Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 19, 2012

Alhamdulillah..







30 Kaedah Menuju Bahagia
 




30 kaedah menuju bahagia ini dipetik dari sebuah buku karya Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni. Semoga kaedah ini mampu membantu memantapkan hati dan jiwa yang lemah. Insya- ALLAH:
 







1- Hiduplah untuk hari ini dan lupakan hari semalam dan tidak usahlah berfikir tentang hari esok. Hargai hari ini kerana ALLAH S.W.T nyata memberikan pinjaman hidup untuk hari ini. Hari esok belum tentu menjadi milik kita kerana, sebagai manusia kita sendiri tidak tahu masihkah ada hari esok atau sebaliknya.
 





2- Lupakan masa lalu dan semua perkara yang pernah terjadi. Tumpukan pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah berlaku merupakan kebodohan dan akan menyebabkan kegilaan. Masa lalu hanya akan memakan diri dan membuatkan kita terus berada di dalam kegelapan.
 




3-Jangan menyibukkan diri dengan memikirkan masa depan kerana ia masih di alam ghaib. Jangan fi kirkan sehingga tiba harinya. Nikmati hari ini selagi termampu.
 





4- Jangan mudah tergugat dengan kritikan. 
Teguhkan pendirian dalam menghadapinya. 
 Anggaplah kritikan yang diterima akan menjadikan diri lebih bagus daripada sekarang. Kritikan dan sindiran tidak dapat membunuh kita, ia hanya sekadar dapat mematahkan semangat dalam tempoh sementara sahaja. Dan kita akan bangun berdiri lebih lama daripada jatuh terduduk. Maka ketepikan sahaja kritikan itu!
 





5- Beriman kepada ALLAH S.W.T dan melakukan amal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia. Mungkin selama ini kita meninggalkan amal ibadat dengan sengaja atau tidak sengaja. Nah! Inilah masa untuk kembali dan mengisi kehidupan dengan melakukan amalan kebaikan yang pernah ditinggalkan.
 





6- Barang siapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada ALLAH S.W.T. Hanya dengan mengingati-NYA akan mendatangkan kedamaian di hati.
 




7- Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu adalah ketentuan qadak dan qadar. Belajarlah untuk bersikap redha dengan menerima sesuatu itu sebagai takdir ILAHI yang mempunyai hikmah tersembunyi.
 





8-Jangan menunggu ucapan terima kasih
 daripada seseorang kerana tanpa mengharapkan balasan adalah sangat membahagiakan.
 





9- Persiapkan diri dengan kemungkinan terburuk
 kerana apabila kita sudah bersedia dengan perisai kekebalan menghadapi segala kemungkinan, maka tiada apa yang tidak mampu di atasi. Hadapilah dengan berani!
 





10- Kemungkinan yang terjadi masih ada sesuatu 
yang terbaik untuk kita. Kita sangat lemah dan terbatas pengetahuannya. Percayalah......
  bahawa setiap yang berlaku itu merupakan tanda bahawa ALLAH S.W.T sangat menyayangi kita!
 





11- Anggaplah sesuatu ketentuan takdir itu ada hikmahnya. Hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui.
 





12- Berfikirlah tentang nikmat dan bersyukurlah di atas apa yang pernah diterima. Selalu mensyukuri nikmat yang diberi tidak akan membuatkan kita miskin hati!
 




13- Percayalah bahawa apa yang kita miliki
 adalah jauh lebih banyak daripada yang dimiliki oleh orang lain. Ini lahir daripada perasaan syukur yang dididik di dalam jiwa nurani.
 





14- Yakinlah bahawa dari semasa ke semasa 
pasti ada jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi. Sabar adalah resipi terbaik bagi mendapatkan jalan keluar! Jangan khuatir kerana ALLAH S.W.T akan menunjukkan jalannya.
 





15- Anggaplah dengan musibah yang berlaku, 
hati akan tergerak untuk berdoa dan mengingati ALLAH S.W.T. Berdoa adalah senjata mukmin bagi mencapai hasrat yang diingini.Jangan sesekali berputus asa dengan doa, buktikan pada ALLAH S.W.T keikhlasan kita sebagaihamba-NYA.
 





16- Musibah itu menajamkan nurani dan menguatkan hati. Pengalaman pahit adalah guru yang terbaik dalam hidup ini. Ia mengajar kita menjadi cekal dan teguh sekukuh gunung yang menopang bumi.
 





17- Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. 
Ini janji TUHAN dan dipaterikan di dalam kalam al-Quran.
 





