Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, February 24, 2013

Sarana ibu bapa, sekolah dilancar


http://www.youblisher.com/files/publications/84/499570/200x300.jpg




Sarana ibu bapa, sekolah dilancar


KUALA LUMPUR: Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.





Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran sarana itu meminta pihak sekolah menukar imej supaya dilihat sebagai tempat memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan masyarakat.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Muhyiddin berkata, imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar.

"Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak kita adalah dengan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 

"Inisiatif ini melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun mulai 2013 hingga 2025 ialah hampir 11 juta orang," katanya.

Tema majlis yang dihadiri wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan, pihak swasta dan pemimpin masyarakat setempat dari seluruh negara ialah 'Anak Nadi Aspirasi Kita - Pendidikan Anak Tanggungjawab Bersama'.

Muhyiddin berkata, kementerian memperkenalkan dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi menyatukan setiap pihak berkepentingan kerana penglibatan semua pihak amat diperlukan untuk melahirkan aset negara yang berharga.

"Sarana Ibu Bapa memberi fokus kepada peranan ibu bapa dalam pendidikan. Kajian OECD (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) dijadikan asas dalam penyediaan sarana ini.

"Dapatan OECD ini tidak menghairankan kerana jika kita teliti satu persatu, setiap aspek yang disenaraikan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada anak-anak.

"Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari keperluan dan kemudahan anak-anak belajar dalam keadaan yang selesa di rumah," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga diseru supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah.

Mengenai Sarana Sekolah pula, peranan PIBG amat penting untuk menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kerana sekolah seperti di negara maju, ibu bapa adalah penggerak utama untuk melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah.

Bagaimanapun, katanya, tidak akan sempurna jika usaha mendidik hanya membabitkan ibu bapa, sekolah dan masyarakat kerana semua kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta juga perlu memainkan peranan yang bersesuaian dalam aspek pembangunan kemanusiaan, kemahiran keibubapaan, kesihatan mental dan fizikal dan sebagainya. - BERNAMA
Sumber 


 http://www.smkcochraneperkasa.edu.my/wp-content/uploads/2013/01/mengapaibperluterlibat1.jpg

 
Teruskan membaca..

Kepercayaan kukuhkan organisasi

Kepercayaan kukuhkan organisasi






Setiap pekerja perlu elak sikap curiga,  

sinis antara satu sama lain





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjalpub1CdxI3vav-CVKmknwVyCTMnUEgTmUwcKvzVDsh9FGd2rKCe5EdM_eqwOjXiGG2I1Xjl5kblh7V30ypzbdusaKSsHj6h-7P6InCbJXFRnJjYkfC4gjzQocH4Vo3M_5-1T0QhyphenhyphenZM0n/s1600/Hadis+Nabi.bmp


Ruangan minggu ini
 berkongsi mengenai pentingnya 
kepercayaan dalam berorganisasi.




 Cuba kita bayangkan
 jika bekerja dalam suasana
 yang anggotanya kurang mempercayai, 
saling mencurigai, skeptikal, 
sinis serta mempunyai 
prasangka negatif 
antara satu sama lain.




Sudah tentu suasana sebegini 
menghilangkan keseronokan bekerja
 dan motivasi malah turut menjejaskan 
prestasi dan produktiviti. 








Kepercayaan adalah kehidupan 
dalam berorganisasi. Persoalannya
 bagaimana untuk mewujudkan kepercayaan? 










Satu daripada faktornya terletak
 dalam diri kita sebagai peneraju
 sama ada pegawai atasan, staf bawahan
 atau kumpulan tertentu
 yang diberikan amanah.







 Antara kualiti diri 
yang utama dalam meraih 
kepercayaan ialah
 berkaliber, jujur, amanah, 
berkecuali, berintegriti, 
berpengetahuan, berpengalaman, 
komited dan  
mengutamakan pelanggan.





Sabda Rasulullah SAW: 



“Wahai Abu Zar
 sesungguhnya engkau
 orang yang lemah,
 sedangkan (pekerjaan) ini 
adalah amanah.
 Pada Hari Kiamat kelak
 ada kehinaan dan penyesalan, 
kecuali bagi orang
 yang memenuhi hak-haknya 
dan menjalankan
 (tanggungjawabnya) 
dengan sepatutnya.” 

