Minda sihat rangsang
budaya kerja kelas pertama
Lahir pegawai awam
miliki sikap,
pemikiran progresif, sejajar tuntutan agama
Tidak dinafikan untuk merangsang
budaya kerja kelas pertama dan perkhidmatan
bertaraf dunia dalam era persaingan hari ini,
aset minda warga organisasi
menjadi amat bernilai.
Ia juga harga yang perlu dibayar untuk
merealisasikan
modal insan berfikiran terbuka,
positif, strategik, inovatif dan kreatif.
Kekuatan modal
insan ini terhasil
daripada aset minda yang sihat dengan pengetahuan,
maklumat,
ingatan, persepsi serta daya berfikir
yang benar dan betul. Ia juga adalah
minda
yang kuat dengan nilai ketelitian, keprihatinan
dan kesanggupan
menghadapi kesukaran.
Firman Allah SWT:
“Allah memberikan hikmah kebijaksanaan
(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut aturan yang
ditentukan-Nya). Dan sesiapa
yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia
telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan
tiadalah yang dapat mengambil
pengajaran
(dan peringatan) melainkan orang yang
menggunakan akal fikirannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 269)
Justeru, minda kelas pertama bukan saja kuat
dan sihat dari segi intelek, juga
nilai keperibadian.
Bukan saja sarat dengan pengetahuan dan idea
tetapi juga
kekuatan menyalurkannya kepada inovasi,
kreativiti tindakan, amalan serta
produk berkualiti.
Bukan saja kuat dalam menyalurkannya kepada
hasil dan output berkualiti tetapi
juga kuat
dalam memastikannya bermanfaat,
tidak memudaratkan, selaras dengan
piawaian syarak,
pengharapan pelanggan, standard piawaian
dan matlamat yang
disasarkan.
Minda kelas pertama
juga adalah minda berjenama
iaitu yang mampu memikirkan
strategi
mengekalkan imej perkhidmatan serta mengekalkan
kepuasan dan
kepercayaan pelanggan secara berterusan.
Minda berdaya tahan
Selain itu, ia juga merujuk kepada
minda berdaya tahan iaitu yang mampu
bertindak balas dalam pelbagai suasana dan
halangan berbeza. Justeru, minda
kelas pertama
menggambarkan ketinggian sikap, personaliti
dan keperibadian
seseorang pegawai.
Ciri minda ini berlawanan dengan minda kelas ketiga
yang cetek, jumud,
tertutup, bersikap negatif,
tidak berkemampuan menyalurkan daya intelektual
kepada output dan hasil berkualiti, mengekalkan kepuasan
pelanggan atau berdaya
tahan.
Tanpa minda kelas pertama, kemudahan serta
infrastruktur canggih di pejabat
juga tidak dapat
dimanfaatkan sepenuhnya dan budaya kerja kelas pertama
tidak
berjaya direalisasi. Bagi penjawat awam,
usaha terkini melalui Program
Transformasi Minda (PTM)
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012
sudah diperkenalkan.
Ia sebagai satu pendekatan memberi pendedahan
dan penyesuaian minda pegawai
supaya dapat
melahirkan pegawai awam yang mempunyai sikap
dan pemikiran
progresif, yang inginkan kecemerlangan
serta memiliki etika dan nilai yang
sejajar dengan agama.
Minda ini berkait rapat dengan ciri minda hikmah
ditekankan dalam al-Quran dan
Rasulullah iaitu
merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan
serta manfaat
kepada kehidupan manusia termasuklah
apa juga bidang ilmu yang membawa
kesejahteraan.
Firman Allah SWT:
“Allah memberikan hikmah kebijaksanaan
(ilmu yang berguna)
kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya).
Dan
sesiapa yang diberikan hikmah itu maka
sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan
yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran
(dan peringatan)
melainkan orang yang
menggunakan akal fikirannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 269)
Fahami rahsia hukum dan agama
Hikmah ialah kemampuan memahami rahsia hukum dan agama.
Ada yang
mentafsirkannya sebagai pemahaman mendalam
mengenai al-Quran dan sunnah.
Menurut Imam Al-Qurtubi
dalam tafsirnya, ia merujuk kepada segala kebenaran
berkaitan pegangan, kefahaman agama,
amalan dan kebijaksanaan.
Dalam tafsir Al-Manar, ia dikatakan bermaksud
kefahaman yang bukan sekadar pada
perkara zahir,
bahkan mengetahui tujuan yang membawa kepada
kebaikan dunia dan
akhirat. Imam Fakhrur al-Razi
dalam tafsirnya mengaitkan hikmah dengan
kefahaman
menggabungkan aspek teori dan amalan.
Ada yang mentafsirkannya sebagai tepat
dalam percakapan dan bertindak. Yang
lain berpendapat
ia sebagai ilmu bermanfaat yang membuahkan amal
serta
mengetahui rahsia hukum syarak.
Dalam Lisan Al Arab, hikmah ialah mengetahui
suatu paling utama dengan ilmu
yang termulia.
Rasulullah SAW amat mengalu-alukan setiap
perkara yang lahir
dari sifat minda hikmah ini
atas sifatnya untuk menghasilkan kebaikan dan
manfaat jangka panjang.
Baginda menerima idea menggali parit
dalam peperangan Khandak walaupun ia bukan
datangnya daripada kalangan orang Arab, sebaliknya
oleh pemuda Parsi iaitu
Salman al-Farisi dan perkara itu
tidak pernah berlaku dalam strategi peperangan
ketika itu.
Justeru, dalam melahirkan pekerja minda kelas pertama,
cara dan proses berfikir
yang betul dan baik melalui
pembelajaran sepanjang hayat perlu terus digalakkan
di tempat kerja. Semua usaha ini perlu diperkukuhkan
dengan penekanan terhadap
kerja secara
berintegriti serta akhlak terpuji.
Penulis ialah
Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mindasihatrangsangbudayakerjakelaspertama/Article