Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, June 3, 2011

Ada Rahsia Tau!






Tanda Firasat Tahi Lalat



Lalat
Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai


Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati


Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka


Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah


Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita


Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan


Leher di tengah - Tercapai cita-cita


Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong


Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati


Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas


Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki


Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan



Punggung kiri - Malas dan suka duduk



Betis kanan - Suka berhibur, boros


Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur


Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha


Lutut kiri - Kurang kuat berusaha


Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita


Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan


Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun


Kening kanan - Cerdas dan cekap



Kening kiri - Cerdas dan sopan santun



Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal


Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah



Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya



Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia


Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta


Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah



Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat



Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya


Pada hidung - Banyak rezeki


Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati


Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur



Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama


Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua


Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan


Tumit kiri - Baik budi


Alis kanan - Suka menolong dan baik hati


Alis kiri - Ramai yang suka



Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat



Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun


Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh


Jari kaki kanan - Suka menolong


Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik



Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan


Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab



Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia


Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan


Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan



Lengan kiri - Menepati janji dan rajin


Pipi kanan - Ramai teman


Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka


Tengah-tengah pipi kiri- Ramai teman



Ubun-ubun - Kurang jujur



Pusat - Cerdas, tangkas, tekun



Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup


Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan



Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup


Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup


Dada kanan - Dapat mengatasi masalah



Dada kiri - Berani, jujur dan sabar



Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh


Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya


Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan


Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong


Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan



Jari tangan kiri - Serba baik bekerja


Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros


Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat


Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria


Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat


Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf


Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya



Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri



Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan



Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta



Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya


Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha



Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya



Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka


Kelopak mata kanan bawah - Agak malas


Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana




p/s : siapa-siapa yang tahi lalatnya

bersepah tuh......toksah berkira sangat....

tidak semestinya betul......

untuk suka-suka aje...........

.............berkongsi melalui pembacaan

dengan orang yang
mengkaji hehehehehe


kalau kebetulannya betul..........memang


sesungguhnya semuanya kebetulan aje.



























Teruskan membaca..

Selamat Datang Rejab


Rasullullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab

dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia

berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya

70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,

ditunaikan 70 hajat ketika

keluar nyawanya daripada jasadnya,

70 hajatnya di dalam kuburnya,

70 hajat ketika terbang suhuf

(ketika Quran dinaikkan ke langit)

70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,

70 hajat ketika berlalu di atas

titi Sirotolmustaqim.”


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoCdHtBKRZkrQRZS-Jy5Goiq-1Uq0ZNUvg755gHI-FFkZ7ZxtjD5d5MHdhqz6_5AraHvGqB6QOzS9XVhCfWIUpehvSkyIrNlDprpf5EiPhPrMKEeqEBW1FqQhMGA0twa7h3ASWoZUyNdY/s400/doa-rejab-syaaban.jpg


[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani,

daripada Anas]






REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.



REJAB menyucikan badannya.

SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.



REJAB bulan taubat.

SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.





Sabda Nabi s.a.w :




Bulan Rejab adalah bulan untuk bertanam.
Maka berniagalah kamu semoga Allah
merahmati kamu pada bulan Rejab
kerana ianya adalah musim untuk berniaga.
Dan makmurkanlah waktu-waktu kamu
(dengan beramal) di dalamnya
kerana ianya adalah
waktu berbuat amal.







Bulan Rejab Bulan Istighfar





Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.









Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.










Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.











Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.











Kelebihan lain bulan Rejab:










1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.










2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.










3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.











4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.










5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.










6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.










7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.










8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.










Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:











1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun .









2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir .









3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat .









4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya .









5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.











Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:











1.Israk dan Mikraj (27 Rejab) .









2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam
(Malam Israk Mikraj) .









3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah .










Secara ringkasnya,
Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa
di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan
(dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis
serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas)
ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T
di mana Solat 5 waktu telah difardukan
ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W.
Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.










Firman Allah SWT:











Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya
pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui .











– Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.













Doa Di Bulan Rejab:













1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.











2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.











3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.











Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:











Maksudnya:








Aku bermohon keampunan
Allah yang Maha Agung
dan tiada Tuhan melainkan Dia,
yang hidup, yang berdiri sendiri
dan aku bertaubat kepadaNya.












Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan
sebuah bulan yang banyak keistimewaannya
yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya,
kerana Rejab adalah bulan Allah.
Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya
untuk bertaubat dan memohon ampun
di atas dosa-dosa yang lepas.










Namun begitu, suka diingatkan bahawa
kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini
dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk
agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.












Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...