Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Friday, February 7, 2014
Guru diminta beri masa Kementerian Pendidikan tambah baik PBS
Guru diminta beri masa
Kementerian Pendidikan
tambah baik PBS
SHAH ALAM: Guru yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diminta memberi masa kepada
Kementerian Pendidikan untuk melakukan penambaikan terhadap sistem itu
yang dijadual dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada April ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya memahami bebanan yang ditanggung oleh guru ketika menggunakan PBS dan justeru cuba memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.
"Kita minta guru bersabar... kalau ada tidak faham beritahu kita dan kita duduk semeja serta selesaikan masalah sebab inilah kehendak rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd di sini, hari ini.
Idris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketidakpuasan hati banyak pihak terutama guru yang tidak bersetuju terhadap pelaksanaan PBS.
Sistem itu yang juga transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
Idris berkata, pelaksanaan PBS dibuat selepas kementerian mendapat pandangan daripada 55,000 individu termasuk tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.
Ditanya khabar angin sekumpulan guru bercadang mengadakan bantahan di Putrajaya berhubung isu PBS, beliau berkata, perkara itu tidak wajar dilakukan kerana masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik.
"Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kita kerana ini sistem yang dikehendaki selepas dulu cakap kita terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada tidak kena beritahu kita akan baiki.
"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran malah dengan saya pun boleh. Kita harap jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)