Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, November 19, 2012

Jaga Adab Ini - Jika Engkau Seorang Guru




Berkata Imam Al-Ghazali:





“Jika engkau seorang guru
 maka hendaklah engkau
 jaga adab-adab ini:
 

 

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

 

2- Lambat marah.

 

3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

 

4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

 

5- Memilih tawaduk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

 

6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.

 

7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

 

8- Membimbing murid yang bebal.

 

9- Tidak memarahi murid yang bodoh.

 

10- Tidak malu daripada berkata
 ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

 

11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

 

12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

 

13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

 

14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

 

15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.

 

16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.


 

17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).


 

Teruskan membaca..

Muhyiddin gesa guru, ibu bapa komited perkembangkan kreativiti pelajar




Muhyiddin gesa guru, ibu bapa

 komited perkembangkan kreativiti pelajar

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu guru dan ibu bapa lebih komited dalam mengembangkan lagi keupayaan dan kreativiti pelajar serta mengasah pemikiran mereka supaya lebih positif dan progresif melalui aktiviti kokurikulum yang diceburi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai ibu bapa, mereka mampu mengenal pasti minat dan kecenderungan anak-anak mereka sejak dari awal lagi, begitu juga dengan guru di sekolah.



"Namun, jika minat dan kecenderungan ini tidak diperkukuhkan melalui sokongan dan dorongan yang sewajarnya, ia akan terbantut dan terhenti setakat itu sahaja. Amat merugikan jika keadaan ini berlaku," katanya ketika meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia di World Robot Olympiad (WRO) Kuala Lumpur 2012, di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.


Katanya, tidak dapat dinafikan bidang kokurikulum termasuk sukan, melengkapkan dimensi pendidikan seseorang pelajar melalui pelbagai aktiviti menarik dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang menyeronokkan.


Beliau berkata, bidang itu juga merupakan landasan terbaik untuk memperkukuhkan interaksi dan memupuk integrasi pelbagai kaum di negara ini serta tempat bagi mereka mempelajari kepimpinan, meningkatkan kemahiran sosial, persaingan yang sihat, menyelesaikan masalah secara kreatif dan bekerja sebagai satu pasukan.


"Namun, matlamat ini hanya akan dapat dicapai jika guru dan ibu bapa turut bersama-sama memainkan peranan, memberi dorongan serta menyokong pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum," katanya.


Berasa kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan peserta WRO terhadap sains dan teknologi serta peserta pertandingan F1 In Schools, Muhyiddin berkata, kedua-dua pertandingan itu berjaya meningkatkan keyakinan diri serta daya saing pelajar secara positif yang turut meletakkan mereka di persada dunia pada usia muda.

 

"Yang paling penting, kedua-duanya amat bergantung kepada kebolehan mereka menguasai bidang sains dan teknologi.

"Jadi, saya berharap supaya kedua-dua aktiviti ini diberikan ruang yang secukupnya untuk berkembang luas supaya lebih ramai pelajar dapat turut terlibat, sekali gus meningkatkan minat mereka terhadap bidang sains dan teknologi," katanya.


Sambil mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia, beliau berkata, penyertaan pelajar pada pertandingan peringkat antarabangsa dalam bidang kokurikulum jarang sekali menghampakan, malah di pertandingan WRO sebelum ini Malaysia tidak pernah gagal membawa pulang pingat kemenangan.


"Ia adalah kali ketiga Malaysia muncul juara WRO dalam tempoh empat tahun dengan membawa balik dua pingat emas, iaitu pada 2009, 2010 dan tahun ini.


"Saya dimaklumkan untuk memperoleh dua pingat emas merupakan pencapaian tertinggi di pertandingan WRO kerana setakat ini belum ada mana-mana negara pun yang berjaya memungut lebih daripada dua pingat emas dalam tempoh sembilan tahun penganjurannya," katanya.


Katanya, beliau turut berbangga dengan kejayaan pelajar dalam pertandingan akhir F1 In Schools peringkat dunia yang berlangsung di Abu Dhabi, selama tujuh hari mulai 27 Oktober lalu, apabila berjaya membawa pulang 'Sponsorship and Marketing Award', 'Most Liked Award' dan 'Best Research and Development Award'.


