Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, January 7, 2012

BERSIKAP benar dalam percakapan




Penipuan antara punca kerosakan masyarakat







BERSIKAP benar dalam percakapan dan perbuatan ialah prinsip utama yang perlu dipelihara oleh orang beriman. Allah SWT mengkitabkan kepada orang beriman dengan jalinan sifat benar dalam firmannya bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah dan jadilah kamu bersama orang yang bersifat benar.” (Surah At-Taubah ayat 119)





Sabda Baginda SAW bermaksud:





“Jadilah kamu orang yang benar dan jujur

kerana ia mendorong kepada kebaikan

seterusnya membawa ke syurga.

Ketika itu mereka ditulis di sisi Allah SWT

daripada kalangan orang yang benar.

Dan janganlah kamu menjadi pendusta

kerana ia mendorong kepada kejahatan seterusnya

membawa ke neraka.

Ketika itu mereka akan dicatat

sebagai pendusta.”




(Al-Hadis).






Oleh itu sifat ini menjadikan Saidina Abu Bakar sebagai sahabat terbaik dalam kalangan yang terbaik dengan gelaran As-Siddiq.










Sebaliknya, dusta ialah sifat keji dilaknat Allah SWT kerana ia adalah pakaian dihias syaitan berteraskan nafsu membinasakan. Firman Allah SWT: “Celakalah orang yang curang iaitu apabila mereka menerima timbangan orang lain, mereka minta dicukupkan dan apabila mereka menimbang untuk orang lain mereka menipu.” (Surah Al-Mutaffifin ayat 1-2).





Jumhur ulama berpendapat mereka yang menipu dalam apa juga bidang diceburi termasuk daripada golongan dimaksudkan Allah pada ayat di atas. Mereka akan menerima azab daripada Allah SWT. Ia juga antara punca kerosakan masyarakat.





Urusan sesama manusia amat diberi perhatian oleh Allah SWT, khususnya dalam bidang perniagaan yang penuh penipuan demi keuntungan dunia yang sedikit.




Baginda SAW pernah berdiri dipasar pada satu hari seraya bersabda bermaksud:




“Wahai peniaga sekalian,

sesungguhnya peniaga dibangkitkan

pada hari kiamat dalam keadaan amat

menyedihkan melainkan mereka yang jujur dan benar.”



(HR Tirmizi).






Seterusnya Islam mengajar bagaimana peniaga yang baik menguruskan perniagaan mereka dalam sabdanya bermaksud :





“Kaum Muslimin bersaudara,

tidak halal bagi seorang Muslim

menjual barang tidak elok

melainkan diberitahu kelemahan barangan itu

kepada pengguna.”


(HR Ibnu Majah).





Umat terdahulu juga banyak terbabit dalam bidang perniagaan sehingga cerita mereka diabadikan Allah SWT dalam al-Quran. Baginda SAW juga peniaga cemerlang tanpa membabitkan unsur penipuan dan orang paling jujur dalam masyarakat Quraisy.




Firman Allah SWT kepada penduduk Madyan: Syuaib AS berkata:




“Dan janganlah kamu kurangi timbangan

kerana kamu sekarang dalam keadaan baik dan makmur.

Aku khuatir kamu akan ditimpa azab

pada hari yang membinasakan kamu.

Wahai kaumku,

penuhilah takaran dan timbangan dengan adil,

dan janganlah kamu merugikan manusia

terhadap hak mereka kerana ia adalah

kejahatan yang akan merosakkan.”




(Surah Hud ayat 85-86).









Sabda Baginda SAW bermaksud:







“Sesiapa yang menipu,

mereka bukanlah daripada golongan kami.”




(HR Muslim).





Ayat ini menunjukkan penipuan antara punca kerosakan dalam masyarakat. Ini termasuk menaikkan harga sesuka hati dan dianggap kesalahan dan haram dalam Islam kerana ia memudaratkan pengguna.




Dalam sesetengah kes, ada juga berlaku kesepakatan antara penjual dengan pihak ketiga dengan meninggikan harga barangan itu bagi menjerat pengguna lain untuk membelinya.





Sabda Nabi SAW:




“Janganlah kamu meninggikan harga

barangan dengan cara “tanajush”

(tidak bermaksud untuk membelinya, tetapi untuk manfaat penjual).”




(HR Bukhari & Muslim).





Ini juga dikategorikan sebagai merampas hak orang lain.





Merampas hak orang lain juga termasuk dalam kalangan orang yang menipu kerana ia membabitkan urusan sesama manusia dan dianggap kezaliman. Apatah lagi jika ia membabitkan urusan kepemimpinan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan dan penyelewengan.


Penulis ialah Eksekutif Agama NSTP


























Teruskan membaca..

Air pokat



Mewah Bahasa:





Air pokat



pix_gal0




Di sebuah restoran ayam penyet


di pinggir bandaraya ….








Milah: Restoran apa ni Zah?
Hiasan macam kat Indonesia je.





Zah: Ni la restoran ayam penyet ….





Milah: Ayam penyet?? Apa tu?
Ayam kena lenyek dek kereta ke?





Zah: Hahahaa … ada ke ayam lenyek dek kereta pulak.
Ini menu dari Indonesialah, sekarang ni tengah popular di Kuala Lumpur ni.





Milah: Ooo ... aku tak pernah makan.




Zah: Haa … tu pasal aku bawa kau datang sini,
cuba makan ayam penyet ni!!





Milah: Ha ... kau order la, aku tak tau.
Orang yang nak ambil order pun dah sampai ni.





Zah: Ok, bagi dua set ayam penyet ….




Pelayan: Minumnya??




Zah: Saya bagi jus jeruk ….




Pelayan: Satu lagi?




