Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, January 4, 2012

Pupuk akhlak terpuji dengan kepemimpinan melalui teladan



Pupuk akhlak terpuji

dengan kepemimpinan melalui teladan

SESI persekolahan bermula semalam dan hari ini mencetuskan semula semangat baru dalam diri guru untuk memberikan bimbingan serta didikan terbaik kepada pelajar. Gagasan dan tugasan membangun akhlak umat khasnya pelajar adalah tanggungjawab besar terpikul di bahu guru.







Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan seorang insan yang dihimpunkan di dalam sebuah kelas dan dibimbing dengan sebaiknya.






Pelbagai ragam dihadapi guru adalah rencam kehidupan dalam membentuk jiwa seorang manusia menjadi umat berakhlak, beriman dan bertakwa. Generasi yang ditarbiah inilah pelapis bagi pemimpin masa depan.






Pemimpin yang mempunyai iltizam tidak berbelah bagi, semangat juang tinggi bercirikan nilai akhlak Islami, mempunyai kerohanian yang pasti serta mewarisi ciri perjuangan berteraskan petunjuk sunnah Rasulullah yang suci.






Generasi sebeginilah yang diharap dapat melaksanakan syariat Allah yang sebenarnya dan mampu melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.







Guru mempunyai fungsi mendidik generasi baru dengan akhlak Islami. Guru juga berupaya memperbaiki suasana persekolahan, mendidik dalam suasana yang lebih kondusif, mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru dalam satu pasukan terpimpin serta terancang.






Bahkan guru juga perlu sentiasa memantau prestasi persekolahan pelajarnya selain mempersiapkan mereka supaya dapat memikul beban tugas bakal dihadapi, di samping melatih menilai diri sebagai seorang yang berfikiran matang serta mampu berfikir secara realistik.







Pelajar juga harus dilatih menghargai tugas dan tanggungjawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa bersikap terburu-buru. Kepatuhan yang lahir dari rasa keinsafan dan penuh kesedaran bersandarkan didikan agama ini biasanya lebih berkesan dan mantap.






Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas lebih meninggalkan kesan dalam hati pelajar dan ia lebih mudah untuk diikuti serta dipatuhi berbanding hukuman.






Rasulullah SAW pernah menunjukkan cara terbaik dalam memberikan didikan menerusi sabda yang bermaksud:





“Suruhlah anak kamu menunaikan solat


ketika mereka berumur tujuh tahun


dan pukullah mereka jika tetap enggan bersolat


apabila umur mereka sepuluh tahun.”




(Hadis riwayat Abu Daud)







Demikianlah contoh dianjurkan Rasulullah SAW bahawa pembelajaran itu tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah ia perlu didahului dengan pelbagai cara dan pendekatan yang mampu menarik minta seseorang itu melaksanakannya.








Nasihat, perkataan baik, teguran lembut tetapi tegas adalah tindakan terbaik mentarbiah pelajar di sekolah. Jika cara itu gagal barulah dikenakan hukuman berbentuk kekerasan bertujuan semata-mata untuk mendidik, bukan mencederakan hingga menyebabkan kecacatan fizikal atau mental.







Ini sesuai firman Allah ditujukan kepada nabi dan rasul yang ditugaskan mendidik umat, yang bermaksud:





“Dengan rahmat Allah kepada diri kamu itu,

maka engkau hendaklah berlemah lembut

menghadapi sikap mereka.

Seandainya kamu berkeras hati dan

(sikapmu pula) kasar, nescaya mereka

akan berpaling dari sekelilingmu.”



(Surah Ali-Imran, ayat 159)






Usaha memupuk kebiasaan dan akhlak terpuji seperti melatih bersolat dan melakukan akhlak baik perlu menggunakan cara kepemimpinan melalui teladan kerana kanak-kanak dan remaja, cenderung untuk meniru idola mereka.






Satu hakikat daripada aspek tarbiah yang menjadi lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Jika guru mempunyai akhlak yang baik, murid pasti terikut-ikut dan terpengaruh dengan akhlak itu, demikianlah juga sebaliknya.





Jika perasaan ini timbul dengan pandangan negatif, murid bukan saja memusuhi gurunya, tetapi mungkin menjangkau kepada pelajaran dan seterusnya kepada seluruh sistem persekolahan yang berkaitan dengannya.





Permasalahan disiplin yang timbul di penghujungnya pula hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, guru, murid malah ibu bapa hendaklah bersama berperanan dalam menyelesaikannya.




Ini bermakna semua peringkat harus ada permuafakatan dalam melindungi dan mempertahankan peraturan yang sudah ditetapkan bagi mewujudkan keharmonian dalam usaha membentuk generasi pelapis mampu berdaya saing dan penuh berdisiplin.











Sumber











Teruskan membaca..

Klinik UPSR:Daftar segera di JB, Shah Alam, Kluang


Klinik UPSR 2012 (Fasa 1):

Daftar segera di JB, Shah Alam, Kluang



CALON Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu merebut peluang mengikuti program bimbingan peperiksaan berkualiti anjuran Unit Pendidikan Berita Harian yang akan berlangsung sepanjang tahun 2012 di beberapa lokasi seluruh negara.







Klinik yang memfokuskan teknik belajar bagi setiap subjek iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman & Penulisan), Bahasa Inggeris, Mathematics dan Science di samping menerapkan elemen motivasi akan dibimbing guru pakar dan penulis Fokus UPSR Didik.
Pendaftaran bagi mengikuti Klinik UPSR 2012 (Fasa 1) di lokasi lain seluruh negara boleh dibuat di alamat berikut:






JOHOR BAHRU: Hubungi Roszaidi Ramli 016-7665886/019-7728844/016-7177364/011-15157504/07-2546261. Klinik pada 18 - 19 Februari 2012. Tempat: Dewan UniKL MITEC, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru.