Katanya, 'Best Research and Development Award' adalah anugerah paling paling berprestij pada pertandingan tersebut dan tidak mudah untuk dimenangi.


Malaysia diwakili oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor pada pertandingan tersebut manakala pertandingan WRO, kontinjen Malaysia membabitkan 57 pasukan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.


Acara robotik itu diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid selama tiga hari bermula 9 November lalu. - BERNAMA
Teruskan membaca..

UPSR 2012: 45,054 calon dapat semua A

UPSR 2012: 45,054 calon dapat semua A



PUTRAJAYA — Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatat A dalam semua mata pelajaran, menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, Dr. Na’imah Ishak berkata, pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.

"Sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR, di sini hari ini.

Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki calon sekolah swasta.

Peperiksaan UPSR dijalankan serentak di seluruh negara pada 11, 12 dan 13 September lalu di 8,284 pusat peperiksaan.— BERNAMA 

Sumber

 http://4.bp.blogspot.com/-03EVn2MxOfA/UJjIqGAgHNI/AAAAAAAAAFw/WR6Te78kB0Y/s1600/leerkrachten74.gif

murid 5A 2012 keputusan 5a upsr 2012 : 45,054 murid berjaya 
Salah seorang murid yang berjaya mendapatkan keputusan 5A pada UPSR 2011,tahun lepas


Keputusan 5A UPSR 2012 : 45,054 murid berjaya



Putrajaya – Seramai 45,054 calon UPSR (8.94 peratus) berjaya memperoleh 5A, penurunan sebanyak 0.54 peratus berbanding tahun lalu.


Jumlah itu merangkumi 27,681 (10.61 peratus) calon bandar dan 17,329 (7.51 peratus) calon luar bandar
Perkara itu diumumkan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, Dr Na’imah Ishak


Beliau berkata, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada 2011 kepada 2.31 pada tahun ini


Tambah beliau lagi,walau bagaimanapun,lebih ramai pelajar mendapat keputusan yang baik atau keputusan secara purata yang baik



“Peratusan calon mendapat keputusan yang baik dengan minimum Gred C, tidak termasuk calon dengan keputusan semua gred A , meningkat sebanyak 1.49 peratus daripada 55.45 peratus pada tahun 2011 kepada 56.94 peratus (286,930 calon) pada 2012.


Teruskan membaca..

Muhyiddin puas hati pencapaian pelajar dalam pertandingan antarabangsa


Thanks google :)
 

Muhyiddin puas hati 

pencapaian pelajar dalam

 pertandingan antarabangsa

 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan pelajar Malaysia dalam pertandingan antarabangsa khususnya bidang kokurikulum jarang menghampakan. 


Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai contoh Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan pertandingan World Robot Olympiad (WRO) yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini. 
 Muhyiddin berkata, pada pertandingan kali ini Malaysia berjaya memungut 12 pingat termasuk dua pingat emas.



"Ini adalah kali ketiga Malaysia muncul juara WRO," katanya ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan kontinjen WRO Malaysia di bangunan Parlimen, sebentar tadi. 


 

Teruskan membaca..

Jaga Adab Ini - Jika Engkau Seorang Murid



Dalam Fasal ketiga, 
Imam al Ghazali ada menulis berkenaan
 Adab-Adab Seorang Murid Terhadap Gurunya.

 
Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang murid maka  beradablah kepada gurumu dengan adab yang mulia:

  1. Apabila menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
  2. Jangan membanyakkan bercakap-cakap di hadapan gurunya
  3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
  4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
  5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata sipulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
  6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
  7. Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberikan pelajaran.
  8. Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang.
  9. Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih.
  10. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.
  11. Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlisnya.
  12. Jangan bertanya kepada gurunya di tengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
  13. Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini hedaklah ia mengingati akan perkataan nabi Musa A.S. bagi Nabi Khidhir A.S. seperti yang disebutkan dalam  Surah Al-Kahfi, ayat 71 yang maksudnya:


“Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir): 
 Apakah engkau rosakkan kapal ini
 untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau 
telah melakukan satu
 perbuatan yang mungkar.”


Maka hendaklah ia mengingati bahawa 
sebenarnya dia yang tersalah pada 
keingkaran itu kerana ia hanya memandang
 hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Demikian nasihat Imam al Ghazali
tentang adab murid terhadap gurunya.

:):):):):):):):):):)
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...