.
Both Foo and school principal Chuah Yau Chou wept uncontrollably.
Earlier at the meeting, attended by the board members, its Parent-Teacher Association and alumni, it was decided that family members of those who died in the tragedy will be given RM10,000 each as a token of sympathy for their loss.
Those injured will receive RM2,000 each. NST
4 Indonesians die in lorry-bus collision
The driver and passengers of the commuter bus, however, escaped with minor injuries and were given outpatient treatment at the hospital.
Kluang police chief Assistant Commissioner Mohamed Fawzi Arshad said the lorry was heading towards Kota Tinggi when the accident occurred at about 8 am.
"We believe the lorry driver was trying to overtake a vehicle in front of it but failed to get back into his lane in time, and collided head-on with the bus.
"Three of the victims died at the scene while the other died in the ambulance," said Mohamed Fawzi.
There were about 10 passengers in the bus, which was heading towards Kluang from Taman Seri Lambak, at the time of the accident.
"We are investigating whether the victims are illegals.
"We also trying to identify the owner of the lorry," said Mohamed Fawzi.
Zurati Nordin, 23, who was a passenger in the bus, said she saw the lorry moving across the path of the bus.
"The bus driver tried to prevent a collision by steering the bus towards the road shoulder but could not," said Zurati, who was on her way to work.
She said all the passengers exited the bus through a side door and waited for the ambulance, which took them to the hospital. NST
Si Tanggang Moden
Kisah Tanggang moden
Perlukah kita menggubal satu akta baru apabila di sebalik angka warga emas yang semakin meningkat, peristiwa anak-anak membuang ibu bapa mereka juga semakin kerap berlaku?
MASIH ingatkah lagi dengan sebuah iklan Aidilfitri mengenai seorang wanita yang gagal membalas jasa ayahnya kerana perlu menjaga hati suami?
Iklan Petronas itu bermula apabila wanita tersebut mengambil bapanya yang tua dari hospital untuk pulang ke rumah. Pada masa yang sama suaminya bertanya tidak bolehkah bapanya tinggal lebih lama di hospital?
Di rumah anaknya, lelaki tua itu menerima layanan dingin daripada menantu sehingga ketika makan pun orang tua itu terpaksa makan berseorangan di tempat lain.
Iklan itu berakhir apabila wanita tersebut sedar dia gagal membayar balik segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapanya.
Walaupun ia sekadar sebuah iklan, hakikatnya ia satu sindiran dan peringatan buat kita semua. Kisah anak melupakan jasa, keringat dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sesuatu yang baru. Menyorot filem lama yang paling dekat mengingatkan kita tentang kisah anak derhaka adalah filem Si Tanggang.
Hari ini dalam dunia realiti kisah si Tanggang semakin berleluasa. Lebih menyedihkan, bagaimana tragisnya kisah Tanggang, begitulah keras dan kejamnya hati sebilangan Tanggang moden hari ini.
Dibuang
Baru-baru ini contohnya, media melaporkan mengenai dua insiden seorang bapa telah 'dibuang' oleh anaknya.
Dalam kes pertama, seorang pesakit buah pinggang berumur 60 tahun telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudian menempatkan lelaki tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri kenangan di Jejawi.
Seminggu sebelum itu, seorang bapa berumur 57 tahun telah ditinggalkan di tepi jalan bersama bungkusan pakaiannya di Behor dekat Kangar. Beliau yang baru menjalani pembedahan jantung terpaksa berlindung dan tidur di sebuah perhentian bas.
Mengulas mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku menurut Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas), Rafia'ah Jaafar, cara ibu bapa mendidik anak-anak menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.
Katanya, kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah.
"Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya," katanya.
Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa, kata Rafia'ah.
Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.
Namun katanya sekiranya anak-anak menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan ia mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa.
"Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa," tambah beliau.
Sementara itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan sesiapa yang membuang ibu bapa telah melakukan satu perbuatan yang kejam.
Beliau menasihati mereka yang tidak mampu menjaga ibu bapa supaya menghubungi pejabat kebajikan yang terdekat.
"Jangan tinggalkan mereka di hospital atau di jalanan. Juga jangan tinggalkan orang tua yang tidak berdaya keseorangan tanpa jagaan di rumah," kata beliau.
Tambah Shahrizat, budaya membuang ibu bapa perlu dikekang segera agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.
Bagi pendidik Abdul Rahman Noordin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang terhadap isu tersebut.
Mengikut Abdul Rahman, pertalian ibu bapa-anak adalah satu komponen yang amat penting dalam masyarakat yang penyayang dan maju.
"Tetapi kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara ini masih belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.
"Ibu bapa memerlukan undang-undang bagi menjaga keperluan mereka pada peringkat usia yang lanjut," tambah Abdul Rahman. - Bernama
‘Super’ MyKad
‘Super’ MyKad: Just one number for govt dealings
AADK guna Facebook, Twitter
PETALING JAYA - Selaras dengan usaha untuk mencapai sasaran negara bebas dadah 2015, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini turut menggunakan Facebook dan Twitter sebagai saluran aduan berkaitan dadah.
