Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, July 20, 2012

Mampu bersaing




Dari kiri; Justin, Yin Hong, Si Wei, Si Yu,  Anzo dan Muhammad Afiq menunjukkan pingat  yang dimenangi sejurus tiba di  KLIA, Sepang, kelmarin.
Dari kiri; Justin, Yin Hong, Si Wei, Si Yu, Anzo dan Muhammad Afiq
menunjukkan pingat yang dimenangi sejurus tiba di KLIA, Sepang, kelmarin.






Kemenangan pertandingan IMO bukti mampu bersaing





Sepang: “Kemenangan ini bukti pelajar Malaysia mampu bersaing dalam bidang Matematik pada peringkat antarabangsa,” kata How Si Yu, 17, pemegang pingat perak dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) 2012. Beliau antara enam pelajar sekolah menengah dari Malaysia yang menyertai pertandingan Matematik berprestij berlangsung di Mar del Plata, Argentina antara 4 hingga 16 Julai lalu.







Si Yu dan kembarnya, Si Wei; Tham Ying Hong, 17; Anzo Teh Zhao Yang, 16; Justin Lim Kai Ze, 16 dan Muhammad Afiq Noorman, 17, menggondol dua pingat perak, tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat.








Si Yu, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 12, Subang Jaya, berkata minat mendalam selain semangat bersaing dengan abangnya mendorong kejayaan beliau dalam pertandingan berkenaan.








Sementara itu, Tham, 17, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Petaling Jaya, berkata pertandingan itu adalah yang terakhir selepas menyertainya empat tahun berturut-turut.








“Saya berjaya membawa pulang tiga gangsa dan satu anugerah sanjungan kehormat. Saya gembira kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Mahu lanjut pelajaran







“Selepas ini saya merancang melanjutkan pengajian dalam bidang Matematik di luar negara,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kelmarin.








Muhammad Afiq, 17, pelajar SMK Sultan Badlishah, Kulim, berkata pengalaman pertama memasuki IMO begitu bermakna bagi beliau selepas lebih dua tahun berusaha cuba menempat kan diri mewakili Malaysia.








“Ia bukan mudah. Namun, saya tetap berusaha kerana percaya boleh melakukannya berdasarkan kejayaan meraih gangsa dalam satu pertandingan Matematik antarabangsa di Hong Kong lima tahun lalu,” katanya.








Pengerusi Jawatankuasa IMO 2012 Malaysia, Prof Arsmah Ibrahim, berkata IMO yang menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah algebra, geometri, teori nombor dan kombinatorik, semakin diminati dalam kalangan pelajar tempatan.






Teruskan membaca..

CGPA 2.8 ke atas ada tempat di IPTA







Lepasan STPM dan matrikulasi

dengan CGPA 2.8 ke atas

ada tempat di IPTA





PASIR MAS: pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.






Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.







"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan








Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, hari ini. - BERNAMA


















Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...