18- Jangan hancurkan hidup hanya kerana 
perkara-perkara remeh kerana masih banyak lagi perkara penting yang perlu kita kendali dan selesaikan.
 





19- Sesungguhnya TUHAN itu
 sangat luas pengampunan-NYA. Maka bermohonlah disertai keikhlasan.
 




20-Jangan marah, jangan marah, jangan marah.
 Marah hanya akan membutakan hati yang sememangnya buta jika tiada iman di dada.
 




21-Jangan risau jika tidak ada harta dunia kerana 
hidup ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan. Harta dunia tidak akan dibawa bersama di dalam kubur, sebaliknya amalan kebaikanlah yang akan menjadi harta yang ‘dibelanja’.
 




22- Di langit sudah ditentukan rezeki kita 
dan telah ditetapkan apa yang akan diperolehi. Maka terimalah dengan berlapang dada dan berdoalah sentiasa semoga pemberian itu mencukupi. Perasaan mencukupi itu adalah anugerah terbaik daripada ALLAH S.W.T berbanding dengan kurniaan emas yang menggunung kepada hamba-NYA yang sering berasa tidak cukup.
 




23- Kebanyakan kita takutkan apa yang tidak akan berlaku. Jadi lupakan semua itu dan kembali menjadi diri sendiri. Jadilah seperti yang kita mahu dan jangan biarkan orang lain mempengaruhi hidup!
 




24- Jadikan segala musibah yang berlaku sebagai teladan. Tukarkan musibah itu kepada hikmah terbaik yang menjadi anugerah terhebat yang pernah kita miliki.
 




25- Ingatlah, ALLAH S.W.T menyayangi kita, kerana sayanglah DIA menguji! ALLAH S.W.T terlalu rindu kepada kita untuk kembali pada-NYA. Renungkan usia kita dan lihatlah betapa lamanya ALLAH S.W.T menanti kita kembali kepada-NYA. Kembalilah ke jalan yang diredhai.
 




26- Doa, doa dan doa. 
Usah sesekali berputus asa dengan berdoa.
 




27-Isilah masa lapang sebaik mungkin. 
Jangan biarkan masa berlalu dengan satu pembaziran. Alangkah ruginya.  Masa itu emas, emas itu mahal harganya pada zaman ini! Maka hargailah masa lebih daripada menghargai emas, kerana kita tidak akan mampu membeli masa yang telah berlalu pergi.
 




28- Kedengkian dan keinginan untuk membalas
 dendam akan membahayakan kesihatan, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan. Dendam yang tersimpan tidak akan membahagiakan. Percayalah!
 



Imam As-Syafie memberi wasiat, 





“Ketahuilah bahawa sebesar-sebesar kesenangan 
di dunia adalah memberi maaf kepada orang lain 
dan melupakan terus kesalahannya, nescaya 
ALLAH S.W.T akan meninggikan darjatnya
 di sisi manusia.” 





 - Dipetik dariBuku Wasiat 4 Imam/Abu Ahmad 
Yasin M/s 468
 



29- Jangan percayakan khabar angin dan jangan endahkan umpatan orang. Hiduplah untuk diri sendiri kerana hanya kita yang lebih mengerti tentang diri sendiri dan bukan orang lain.
 



30-Setiap duka dan musibah adalah penghapus dosa. Jadi berhentilah daripada bersedih. Ternyata ALLAH S.W.T sedang membuka pintu peluang untuk melangkahlah masuk dengan penuh ketabahan dan kesabaran.


 

Bacalah kata-kata ini sebagai penguat jiwa yang berduka:






Jika ALLAH S.W.T menguji kita sekali, 

bersujudlah kita kepada-NYA lebih sepuluh kali, 

Semakin kita jauh daripada ALLAH S.W.T, 

semakin dekat ALLAH S.W.T akan menghampiri kita.

Semakin kita menghampiri ALLAH S.W.T,

 semakin kuat ALLAH S.W.T akan menduga kita 

Kerana ALLAH S.W.T begitu menyayangi kita.......






Tersenyumlah untuk itu!








Teruskan membaca..

Permohonan perkhidmatan awam ditapis online mulai 1 Januari

Permohonan perkhidmatan awam

 ditapis online mulai 1 Januari



PUTRAJAYA: Permohonan perkhidmatan awam akan ditapis menerusi online sebelum calon dipanggil untuk temuduga bermula 1 Januari depan.


Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam, berkata setiap calon akan ditapis dari segi kesahihan kewarnegaraan Malaysia, sijil kelayakan dan rekod jenayah.