SHAH ALAM: Hubungi Pusat Tuisyen Al-Hikmah, No 73A & B, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23, Shah Alam. (03-55411771/55421598). Klinik pada 18 - 19 Februari 2012. Tempat: UiTM Shah Alam .








KLUANG: Hubungi Fareeth Hamzah 016-7191252. Klinik pada 18 - 19 Februari 2012. Tempat: Dewan Pejabat Pendidikan Agama Daerah, Kluang.







KOTA BHARU: Hubungi Jabatan Pengedaran NSTP, Lot 184, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu (Hawari Mohamad/Zaidi Mahmood, 09-7417914/012-9635046/012-9630227).Klinik pada 24 - 25 Februari 2012. Tempat: PCB Resort.







KUALA TERENGGANU: Hubungi Jabatan Pengedaran NSTP, 1107U, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu. (Abdul Ghani Mat Nor) 017-9725280/09-6300114 . Klinik pada 24 - 25 Februari 2012.







IPOH: Hubungi Pejabat Berita Harian, No 10, Tingkat 1, Persiaran Greentown 4C, Greentown Avenue, Ipoh (Nur Ain, 05-2540323/2540324/012-4808791). Klinik pada 25 - 26 Februari 2012







GOMBAK: Hubungi Ahmad Dasuki Rauf, 013-3953915/013-3491778. Klinik pada 25 - 26 Februari 2012.







KUALA LUMPUR: Pendaftaran terus boleh dibuat di Kios Pendidikan Berita Harian, Balai Berita, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan hubungi Qhusairi /03-20569863, Muhammad Fakhri/Rosdi/Nuraihan - 03-20569368,03-20569912. Klinik pada 3 dan 4 Mac 2012.







MELAKA: Hubungi Daeng Tawi Enterprise, KM 10, Jalan Daeng Tawi, Telok Mas (Umi Kalsom Buang, 012-6411877/012-9742504/016-9286693, Nazri/Hadi 012-9742504/019-3233404). Klinik pada 3 - 4 Mac 2012. Tempat: Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KYM), Jalan Bukit Sebukor, Melaka.










Sumber












Teruskan membaca..

Projek rintis Program Asas Vokasional (PAV)


Projek rintis Program Asas Vokasional

PROJEK rintis PAV dapat melahirkan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.
PROJEK rintis PAV dapat melahirkan
ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.





KEMENTERIAN Pelajaran yakin pelaksanaan projek rintis Program Asas Vokasional (PAV) untuk pelajar Tingkatan Satu, bermula sesi pengajian tahun depan, mendapat sambutan menggalakkan.





Projek itu memberi peluang lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kurang cemerlang akademik tetapi berminat menyambung sesi persekolahan dalam bidang vokasional.







Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata PAV dirangka untuk pelajar menengah rendah berusia 13 hingga 15 tahun dengan mekanisma pemilihan pelajar masih peringkat kajian terperinci.





Melalui PAV, beliau berkata, pelajar ditawarkan kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap dua apabila menamatkan pembelajaran Tingkatan Tiga.




Sekiranya pelajar terus berminat, katanya masing-masing berpeluang menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang bakal ditubuhkan pada 2013.




“Buat masa ini, kementerian dalam proses menjalankan kajian mengenai kecenderungan minat pelajar sama ada terarah kepada akademik atau bidang kemahiran,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.





Mengulas perkembangan berkaitan, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Ahmad Tajudin Jab, berkata program rintis itu bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga muda berkemahiran tinggi. Jika dilihat pada sistem pendidikan di negara kini, beliau berkata, kurikulum lebih berorientasikan peperiksaan sedangkan tidak semua pelajar cenderung ke arah itu sebaliknya minat kepada kemahiran.




“Wajar program ini diwujudkan kerana pelajar bersifat ‘hands on’ atau kemahiran mempunyai saluran tepat mendapatkan ilmu berkaitan,” katanya.




Melalui program itu juga, Ahmad Tajudin berkata, pelajar didedahkan dengan bidang kemahiran pada usia lebih muda iaitu seawal 13 tahun, kelebihan itu membolehkan mereka mendapat kelayakan SKM tahap dua sebaik menamatkan Tingkatan Tiga.




“Projek rintis PAV yang akan dijalankan bermula tahun depan ini membabitkan 15 sekolah seluruh negara dengan bilangan pelajar kira-kira 450 orang.




“Pemilihan pelajar untuk projek rintis ini dibuat berdasarkan permohonan yang mana keputusan diumumkan awal Disember 2011.




“Pelajar Tingkatan Satu diajar enam bidang asas vokasional antaranya kejuruteraan, pertanian dan ekonomi rumah tangga, manakala pengkhususan boleh dibuat apabila berada di Tingkatan Dua,” katanya.




Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Abdul Rashid Muhamed, berkata penekanan bidang vokasional sepatutnya diterapkan pada peringkat sekolah menengah sejak dari dulu kerana tidak semua pelajar cenderung akademik.




“Kepandaian pelajar bukan sekadar akademik saja tetapi pelbagai termasuklah kemahiran yang perlu diberi perhatian serius untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.



“Keputusan kerajaan memulakan pendidikan vokasional kepada pelajar Tingkatan Satu adalah usaha wajar dan perlu disegerakan.” katanya.










Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...