Pendekatan terbaru menggunakan laman rangkaian sosial itu diperkenalkan sejak awal tahun ini dan mula menerima maklum balas memberangsangkan.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, Facebook dan Twitter dilihat mampu menjadi platform dan forum baru kepada orang ramai menyalurkan pendapat dan memberi cadangan khusus untuk membasmi penagihan dan pengedaran dadah.
"Sebelum ini, AADK menggunakan saluran blog, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkan orang ramai menyampaikan aduan dan pandangan mereka, kini dua laman sesawang itu juga boleh digunakan.
"AADK memerlukan sokongan ramai dan ingin memperkayakan seberapa banyak maklumat, oleh itu medium terbaru ini akan diguna untuk tujuan yang satu iaitu negara bebas dadah," katanya pada sidang media di sini semalam. KOSMO!
Orang putih boleh berambus!
PENDUDUK Haiti tunggu giliran ambil bekalan makanan. |
Penyerang Misteri
Penyerang kekal misteri
Penyerang kekal misteri |
SEREMBAN - Spesies hidupan laut yang menggigit kaki posmen, Mohamad Helme Leman, 25, ketika mandi di pantai Port Dickson, pada 2 Januari lalu kekal terus menjadi misteri apabila identiti penyerang itu hanya dapat disahkan sebagai haiwan yang memiliki rahang panjang dan bergigi tajam. Kosmo!
Hebat la kucing ni
Cedera diserang kucing batu
berita@kosmo.com.my
Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam, Muhammad Zaki Mahat, 23, terpaksa menerima 15 jahitan akibat cedera di bahagian atas kening kiri, tepi hidung dan lengan kanan.
Selain cedera diserang kucing batu itu, mangsa juga mengalami luka-luka kecil lain selepas kereta dipandunya terbabas ketika mengelakkan haiwan liar itu.
Cerita Zaki, semasa kejadian dia dalam perjalanan dari rumah bapanya di Felda Air Tawar 2 ke rumah rakannya di Kampung Teluk Sengat dengan memandu kereta Proton Iswara.
"Saya mahu ke rumah rakan saya untuk menghadiri majlis tahlil kerana bapa rakan saya baru meninggal dunia," kata Zaki ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini semalam.
|
|
"Saya terkejut dan cuba mengelak dengan memaut stering kereta ke kiri bagi mengelak daripada terlanggar haiwan itu," katanya lagi.
Perompak masuk rumah ketika ulang kaji pelajaran
PEKAN: “Saya hanya ingat mati apabila perompak mengacukan pisau dan mengugut mahu membunuh jika saya menjerit dan melawan.
BUKTI...Farah Elyani melihat laci yang dikopak perompak.
myMetro
Diebetes Dan Kanak-kanak
TIDAK ramai yang mengetahui kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami masalah kandungan gula tinggi dalam darah ataupun lebih dikenali sebagai diabetes.
Terdapat tiga jenis diabetes iaitu Jenis 1, hanya berlaku pada kanak-kanak atau remaja disebabkan kekurangan hormon insulin yang serius dan keadaan ini memerlukan pengambilan suntikan insulin seumur hidup mereka.
Jenis 2 disebabkan insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak berupaya menurunkan kadar glukosa darah dengan berkesan hingga menyebabkannya mengalami peningkatan.
lagi di sini myMetro
Chong Wei unggul
PERMULAAN baik buat Lee Chong Wei apabila merangkul gelaran pertama 2010 di Siri Super Terbuka Korea yang berakhir semalam dengan menewaskan pemain nombor empat dunia, Peter Gade dari Denmark.
KONGSI...Chong Wei meraikan kejayaan bersama penyokong selepas menewaskan Peter Gade pada final Terbuka Korea, semalam.
BERITA PENUH
Petronas perkenal Primax RON 97
PETRONAS Dagangan Berhad (Petronas) memperkenal Petronas Primax 97, edisi minyak RON 97 yang dipertingkat dan mampu memberikan daya pecutan lebih tinggi dan pada masa sama menawarkan penjimatan kepada pengguna di lebih 300 stesen minyak Petronas di seluruh negara.
Halal diragui
PUTRAJAYA: Selain memaparkan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., segelintir pemilik restoran tidak halal di negara ini dikesan turut menggaji wanita bertudung sebagai pelayan atau pekerja bagi meyakinkan pelanggan Islam bahawa makanan di premis mereka halal.
Murid terdedah bahaya nahas
MELAKA: Majlis Agama Islam Melaka (Maim) akan mengadakan perbincangan dengan masyarakat setempat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhubung masalah lalu lintas dihadapi murid Sekolah Rendah Agama Jaim Telok Mas di sini.BERITA PENUH
Rumah denggi
SERI KEMBANGAN: Beberapa rumah kosong tanpa penghuni di flet Desa Serdang, Persiaran Desa Serdang Dua, Desa Serdang di sini, menjadi tempat longgokan sampah yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan serta takungan air sampah sebagai tempat pembiakan nyamuk menyebabkan penghuni bimbang kesihatan terjejas akibat persekitaran kotor.BERITA PENUH