Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 2, 2009


Teka teki daripada Imam Ghazali

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"

Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI="Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


Teruskan membaca..


DIAM

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah

2. Perhiasan tanpa berhias

3. Kehebatan tanpa kerajaan

4. Benteng tanpa pagar

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal

7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP, MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN. KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerana senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

**************

Diam..

Diam adalah merupakan suatu perbuatan menyepikan diri dan mulut dari memberi reaksi terhadap suatu perkara atau situasi yang berlaku. Orang tua-tua selalu berpesan, diam adalah lebih baik dari berkata-kata. Kerana diam adakalanya boleh menyelamatkan kita dari sebarang situasi yang tidak kena keadaannya.

Diam..

Pelbagai tafsiran boleh diberikan apabila kita melihat seseorang itu diam. Pada zaman dahulu misalnya, anak dara disuruh diam bila pihak lelaki datang merisik dan meminta persetujuan. Maka lahirlah ungkapan 'Diam tanda setuju'. Pun begitu, dalam segala hal tidak semestinya diam itu menandakan setuju. Kerana pada zaman ini, mendiamkan diri dalam konteks hubungan sesama manusia boleh membawa pelbagai maksud. Menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara tetapi tidak diendahkan - maka diam adalah jalan terbaik, walaupun hati mengatakan sebaliknya.

Diam..

Lebih banyak diam dari berkata-kata bukan menandakan kebodohan kita dalam sesuatu perkara. Sebab, lebih baik kita diam dari berbicara sekiranya bila kita berkata-kata, seakan nampak semacam kebodohan di mata mereka yang melihat. Itu lebih baik dari bersikap pura-pura tahu tapi sebenarnya tidak tahu - sifat tin kosong yang bunyinya melenting-lenting apabila diketuk tapi isinya tiada. Seeloknya kita menjadi diam-diam ubi yang berisi. Diam juga bukan menandakan lemah. Kerana dalam diam dan tenangnya air, boleh menenggelamkan sebuah benua apabila banjir melanda. Tetapi janganlah kita mendiamkan diri apabila ditindas dan ingin menyuarakan kebenaran. Kerana ia hanya menyebabkan hak kita dinafikan oleh si penggila kuasa yang tamak dan merasakan dirinya berkuasa.

Diam..

Dalam agama juga menuntut agar kita lebih banyak diam dari berkata-kata, kerana tajamnya lidah melebihi pisau - yang bisa melukakan hati dan perasaan sesama manusia apabila disalahguna semasa menuturkan bicara. Kerana mulut badan binasa. Fitnah, mengumpat, mengeji dan mengadu domba - boleh saja menyebabkan retaknya hubungan sesama saudara, semuanya berpunca dari mulut yang tidak tahu diam dari menuturkan ayat-ayat yang berbisa.
Teruskan membaca..
Kucing paling besar?

bigcat Kucing paling Besar?

Aduhai, tak larat nak dukung lama-lama. Boleh terseliuh tangan dibuatnya. Montel sungguh dia tu.......



Teruskan membaca..
Kucing Nak Bunuh Korang

kitten Kucing Nak Bunuh Korang

Percaya atau tak, sebenarnye kucing kesayangan korang terlibat dalam satu konspirasi untuk membunuh korang. Diorang pun tak dapat tolong korang, sebab tu memang dah jadi tabiat diorang. Tak percaya? Cuba tengok tanda-tanda ni…. kalau kucing kesayangan korang ade sikap-sikap macam ni, baik korang hati-hati..huhu :haha:

kucing parsi 1 Kucing Nak Bunuh Korang

kucing parsi 2 Kucing Nak Bunuh Korang

kucing parsi 3 Kucing Nak Bunuh Korang

kucing parsi 4 Kucing Nak Bunuh Korang

kucing parsi 5 Kucing Nak Bunuh Korang

kucing parsi 6 Kucing Nak Bunuh Korang

Teruskan membaca..

Kucing bersayap

Kucing Bersayap di China

EFG5042

CERITA 1

Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu membentuk sayap.

Saintis percaya bahawa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walaubagaimanapun sayap tu tak menggangu kehidupan anak kucing tu.

kucing parsi bersayap21 Kucing Bersayap di China kucing parsi bersayap3 Kucing Bersayap di China

kucing parsi bersayap4 Kucing Bersayap di China

kucing parsi bersayap5 Kucing Bersayap di China

CERITA 2

Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi,China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.

Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.

“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.

kucing parsi bersayap6 Kucing Bersayap di China

Begitulah kebesaran Allah S.W.T.

Teruskan membaca..

PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2009

Rabu
8.00 pagi - 9.15 pagi ------Science 1 (Aneka Pilihan)
10.00 pagi - 12.30 tengahari------Science 2 (Esei)
2.00 petang- 3.15 petang---------Pendidikan Seni Visual -Teori Seni (Aneka Pilihan)

Pengawas Peperiksaan di SM Chong Hwa, Kluang, Johor. ( hari kelapan da....)
Teruskan membaca..
Rumah Kucing

Kucing korang suka tidur kat mane ye? Atas katil dengan korang? atau pun diorang ade rumah sendiri…?

 Rumah Kucing

Domestic Feline Nests

Sesuai untuk kucing yang suke tangkap-tangkap burung

 Rumah Kucing

Cat Tree House

Kalau korang duduk appartment, tree house ni memang sesuai untuk kucing korang yang tak penah jumpe pokok,..kesian

 Rumah Kucing

Pet POds

Rumah kucing ala-ala moden..hoho

 Rumah Kucing

Rumah moden

Rumah ni high-tech, siap ade lighting luar/dalam, makan automatik ikut time…canggih la

 Rumah Kucing

Kondo low-cost

Ni kalau kucing korang bersepah-sepah, korang boleh susun la dalam rak.

 Rumah Kucing

Rumah Kotak

Jimat, boleh pakai buang

 Rumah Kucing

Kucing Perhiasan

Kalau korang dah takde perhiasan lain, ape kata kalau korang letak je kucing korang….comel dan mudah alih

 Rumah Kucing

Rumah panjat memanjat

Kalau kucing korang dah hyperaktif sangat nak buat macam mane kan..

rumah kucing10 Rumah Kucing

Rumah tikus

Akhirnya rumah korang dah takde tikus, ape kata gantikannya dengan rumah kucing korang pulak

rumah kucing9 Rumah Kucing

Molly and Friends Molly Sculptured Carpet Cat House

Rumah yang selesa lagi empuk, conferm kucing korang asyik makan tido je.

rumah kucing11 Rumah Kucing


Teruskan membaca..
Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun1 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

Kite semua dah tahu kan ape jadi kat Hiroshima dan Nagasaki yang telah dimusnahkan pada Ogos 1945 dengan serangan bom Atom oleh tentera AS… Bandar diorang musnah sama sekali dengan serangan tu

Tapi selepas 62 tahun diorang bangun semula…sape sangka bandar ni pernah hancur suatu ketika dulu…

Hard to believe isn’t it???

P/s, post ni hilang..so..aku post semule

bomjepun2 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun3 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun4 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun5 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun6 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun7 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun8 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun9 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun10 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun11 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

bomjepun12 Jepun selepas 64 Tahun Diserang

Teruskan membaca..
Hotel di China -Mesra Alam

1000 atkins songjiang night Hotel di China  Mesra Alam
Songjiang, berdekatan dengan Shanghai makin lama makin terkenal dengan industri perlancongan disebabkan keunikan lanskap dan keindahan alam semulajadinya. Dan sekarang diorang tengah buat Songjiang Hotel yang dijangka dapat menarik lagi ramai pelancong.

Apa yang bagusnya?

1000 atkins songjiang Hotel di China  Mesra Alam

Di reka oleh Atkin Firm, (diorang ni pernah juga design bangunan di Dubai).

Ap yang bagusnya:
-ada 400 Bilik
-100 meter dari atas
-ada restoran,cafe, kemudahan sukan, bilik dalam air dll
-air terjun
-underwater aquarium (macam kat langkawi)

Design ni memang mesra alam,

“We drew our inspiration from the quarry setting itself, adopting the image of a green hill cascading down the natural rock face as a series of terraced landscaped hanging gardens.”

Cuba lihat design di Malaysia, kalau kat situ ada tasik diorang kambus dengan tanah bagi rata. Ini boleh menyebabkan banjir. Sepatutnya diorang kekalkan lanskapnya. Boleh elakkan bencana disamping menjaga khazanahNya.

Teruskan membaca..

:: Pelik tetapi benar

Masing-masing berbaris untuk berurus niaga. Pelbagai warna kulit kelihatan di situ. Gambar di bawah mampu menerang dan menjelaskannya.

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...