Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, May 24, 2013

Kementerian Pelajaran kini dikenali Kementerian Pendidikan: Muhyiddin



Kementerian Pelajaran kini dikenali

 Kementerian Pendidikan: Muhyiddin


PHUKET: Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata, perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lalu selepas pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.


“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” katanya kepada wartawan Malaysia, di sini.


Beliau berkata proses penggabungan dua kementerian - Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi - yang dijangka selesai dalam tempoh sebulan bermula sejurus kabinet diumumkan dan yakin tidak akan menghadapi kesukaran kerana kedua-duanya mencakupi proses pembelajaran dan pengajaran yang berasal daripada satu kementerian sebelum dipisahkan.

Muhyiddin berkata, penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara sekolah rendah, menengah dan universiti kerana masing-masing mempunyai pelan pembangunan sendiri kecuali aspek kepimpinan yang diletakkan di bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua timbalan menteri.

 

“Saya telah mengemukakan cadangan bagaimana struktur baru itu hendak dibentuk dan Ketua Setiausaha Negara telah mengambil maklum dan berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di mana minggu depan akan ada perbincangan lanjut dan Insya-Allah pelantikan jawatan yang sepatutnya dibuat akan dilakukan,” katanya dan menambah dalam bahasa Inggeris kementerian itu kekal dengan panggilan 'Ministry of Education'.

Beliau berkata, walaupun digabungkan beliau membayangkan tidak akan berlaku perubahan terhadap dasar yang digunakan sebelum ini sebaliknya penyatuan itu menghasilkan penjimatan dari segi guna tenaga dan kepakaran kakitangan.



Muhyiddin berkata, sebagai contoh, koordinasi dua kementerian membawa kebaikan kepada sektor pendidikan kerana kepakaran tenaga pengajar di universiti seperti pensyarah bahasa Inggeris boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran bahasa itu di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, cadangan supaya bahasa Mandarin dan Tamil kembali diajar di Sekolah Kebangsaan akan dikaji secara mendalam kerana pelaksanaannya akan membabitkan perubahan kepada dasar tertentu.



Muhyiddin berkata, proses pengajaran kedua-dua bahasa itu pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi tidak mencapai matlamat seperti apa yang dimahukan berikutan jumlah pelajar yang tidak begitu ramai.

 


“Itu sebenarnya bukan baru tetapi setelah ada pihak yang mencadangkan sebegitu, maka saya perlu meneliti kerana kita nak melaksanakannya secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu orang bukan Melayu melihat Sekolah Kebangsaan ialah ‘sekolah kebangsaan’, bukannya sekolah Melayu dan menawarkan pelbagai bahasa selain bahasa Malaysia.

 


“Persoalan besar yang mencabar kementerian ialah kalau ia hendak dilaksanakan kita perlu sediakan sejumlah guru mahir yang ramai kerana kita memiliki lebih 7,000 sekolah rendah dan 3,000 sekolah menengah... jadi sebelum kita nak buat keputusan yang membabitkan dasar kita perlu kaji dengan sebaik-baiknya,” katanya. - BERNAMA 


Teruskan membaca..

Alhamdulillah..Jumma Mubarak

http://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i/keep-calm-and-read-al-kahfi.png



Hari Jumaat merupakan hari 
yang amat istimewa bagi kaum muslimin. 
Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan 
dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT 
kepada hamba-hambaNya.


KEUTAMAAN HARI JUMAAT

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu 
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Hari paling baik di mana matahari terbit 
pada hari itu adalah hari Jumaatt,
 pada hari itu Adam diciptakan, 
dan pada hari itu pula 
Adam dimasukkan ke dalam syurga, 
serta diturunkan dari syurga, 
pada hari itu juga kiamat akan terjadi, 
pada hari tersebut terdapat suatu waktu 
dimana tidaklah seorang mukmin solat 
menghadap Allah mengharapkan kebaikan
 kecuali Allah akan 
mengabulkan permintaannya."

1. Hari yang paling mulia dan merupakan
 penghulu dari hari-hari


Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a.
 berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :


"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari 
dan hari yang paling mulia di sisi Allah,
 hari Jumaat ini lebih mulia dari
 hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, 
pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, 
diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi,
 pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, 
di hari Jumaat terdapat waktu yang mana 
jika seseorang meminta kepada Allah 
maka akan dikabulkan selama 
tidak memohon yang haram, 
dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, 
tidaklah seseorang malaikat yang dekat 
di sisi Allah, di bumi dan di langit 
kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." 

(Hadis Riwayat Ahmad)

2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam 
menyebut hari jumaat lalu beliau
 Rasulullah s.a.w. bersabda :


"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu 
yang jika seseorang muslim melakukan solat
 di dalamnya dan memohon sesuatu
 kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya
 akan dikabulkan."
 Lalu beliau memberi isyarat 
dengan tangannya yang menunjukkan
 sedikitnya waktu itu."

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Namun mengenai penentuan waktu, 
para ulama berselisih pendapat. 
Di antara pendapat-pendapat tersebut ada
 2 pendapat yang paling kuat:


i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam
 sampai pelaksanaan solat jumaat


Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. 
bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya,

 "Apakah engkau telah mendengar ayahmu 
meriwayatkan hadis dari Rasulullah 
sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" 
Lalu Abu Burdah mengatakan, 
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 
'iaitu waktu antara duduknya imam
 sampai solat dilaksanakan.'"

 (Hadis Riwayat Muslim)


Imam Nawawi rahimahullah menguatkan
 pendapat di atas.
 Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah
 menentukan waktu yang dimaksud 
adalah ketika solat didirikan.


ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar


Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., 
dari Nabi s.a.w. bersabda, 

"Hari Jumaat itu dua belas jam.
 Tidak ada seorang muslim pun
 yang memohon sesuatu kepada Allah
 dalam waktu tersebut melainkan 
akan dikabulkan oleh Allah. 
Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa)
 akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." 

(Hadis Riwayat Abu Dawud)


Dan yang menguatkan pendapat kedua ini
 adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah,
 beliau mengatakan bahawa,
 "ini adalah pendapat yang dipegang oleh 
kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali 
hadis-hadis mengenainya."


3. Dosa-dosanya diampuni antara
 Jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan
 bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


"Tidaklah seseorang
 mandi pada hari Jumaat
 dan bersuci semampunya, 
berminyak dengan minyak,
 atau mengoleskan 
minyak wangi dari rumahnya, 
kemudian keluar (menuju masjid), 
dan dia tidak 
memisahkan dua orang
 (yang sedang duduk berdampingan), 
kemudian dia mendirikan solat 
yang sesuai dengan tuntunannya, 
lalu diam mendengarkan (dengan saksama) 
ketika imam berkhutbah melainkan 
akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi)
 antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." 

(Hadis Riwayat Bukhari)





http://api.ning.com/files/yqQjikux5g-hLQ1eSLPar8pnf9iMEifa-PK2rXaVRo2GYkvUJ6NAknF3OFcPy604eidVdR0O9Cl8yJe6bp*9ZXZrzDxUGfVl/JummaMubarakABeautifulGiftfromAllahtoUsLetsPray.jpg
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...