Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, August 2, 2013

Mukjizat al-Quran - Ustaz Sharhan Shafie









Teruskan membaca..

:)






Jangan lepaskan

 malam lailatulqadar








Memasuki fasa ketiga bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, marilah kita menggunakan peluang dan tawaran berharga bagi menambahkan bekalan akhirat. Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan yang mempunyai banyak kelebihannya. 





Ramadan, al-Quran dan malam al-Qadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.




Malam lailatulqadar disembunyikan





Ulama Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi menyebut, tarikh malam lailatulqadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya. Ia adalah satu anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang tidak ternilai fadilatnya. 






Rasulullah SAW bersabda:



" Cari malam lailatulqadar
 di malam ganjil pada
 10 hari terakhir Ramadan."

(Riwayat Bukhari dan Muslim) 





Malam lailatulqadar amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam saja sepanjang tahun. Maka beruntunglah siapa yang memperolehnya dan rugilah siapa melepaskannya. 






Pelbagai hikmah daripada anugerah malam al-Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah, maka dianugerahkan satu peluang ibadah pada malam itu digandakan sehingga seribu bulan. 





Beramal seribu bulan



 

Bermakna jika kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di sepuluh akhir Ramadan, kita berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama seribu bulan iaitu kira-kira 83 tahun 4 bulan. 





Menjadikan kita seolah-olah menghabiskan seluruh hidup dan usia dalam ibadah. Selain kelebihan beramal, malam lailatulqadar juga memperjelaskan segala urusan hidup manusia dengan penuh hikmah. 





Persoalan timbul di sini ialah bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan lailatulqadar? Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa langkah kepada umatnya supaya berusaha sedaya upaya mendapatkan lailatulqadar ini. 





Daripada Imam Bukhari dan Muslim, 

Saidatina Aisyah meriwayatkan:



" Sesungguhnya,
 Rasulullah SAW apabila masuk 
malam 10 terakhir Ramadan,
baginda menghidupkan malam
 (dengan amal ibadah),
mengejutkan keluarganya 
(bangun beribadah), 
bersungguh-sungguh 
(dalam ibadah) dan uzlah 
daripada isteri-isterinya."





Orang yang beribadah pada 10 malam terakhir akan bebas daripada api neraka berdasarkan hadis sahih. Walau bagaimanapun umat Islam dituntut melakukan ibadat sepanjang malam Ramadan dengan bermunajat kepada Allah SWT. 






Memohon supaya dihapuskan segala dosa, di samping berdoa untuk mendapatkan kesejahteraan hidup, rezeki berkat, ilmu bermanfaat, kesihatan yang baik kerana pada malam lailatulqadar tiada hijab untuk Allah menerimanya. 





Perkemas amal ibadah



 

Ramadan mulia yang masih berbaki enam hari lagi, marilah kita memperkemaskan amal ibadah dan bersungguh-sungguh mendapatkan ganjaran daripada Allah SWT. Hayati malam-malam terakhir Ramadan dengan beribadah penuh khusyuk .





Meninggalkan sementara keseronokan dunia

 dengan beriktikaf di masjid sambil beribadat sepuas-puasnya. Beriman dan yakin bahawa malam lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah. 




Amal ibadah dilaksanakan kerana

 Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaan-Nya. Adalah diharapkan sebelum beramal ibadat pada malam al-Qadar, bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan beristiqamah mengerjakan
 suruhan Allah SWT.







Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...