Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, May 17, 2014

5,000 guru naik pangkat


 

5,000 guru naik pangkat

 

 

 



Kuala Lumpur: Seramai 5,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke gred DG42 tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelantikan pertama skim perkhidmatan bersepadu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu membabitkan gabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD).

Difahamkan, guru terpilih bakal menikmati gaji minimum RM1,917 dan maksimum RM8,652 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225. Mereka dijangka menerima kenaikan pangkat dan tunggakan gaji pada pertengahan tahun ini. 



Pemohon disyaratkan mempunyai ijazah semasa dalam perkhidmatan secara pengajian jarak jauh (PJJ), mula mengisi borang permohonan secara manual sejak 24 Mac lalu untuk ditapis jawatankuasa khas Unit Kenaikan Pangkat Bukan Siswazah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).


Gabung PPPS dan PPPLD


Dalam usaha kita untuk memartabatkan profesion keguruan, kementerian menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD ke dalam satu skim perkhidmatan bersepadu PPP berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.


Pada tahun ini, dianggarkan 5,000 pegawai PPP gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 akan dinaikkan pangkat ke gred DG42, katanya pada majlis pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 bertema Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, di sini, semalam. 

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh serta Timbalan Menteri Pendidikan I dan II, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.


Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dipilih sebagai Tokoh Kepemimpinan Kebangsaan, manakala bekas Pengetua Cemerlang, Tengku Azuan Tengku Mohamed dinobat sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.


Masing-masing menerima anugerah berupa plak, sijil penghargaan, pingat emas kecemerlangan, wang tunai RM10,000, Sijil Simpanan Premium bernilai RM8,000 dan penerbangan pergi balik ke Jeddah bernilai RM20,000 daripada Muhyiddin.


Lebih 2,000 guru dari seluruh negara menghadiri majlis itu, termasuk bekas guru Matematik yang mengajar Muhyiddin di Sekolah Tinggi Muar, Yusuf Karto, 80, yang didatangkan khas ke majlis berkenaan dan ternyata kehadirannya yang berkerusi roda memberi kejutan kepada pemimpin berkenaan. 


Muhyiddin berkata sehingga Jun ini, dijangka seramai 195 guru dinaikkan ke gred DG54, manakala 643 orang ke gred DG52, 803 orang (DG48) dan 8,954 orang (DG44).


Bagi Guru Bukan Siswazah pula, katanya, seramai 354 orang dinaikkan ke gred DGA38, manakala 11,314 orang dinaikkan ke gred DGA34 dan 4,091 orang ke gred DGA32.


Penambahbaikan laluan kenaikan pangkat secara Times Based Berasaskan Kecemerlangan yang memberi peluang luas kepada PPP untuk menikmati kenaikan pangkat adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada guru, katanya.


Peruntukan besar


Beliau berkata, dianggarkan lebih 10,500 orang PPPS dan 15,700 orang PPPLD mendapat manfaat kenaikan pangkat melalui skim berkenaan.


Katanya, bagi melaksana semua urusan kenaikan pangkat guru, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar kewangan yang membuktikan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha guru dalam membentuk modal insan personaliti unggul. 
Sumber 
 
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...