Beliau berkata, transformasi yang pertama kali dilakukan ini akan mempercepatkan pengesahan jawatan penjawat awam dari tiga tahun ke enam bulan hingga setahun.











Sumber







Teruskan membaca..

11 resolusi bela guru


11 resolusi bela guru




pix_gal0

KONGRES cadang tubuh bank 
untuk manfaat pendidik, murid




Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) mengemukakan resolusi 11 perkara kepada kerajaan untuk membela nasib pendidik dan pesara guru, termasuk penubuhan bank guru.Penubuhan bank yang dicadang diterajui Yayasan Guru Malaysia Berhad itu bertujuan memberi manfaat kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid di seluruh negara.



Tabung Kebajikan Guru Presiden, Jemale Paiman berkata, untuk manfaat pesara guru pula, pihaknya mencadangkan penubuhan organisasi mirip Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga mereka.

Beliau berkata, resolusi lain termasuk menyerap lebih 60,000 guru lepasan diploma, terutama berusia 50 tahun ke atas dalam skim siswazah tanpa temu duga.


Bagi tujuan itu, kerajaan disaran mewujudkan Skim Perkhidmatan Bersepadu Pelajaran Persekutuan. Skim yang dicadangkan ialah gabungan Skim Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma dan Skim Perkhidmatan Siswazah Tanpa Temu Duga pada gred DG 42.
“Kelonggaran khas menerusi skim istimewa kepada mereka berusia 50 tahun ke atas untuk diserapkan dalam skim siswazah sudah dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan sesuai diamalkan oleh Kementerian Pelajaran pula,” katanya dalam satu kenyataan semalam.




Resolusi itu diputuskan pada mesyuarat Exco Khas KONGRES, pada Sabtu lalu dan dihantar kepada kementerian dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.


Cadangan lain ialah: 




  • Menubuhkan majlis guru bertaraf profesional, berdaftar dan bertauliah untuk menjaga dan mengawal pendidik. Ia berfungsi sebagai pengawal dan mengambil tindakan tatatertib atau disiplin, denda dan menggantung atau menamatkan perkhidmatan pendidik yang berkhidmat dengan kerajaan atau swasta, institusi pengajian tinggi dan pusat tuisyen.
  • Menukar pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Pendidikan Nasional (PTPTN) kepada biasiswa. Pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) layak untuk menerimanya.

     

    Resolusi 11 Perkara diteliti: Muhyiddin


    Muhyiddin bersama Abdul Ghani dan Azalina mendengar penerangan mengenai   Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang  di Bayu Permai,  semalam. 
     Muhyiddin bersama Abdul Ghani dan Azalina mendengar penerangan mengenai Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang di Bayu Permai, semalam.



    KONGRES diminta kemuka resolusi secara rasmi

     
    Kota Tinggi: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan meneliti Resolusi 11 Perkara dicadang Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) untuk membela nasib pendidik dan pesara guru.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bersedia untuk menerima cadangan KONGRES dan meminta mereka mengemukakannya secara rasmi.

    “Daripada apa yang saya baca, ada 11 resolusi yang KONGRES akan bawa kepada kementerian secara rasmi. Kementerian akan menelitinya satu persatu, jika boleh terima, kita akan ambil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di Bayu Permai, Plot A di sini, semalam.


    Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman dan Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar.

    Muhyiddin mengulas mengenai resolusi mesyuarat Exco Khas KONGRES, Sabtu lalu, yang turut mencadangkan penubuhan bank guru yang bertujuan memberi manfaat kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid seluruh negara.

    Resolusi turut mencadangkan penubuhan organisasi mirip Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga mereka.

    Yayasan Pendidikan Pengerang
    Sementara itu, Muhyiddin mencadangkan Yayasan Pendidikan Pengerang ditubuhkan bagi kepentingan pelajaran anak penduduk kawasan itu dengan dananya disumbangkan pelabur dalam PIPC, termasuk PETRONAS dan Dialog Group Bhd.

    “Yayasan ini adalah sebagai tanda sokongan kerajaan dan masyarakat terhadap penduduk yang terbabit dalam PIPC kerana atas pengorbanan mereka, projek dapat dilaksanakan.

    “Yayasan ini juga untuk masa depan anak penduduk menerusi penyaluran biasiswa,” katanya yang berpuas hati dengan proses pembangunan PIPC seluas 22,000 hektar yang fasa pertama dijangka siap pada 2016.

    Beliau juga berharap tiada pihak mempolitikkan projek itu kerana ia memberi faedah besar kepada Johor dan negara. 
    Sumber




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...