Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, December 25, 2011

Kulit kacang diolah menjadi kumbang

Kulit kacang

diolah menjadi kumbang


WARNA-WARNI...kulit kacang yang diolah menjadi kumbang.
WARNA-WARNI...
kulit kacang yang diolah menjadi kumbang.




TERNYATA kreativiti yang digarap penuh seni memberikan persepsi di luar kebiasaan jika ia berupaya memukau pandangan.




Keunikan itulah sebenarnya yang mewarnai setiap produk kraf Attitude Planet Art (APA) di gerai Variasi sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka, hujung minggu lalu.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal6





Gubahan tersusun indah berasaskan buah angsana yang menghiasi gerai Variasi itu sememangnya berjaya mencuri perhatian sesiapa.





Dikreatifkan dengan cara tersendiri, gubahan itu tampil memukau apabila buah angsana diwarnakan merah, kuning, hijau dan biru.





Pemilik kediaman yang gemarkan suasana ringkas dan praktikal sesuai memilih gubahan berkenaan kerana ia digubah tidak terlalu padat.




Letak di sudut manapun keindahan dapat digambarkan sepenuhnya lantaran produk seni rimba itu berupaya menjadi titik fokal luar biasa.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal1




Anda boleh mencipta kelainan dengan menggabungkan gubahan itu atau menyelitkan beberapa kuntuman bunga hiasan lain dan aksesori hiasan ringkas.




Bukan sekadar itu, dekoratif buah angsana turut diilhamkan pada lakaran berlatarkan batik dan pemandangan.




Ia kemudian diabadikan dalam bingkai bergambar dan pengunjung boleh menjadikannya cenderahati untuk dibawa pulang.




Dekoratif menarik itu kemudian diabadikan dalam bingkai bergambar dan peserta boleh menjadikannya cenderahati untuk dibawa pulang.




Tiada yang lebih memberikan makna selain kreativiti sendiri menjadi elemen hiasan kediaman, ditambah keunikan buah angsana menerusi karakter dan nilai keindahan semula jadinya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal2



Sementara itu, pengolahan kulit kacang pistasio yang ditampilkan dalam bentuk kumbang pelbagai warna berjaya mencuri perhatian pengunjung.




Menerusi tunjuk ajar pereka dalaman APA, Fauzi Abd Majid dan Hisham Kamaruddin, pengunjung diberi peluang menghasilkan sendiri produk kraf berkenaan.




Bermula dengan curahan idea mengikut cita rasa sendiri pada kertas latarnya hingga pilihan warna sesuai untuk kumbang, kreativiti itulah yang membuat–kan ia kelihatan unik.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal3




“Kali ini pengunjung diberi peluang menunjukkan daya kreativiti sepenuhnya dan elemen yang paling menjadi tarikan adalah kumbang berasaskan kacang pistasio.




“Setiap kulit kacang itu sesuai digarap atau dikreatifkan menjadi seekor kumbang unik yang menambahkan kelainan pada gambar pemandangan, bunga-bungaan atau lakaran anda sendiri,” katanya yang juga pemilik bersama APA.




Malah pengunjung berpeluang melihat material asal kacang pispachios dan lakaran menggunakan cat turut disediakan bagi memudahkan anda memilih reka letak kumbang.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal4




Sememangnya musim cuti sekolah ini turut memberi peluang kepada beberapa pelajar menyertai sesi bengkel APA itu.




Bagi Nor Hafizah Abd Malek, 11, sesi bengkel berkenaan memberi peluang kepadanya untuk menghasilkan produk kraf itu mengikut cita rasa sendiri.




“Selepas melakar latar belakang pada kertas menggunakan cat air, saya cuba kreatifkan ia dengan menyusun sendiri kedudukan beberapa ekor kumbang mengikut kesesuaian.




“Sekurang-kurangnya ia menjadi sesuatu yang paling menarik untuk saya tunjukkan kepada rakan sebaik sekolah dibuka kelak,” katanya.




Bagaimanapun, sesi bengkel itu turut menarik perhatian Soo Poh Chew, 41, untuk memberi galakan kepada dua anaknya Richard, 13, dan Ricky, 11, menjadi peserta.