(Riwayat Muslim)




Ini adalah nilai asas 
dalam membina kepercayaan 
di mana saja kita bekerja dan 
menjalani kehidupan. Ia perlu dibina
 dalam diri peneraju dan 
tidak memadai dengan hanya 
memilikinya tanpa dizahirkan 
dengan tindakan.






Oleh itu, seseorang peneraju
 bukan saja dipercayai tetapi
 perlu dilihat boleh dipercayai 
melalui kesungguhan, komitmen 
dan karisma yang dizahirkan 
seperti maksud akhlak menurut 
Imam Al-Ghazali iaitu perilaku baik 
yang mampu dizahirkan secara
 spontan tanpa paksaan.





Kepercayaan ada tahap






Begitu juga kesanggupan 
memikul amanah saja
 tidak memadai untuk
 meraih kepercayaan jika
 tiada nilai kualiti tertentu. 
Keutamaan ini dapat dilihat
 apabila Rasulullah tidak melantik
 Abu Zar sebagai pegawai walaupun
 beliau sanggup dan menawarkan
 dirinya kepada Baginda.





Sabda Baginda:





 “Wahai Abu Zar 
sesungguhnya engkau 
orang yang lemah, 
sedangkan (pekerjaan) ini
 adalah amanah. 
Pada Hari Kiamat kelak ada
 kehinaan dan penyesalan,
 kecuali bagi orang yang
 memenuhi hak-haknya
 dan menjalankan
 (tanggungjawabnya)
 dengan sepatutnya.” 


(Riwayat Muslim)





Hadis ini 
bukan menunjukkan
 sahabat itu seorang yang
 tidak dipercayai,
 tetapi kepercayaan
 mempunyai tahapnya. 
Semakin tinggi jawatan dipegang,
 semakin tinggilah tahap kepercayaan 
yang diberi dan semakin kukuhlah 
kualiti diri yang diperlukan.





Kajian empirikal menunjukkan 
bahawa kebolehpercayaan terhadap
 peneraju berada pada dua tahap utama
 iaitu tinggi dan rendah. 










Tahap kebolehpercayaan organisasi 
tinggi sering dikaitkan dengan
 hasil kerja positif, komitmen tinggi, komunikasi baik meliputi arahan betul 
dan munasabah, keputusan tepat dan 
tindakan adil terhadap pekerja.

 





Manakala tahap kebolehpercayaan 
yang rendah sering dikaitkan
 dengan tiga ciri iaitu pengetahuan, pengalaman atau kemahiran;
 sikap dan tingkah laku peneraju.





Beri kepercayaan






Peneraju yang kurang 
berpengalaman atau berpengetahuan
 sering dianggap tidak berpandangan luas
 dan bijaksana, membuat keputusan
 secara tidak tepat, konsisten serta 
tindakan yang terburu-buru.







Ketiga-tiga ciri ini 
menyebabkan tahap
 kepercayaan rendah dan sukar
 diletakkan di bahu peneraju. 
Tanpa pengetahuan, sikap dan
 tingkah laku yang berakhlak boleh
 membawa iklim organisasi
 tidak harmonis serta 
timbul krisis kepercayaan.






Anggota organisasi yang
 berkongsi nilai, misi dan visi sama
 dalam mencapai matlamat 
menyebabkan pekerja bawahan
 berkeyakinan tinggi dan berasa
 organisasi prihatin terhadap kebajikan
 serta hasrat mereka.







Selain kepercayaan yang diraih, 
majikan juga perlu memberikan kepercayaannya kepada anggota
 yang mempunyai 
kualiti diri dinyatakan. 
Hubungan kepercayaan
 dua hala ini sangat penting dalam
 membentuk iklim kerjasama dan
 muafakat dalam organisasi
 selain meringankan bebanan tugas.

 



Sabda Rasulullah SAW:



 “Sebaik-baik kamu ialah
 pemimpin yang kamu
 mengasihi mereka, 
mereka mengasihi kamu,
 mereka mendoakan kamu
 dan kamu mendoakan mereka. 
Seburuk-buruk pemimpin ialah
 yang kamu membenci mereka 
dan mereka membenci kamu,
 kamu melaknat mereka dan
 mereka melaknat kamu.”


( Riwayat Muslim).


Penulis ialah 
Prof Madya di
 Jabatan Siasah Syariyyah,
 Akademi Pengajian Islam UM 





 







Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...