Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, July 6, 2013

Diiktiraf kerana pelik


Diiktiraf kerana pelik

Pete Moyer melakukan senaman mengangkat dagu (chin-up)
 sambil bermain gelung rotan. 
 
 
 
RAMAI yang cuba melakukan perkara pelik atau luar biasa untuk menempa nama dan mendapat penghargaan.


Namun melakukan aksi pelik bukanlah semudah yang disangka kerana ramai juga gagal melakukannya bahkan lebih teruk mengalami kecederaan.
Bagi menghargai usaha mereka yang berusaha melakukan perkara pelik itu, RecordSetter.com memperkenalkan anugerah yang digelar Rekod Dunia Paling Aneh untuk diberikan kepada mereka.


RecordSetter atau lebih dikenali sebagai Pangkalan Data Rekod Universal (URDB) adalah sebuah laman media sosial yang mengandungi koleksi rekod dunia dan pernah tampil di pelbagai rancangan televisyen dan radio.


RecordSetter.com turut bertindak menjadi agensi yang menghakimi rekod dunia dengan membenarkan orang ramai menghantar aksi mereka untuk diadili.
Bagi tahun ini, seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) dinamakan sebagai pemegang Rekod Dunia Paling Pelik 2012 apabila berjaya melakukan triatlon sambil melambung bola.


Joe Salter, 31, kaunselor sekolah dari Pensacola, Florida, mencipta kejayaan yang menakjubkan itu pada April lalu.


Dalam cabaran itu, dia berenang sejauh 400 meter sambil melambung tiga bola, kemudian berbasikal 26 kilometer sambil melambung dua bola dengan satu tangan dan berlari sejauh 6.4 kilometer sambil melambung bola.


Apa yang lebih menakjubkan, Salter melakukan aksi yang menakjubkan itu hanya dalam masa satu jam 57 minit.


DiiktirafKejayaan itu menyebabkannya diiktiraf sebagai pemegang rekod dunia paling aneh tahun ini oleh RecordSetter.com.


Kejayaan Salter itu turut mendapat pujian dan penghargaan dari seluruh dunia terutamanya pengemar sukan melambung bola seperti Perry Romanowski.
"Sebelum ini belum ada sesiapa yang mampu melambung bola sambil berenang. Dialah manusia pertama yang melakukan aksi tersebut," kata Romanowski.
Bagaimanapun pengasas bersama RecordSetter.com, Dan Rollman mengakui bukan mudah untuk memilih pemenang rekod dunia paling pelik tahun ini.


Menurutnya, pemilihan kali ini sangat sukar ekoran banyak aksi yang dihantar kepada mereka untuk diadili sangat hebat sehingga turut mencetuskan perdebatan sengit dalam kalangan juri.


Tambahnya, pemilihan Salter dibuat kerana triatlon sambil melambung bola adalah satu simbol kejayaan manusia.


Selain Salter, antara pemegang rekod dunia paling pelik sebelum ini temasuklah Pete Moyer yang melakukan aksi senaman mendagu (chin-up) sebanyak 10 kali sambil bermain gelung rotan.


Teruskan membaca..

:)



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...