“Bengkel ini membabitkan kerja tangan kreatif dan ia amat sesuai untuk pelajar kerana pada masa sama merangsang perkembangan minda serta aktiviti menyeronokkan.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal5




“Karya seni yang dihasilkan ini juga menjadi dorongan kepada generasi muda untuk lebih menghargai keunikan produk seni rimba,” katanya dari Taman Pokok Mangga, Melaka.




Melihat kelainan produk seni rimba itu, APA turut berkongsi pengetahuan dengan pe–ngunjung mengenai proses penghasilan produk seni rimba itu supaya tahan lama dan tidak mudah terjejas biar pun dalam tempoh lama.




“Kulit kacang itu perlu direndam dengan bahan kimia atau peluntur selama dua jam.





“Kemudian bilas dan jemur atau letakkan dalam ketuhar selama 15 minit dalam suhu sederhana.





“Selepas itu, proses pewarnaan dilakukan mengikut pilihan anda sebelum ia boleh digunakan sebagai produk gubahan,” kata Fauzi.




Biarpun melalui proses penghasilan atau pengawetan yang rumit, keadaan semula jadi semua produk berkenaan masih kekal asli.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal7



Sumber









Teruskan membaca..

Larut Malam - Rojak Disko




bird_45.jpg


















Teruskan membaca..

Sekolah Berasrama Penuh sedia 2,214 tempat untuk pelajar miskin



Sekolah Berasrama Penuh

sedia 2,214 tempat untuk pelajar miskin


DR. MOHD. PUAD (tengah) bergambar dengan penerima bantuan persekolahan di Putrajaya semalam.








PUTRAJAYA - Sebanyak 2,214 daripada 7,400 tempat yang ditawarkan bagi kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) disediakan kepada pelajar daripada keluarga miskin dan berasal dari luar bandar, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.





Beliau berkata, daripada 2,214 tempat itu, 360 orang daripadanya adalah pelajar yang mendapat 3A 2B manakala 660 orang yang mendapat 4A 1B.






Teruskan membaca..

Sajian eksotik ideal

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menumasadepan_/pix_gal3




Menu masa depan?




Sajian eksotik ideal:


Ulat, serangga kaya khasiat berbanding

ikan dan ayam kini dilabel Barat menu pilihan




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menumasadepan_/pix_gal2





SANGGUPKAH anda makan serangga, ulat, kumbang atau pun kala jengking? Atau pernahkah anda bayangkan masak lemak serangga, sambal tumis kala jengking dan cengkerik goreng kunyit? Meloyakan bukan? Malah pasti ramai beranggapan tindakan itu jelik dan menjijikkan serta hanya sesuai untuk golongan yang tidak bertamadun atau tinggal dalam hutan.





Namun, hakikatnya, amalan memakan serangga yang turut diamalkan di negara seperti Thailand, China dan Amerika Selatan, kini diiktiraf sebagai satu gaya hidup era baru, malah Barat yang satu masa dulu menganggapnya menjijikkan sebaliknya kini mengiktirafnya.





Itulah keputusan pihak Kesatuan Eropah (EU) minggu lalu yang mengumumkan peruntukkan €3 juta (RM12.9 juta) bagi kempen dan misi penting - menggalakkan orang ramai makan serangga serta penyediaan makanan berasaskan ulat dan serangga. Pegawai pemantau piawaian makanan di 27 negara anggotanya juga digesa menyelidik dan menyelongkar lebih banyak lagi keistimewaan serangga yang berpotensi diperkenalkan dalam menu utama makanan.





Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan ‘ternakan mikro’ itu menjadi sumber pemakanan baru jika stok makanan sedia ada atau konvensional mula berkurangan atau akibat bencana alam.





Selain diperkenalkan dalam pelbagai resepi baru, menjadi gantian kudapan untuk minum pagi dan petang, beberapa restoran dibuka khusus menyajikan makanan eksotik berkenaan, begitu juga hotel dan restoran bertaraf lima bintang menyediakan menu khas berasaskan serangga.





Sajian serangga juga kini dianggap makanan alaf baru sesuai dengan gaya hidup masa kini dunia yang mementingkan aspek kesihatan dan diet yang seimbang serta persekitaran lestari.





Bagi penggemar sajian serangga, mereka berasakan serangga bukan saja enak malah mengatasi udang, sotong dan ketam kerana ia rendah lemak, rendah kolesterol serta tinggi mineral, serta dua kali lebih protein berbanding daging dan ikan.





