Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, May 16, 2010

Guru O Guru - Happy Teacher's Day


















Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad





%%%%%%%%%%%%%%%% %%%%%%%%%%%%%%%%


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA



Bersedia melangkah megah


Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi

Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap unggul senadakan suara

Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia




Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid

Penulis lirik : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak


======================== ========================









IKRAR GURU



Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti

Kepada masyarakat

Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara

Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa.








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Happy Teachers Day

A good teacher is like a lighthouse. It doesn't ring bells or fire guns to call attention to its luminance. It simply shines. HAPPY TEACHER'S DAY



God has given EYES: to look at you. HANDS: to pray for you. MIND: to remember you. HEART: to think of you and MOUTH to wish you HAPPY TEACHER'S DAY!



Bertaring tidak mengerkah, berkuku tidak mencakar, berkuasa tidak memaksa, berpengetahuan tidak membodohkan, berpangkat tidak menghembat, berani tidak melesi, berakal tidak menjual, berharta tidak aniaya, tinggi tidak menimpa, besar tidak meledan, bertaji tidak memupur. Guru Pembina Negara Bangsa... SELAMAT HARI GURU



Dulu dia pegang rotan kau kata dia garang, Bila dia lambat masuk kelas kau kata dia malas. Bila dia marah-marah kau kata dia melampau. Kini kau adalah dia. SELAMAT HARI GURU



Wahai sahabat ku...

Semoga kau secerdik Nabi Muhammad menyelesaikan masalah kaumnya, kau akan sabar sesabar Nabi Ayub dan penyakitnya, kau kan terus berkorban sebagaimana Nabi Isa sanggup mengorbankan dirinya atas perintah ALLAH dan semoga tempat kau hanyalah al-Jannah dan kau adalah KITA :-) SELAMAT HARI GURU.


There is no profession more noble than teaching. A great teacher is a great artist but his medium is not canvas but the human's soul. HAPPY TEACHER'S DAY!



To all dedicated teachers, May God bless you for your sacrifices in this glorious underpaid and underwork profession. Happy Teacher's Day to a great teacher.



Special Muslim like you will receive a special message like this... HAPPY TEACHER'S DAY



Berjaya seorang pelajar kerana guru, berjaya seorang ketua kampung kerana guru, berjaya seorang YB kerana guru, berjaya seorang Agong kerana guru. Kitalah guru itu. SELAMAT HARI GURU.



Guru adalah insan yang memimpin tangan mu, membuka minda mu dan menyentuh sanubari mu. SELAMAT HARI GURU . GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.



Without teachers days are... Sadday, Moanday, Tearsday, Wasteday, Thirstday, Fightday


Be proud and stand tall. You are building the future leaders. Only teaching profession is recognised and celebrated every where in the world. Anyone can be a teacher but not everyone can be a dediceted like you. Happy Teachers Day.



Teaching is a noble job and the most noble teacher will educate without expecting any reward in return. Keep the passion to educate alive and HAPPY

TEACHER'S DAY


T: Teaching you

E: Every
A: Aspect that
C: Can
H: Help you in
E: Everything to
R: Run in your life


Erti sebenar seorang guru...

C: cantik budi pekertinya
I: inovatif praktisnya
K: kreati mindanya
G: garang semangatnya
U: unggul ilmunya

Guru bukan macam papan skate, belum main gilap... dah main pijak, Guru bukan macam bolasepak, belum dapat kejar... dah dapat tendang, Guru bukan macam bulu tangkis, belum main pegang... dah main pukul.

Guru ibarat bola ragbi, belum dapat rebut... dah dapat dilindungi. Guru macam jari, luka sembuhnya sendiri... Tapi hilangnya tiada ganti SELAMAT HARI GURU.


Insan duka kaulah penghibur, Insan buta kaulah cahaya, Insan sakit kaulah penawar, Insan kudung kau lah tongkat, Insan sesat kaulah arah, Insan yang hidup kaulah nadi. Kaulah guru membakar diri, menggilap sakti demi pertiwi. SELAMAT HARI GURU.


BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)



Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG - 1979


p/s : Selamat Hari Guru buat diri sendiri, buat semua guru-guru di Malaysia, bekas-bekas guru dan bakal-bakal guru.Mengajarlah dengan seikhlas-ikhlasnya.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

USMAN AWANG
1979


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...