Penternak serangga seperti cengkerik, kala jengking, kumbang, labah-labah Tarantula di Thailand dan Australia dikatakan kini sedang giat mengembangkan perniagaan mereka berikutan permintaan yang meningkat daripada penggemar makanan eksotik ini.





Diakui sesetengah serangga mungkin boleh menyebabkan jangkitan penyakit dan merosakkan tanaman, namun penternakan atau industri serangga ini sebenarnya mesra alam, selain ruang ternakan yang terhad, tiada pencemaran alam (kumbahan dan najis haiwan kurang), makanannya juga sedikit dan tiada kesan gas ke atas rumah hijau.





Laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB menyatakan lebih daripada 1,400 spesies serangga dimakan oleh lebih 300 kumpulan etnik di 113 buah negara yang berkemungkinan boleh mewujudkan peluang perdagangan dan industri makanan, terutama di negara Dunia Ketiga.





Pakar di Brussels percaya serangga dan haiwan merayap yang ‘menyeramkan’ boleh menjadi satu sumber pemakanan yang bukan saja menyelesaikan masalah kekurangan makanan tetapi juga membantu menyelamatkan alam sekitar.





Malah, Profesor Marcel Dicke, yang mengetuai pasukan pakar Belanda itu dari Universiti Wageningen, dengan nada optimis meramalkan serangga, kumbang, cengkerik dan ulat ini bakal dijual di pasar raya utama.





“Menjelang 2020, anda dapat membeli serangga di pasar raya. Mungkin pada 2011 anda tidak akan terfikir mengenainya.





“Kita pernah melihat bagaimana satu masa dulu diperkenalkan terung, sushi, yang tidak pernah orang makan di sini. Saya fikir ia (serangga) akan mula diterima dan menjadi bahan dalam sos dan burger. Kisarkan saja serangga dan campur dalam makanan bagi membolehkan sajian menjadi lebih sedap,” katanya.





Beliau berkata, serangga secara biologinya boleh dianggap seperti kerang-kerangan dan serangga yang berterbangan ini ibarat ‘udang kara dari langit.’





“"Sumber protein sedia ada tidak mencukupi untuk menampung permintaan penduduk dunia yang semakin berkembang. Harga daging tetap akan melambung tinggi. Justeru, EU mesti memikirkan sesuatu dan melabur dalam keselamatan makanan termasuk menjadi alternatif seperti penternakan serangga ini.”





Namun, lain pula pandangan pakar entomologi kanan di Muzium Sejarah Semulajadi United Kingdom, Stuart Hine. Baginya, serangga masih tidak boleh menyelesaikan semua masalah kerana ia lebih mahal kerana kos gudang selain penyakit serangga boleh merebak dengan cepat.





“Ya, serangga hebat tetapi ia bukan penyelesaian muktamad bagi memenuhi keperluan makanan dunia,” katanya yang turut mengingatkan penggemar serangga supaya memasak serangga daripada makan mentah kerana lebih selamat.





Dipercayai ada enam juta spesis serangga yang wujud di bumi dan kira-kira 1,000 hingga 1,600 yang boleh dimakan dan berpotensi untuk dijadikan makanan.





Namun, jangan mudah mengutip semut atau kumbang di taman dan terus memakannya kerana tidak semua serangga selamat untuk dimakan kerana awas, ia boleh menjadi toksik.





Juadah serangga serata dunia





Ghana




Ketika musim hujan, sejenis anai-anai bersayap digoreng, dipanggang atau dijadikan sebahagian ramuan pembuatan roti.





Afrika Selatan




Serangga dimakan dengan bubur jagung, sesetengah ulat larva dan cengkerik menjadi ramuan dalam pembuatan roti.





Croatia




Sebuah restoran mesra alam, menjadikan cacing tanah sebagai bahan utama dalam menunya. Restoran terletak di wilayah Zadar itu mendakwa cacing itu mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak menjadikan makanan lebih bernutrisi. Antara sajian yang ditawarkan termasuk sup diperkayakan dengan cacing, cacing goreng dan kek keju cacing.





China




Kebanyakan serangga atau makanan eksotik lain digunakan sebagai ubat alternatif yang dikaitkan dengan kesuburan dan tenaga batin. Namun, cengkerik goreng banyak dijual sebagai snek di pasar malam dan gerai kaki lima kerana rasanya seperti udang bakar.





Jepun




Larva lalat akuatik ditumis bersama gula dan kicap manakala belalang dimasak bersama buah pala, dikenali sebagai inago, dijadikan snek koktail kegemaran ramai. Sementara itu, warga tua kawasan tanah tinggi Jepun percaya menikmati keropok tebuan dapat memanjang usia mereka.





Bali, Indonesia




Pepatung direbus di dalam santan dengan halia dan bawang putih sebagai makanan istimewa di Bali.






New Guinea dan Australia




Ulat pokok menjadi hidangan istimewa di New Guinea dan makanan kegemaran orang asli Australia.





Amerika Selatan




Masyarakat India di Amerika Latin menggemari riang-riang dan labah-labah Tarantula panggang manakala semut menjadi bahan untuk makanan tradisional mereka. Satu lagi makanan kegemaran ramai adalah cacing AGAVE dimakan bersama roti tortilla dan di Mexico ia diletakkan dalam minuman keras.





Britain




Sebuah restoran terkemuka Selfridges, Fortnum & Mason menyajikan serangga seperti lebah, cengkerik dan kumbang kini sebagai makanan ringan. Malah selebriti Heston Blumenthal menjadikan serangga sebagai bahan dalam masakan gaya Victoria.





New Zealand




Masyarakat orang asli Maori makan ulat larva yang dipanggang atau digoreng dan rasanya dikatakan menyamai ayam masak bersama keju.





Amerika Syarikat




Sebuah restoran di Bristol dikenali sebagai Zulu Restoran menjadikan cengkerik dan lebah sebagai menu untuk kudapan. ada satu persatuan dikenali sebagai Bay Area Bug Eating Society, (BABES) yang mempromosikan makanan berasaskan serangga. Selain menggalakkan orang ramai makan serangga, persatuan ini menyediakan pelbagai resipi juadah yang berasaskan serangga seperti sandwich riang-riang, sup anak lebah dan spaghetti bersama ulat. Persatauan ini turut menerbitkan buku dan VCD cara meamsak serangga.





Vietnam, Kemboja dan Thailand




Belalang, labah-labah Tarantula, cengkerik, lipas dan kala jengking, menu biasa boleh dijumpa di kaki lima. Biasanya serangga itu digoreng sama ada dengan tepung, goreng cili, masak halia, disira dengan gula, cili atau madu. Menjadi kudapan dan makanan ringan yang boleh diperoleh setiap hari.










Teruskan membaca..

Mangsa banjir Johor meningkat lebih 1,100


Flower_65.jpg





Mangsa banjir Johor meningkat lebih 1,100



JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor tidak banyak berubah dengan beberapa sungai masih melebihi paras bahaya, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan pula meningkat kepada 1,127 orang setakat 8 pagi, berbanding 855 malam tadi.




Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, sebanyak 27 pusat
pemindahan dibuka iaitu 13 di Segamat, tujuh di Mersing, lima di Batu Pahat serta masing-masing satu di Kluang dan Pontian.




Laluan jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara
Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan
pengangkutan udara.





Sementara itu, menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, air di
beberapa batang sungai masih melebihi paras bahaya.
Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatat 3.34 meter, Sungai Muar di Buloh
Kasap, Segamat (9.44 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.86
meter), Sungai Muar di Kampung Awat, (19.85 meter), Sungai Bekok di Empangan
Bekok, Batu Pahat (16.95 meter) dan Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter). - BERNAMA

















Teruskan membaca..

Jumlah mangsa banjir di Rompin terus meningkat


Jumlah mangsa banjir di Rompin terus meningkat



KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di daerah Rompin terus meningkat kepada 665 mangsa berbanding 474 orang petang semalam, menurut jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Beliau berkata kesemua mangsa yang membabitkan 157 keluarga itu kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah itu. Seramai 386 mangsa ditempatkan di Pusat Ekonomi Bukit Serok, Teluk Gading




(197) dan Balai Raya Kampung Rekoh (82), katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Bagaimanapun katanya, tiada kejadian banjir dilaporkan di daerah lain setakat 9 pagi ini. -- BERNAMA




Teruskan membaca..

CUEPACS lega 5 isu berbangkit selesai




CUEPACS lega 5 isu berbangkit selesai





Pertemuan dengan JPA jelas kekeliruan timbul



KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.



Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.




Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.




Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.




“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.




Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.




Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.




Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.




“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya.








Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...