Zah: Hah!! Milah, kau nak minum apa?
Cepatlah order ….





Milah: Apa aa??
Apa yang sedap dan lain dari yang ada kat tempat makan lain?





Pelayan: Cubalah apokat.




Milah: Air pokat? Air apa pulak tu??
Hey!!
Awak jangan nak main-main dengan saya tau!!





Pelayan: Betul! Betul cik, apokat ….




Milah: Uh!! Tak hormat pelanggan langsung, cakap kotor macam tu!!
Saya boleh tuduh awak sexual harassment tau!!





Pelayan: Eh! Cik ….




Zah: Hah!! Apa hal pulak kau ni Milah?
Tiba-tiba aje naik angin?! Ribut idak, hujan pun idak ….
Kau dah marah-marah, apa hal pulak ni?!





Milah: Eh!! Orang dah cakap kotor kat kita,
kau nak bela dia pulak?!





Zah: Cakap kotor apanya pulak?




Milah: Ni la!! Yang cakap air pokat, air pokat ni, tak cakap kotor ke?!
Lucah tu, kelucahan melampau … gangguan seksual tau!!






Pelayan: Maaf cik, memang ada dalam menu kami jus apokat.




Zah: Hah! Ni ha Milah, kau tengok dalam menu ni, kan ada jus apokat ni ….




Milah: Jus apokat? Eh! Apa sebenarnya jus apokat ni??




Pelayan: Jus avakado cik. Tapi di Indonesia dipanggil apokat.




Milah: Ooo … cakaplah dari tadi, ingatkan benda lain tadi.
Oklah, bagilah saya jus apokat tu, nak cuba ….





Zah: Hah! Kenapa marah-marah sangat tadi tu??




Milah: Aku dengar tadi di kata air pokat.




Zah: Kenapa pula dengan air pokat?




Milah: Air pokat, kalau dalam bahasa kampung aku
kat Negeri Sembilan maksudnya air pekat.





Zah: Kalau air pekat pun apa salahnya,
kenapa kau kata lucah, gangguan seksual!!





Milah: Ya lah, pelayan tu kan ke lelaki?
Dia kata air pekat, aku ingat dia cakapkan air pekat dia lah!!
Kau tau aje lah lelaki sekarang ni, suka cakap-cakap lucah dan makna tersembunyi!!




Zah: Hehehee … aku rasalah kan, kau tu yang otak biru! Mentang-mentang le budak tadi tu hensem sikit, kau mula fikir yang bukan-bukan.




Milah: Isy!! Kau ni, ke situ pulak dia!! Eh! Dah jangan cakap lagi pasal ni, malu aku kalau dia dengar nanti. Tu ha dia dah datang bawa air ….





Pelayan: Airnya cik, jus jeruk dan jus apokat ….




Milah: Huh!! Memang pokat pun ….









Glosari




Apokat (Indonesia) - buah avakado

Jeruk (Indonesia) - buah limau

Pokat (Negeri Sembilan) - pekat




Nota Kaki





Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku.





Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman








Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

adalah Pensyarah Jabatan Linguistik,

Akademi Pengajian Melayu (APM),

Universiti Malaya.










Sumber















Teruskan membaca..

Seni Kambing


Bakat yang luar biasa..






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiS88GAQ19RQxeR0gx8t3MvCFFXMWTAyMqEZyni-lQ84D-V_YEJoBaPQ-6DPG930lcwxsWltXwYs_hBhjpIvgmMSwJ1oLg6OC7x_Jn4mivqph-Dup0u8JTibWot3eW5UKg8Qi_PgJttujOY/s1600/kambing+suka+melukis.jpg








"Kita hanya dekat dengan mereka yang kita sukai.

Dan seringkali kita menghindari orang yang tidak tidak kita sukai,

padahal dari dialah kita akan mengenal sudut fikiran yang baru.
"




















Teruskan membaca..

Semakan Panggilan Temu Duga (KPLI-SR j-QAF)

Teruskan membaca..

Student Gets Jail Over Facebook Status Post


Student Gets Jail Over Facebook Status Post











Bangladesh's high court on Wednesday sentenced a university lecturer to six months in jail after he posted a Facebook status wishing for the death of Prime Minister Sheikh Hasina, a lawyer said.






Ruhul Khandakar, who was sentenced in absentia because he is studying in Australia, posted the comments after the death of Bangladesh's most famous filmmaker Tareq Masud in a road accident last year.






"Tareq Masud died as a result of government giving licence to unqualified drivers. Many die, why does not Sheikh Hasina die?" the status said, according to court officials.






The status, which Khandakar posted from Australia, has since been deleted.






In August, Khandakar was summoned to appear in court and explain the comments but he repeatedly failed to attend and so was sentenced for contempt, deputy attorney general Altaf Hossain told AFP.





The court directed Khandakar's university employers to take action against him according to law, which could.
- AFP










Teruskan membaca..

Kadar premium motor diselaras



Kadar premium motor diselaras




PELARASAN semula kadar premium tangani isu struktur dalam sektor insurans motor dan sektor Takaful. - Gambar hiasan
PELARASAN semula
kadar premium tangani
isu struktur dalam sektor
insurans motor dan sektor Takaful.
- Gambar hiasan




Dilaksana berperingkat mulai 16 Januari






BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.






Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.






“Ia pelarasan kali pertama kerana kadar premium itu tidak pernah dikaji semula dalam tempoh lebih 30 tahun, sekali gus menyebabkan orang ramai berdepan dengan beberapa kesulitan, khususnya ketika membuat tuntutan.






“Sepanjang tempoh itu juga, bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans di Malaysia didapati meningkat dengan nyata.





“Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.






Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun.





Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.






Untuk kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang juga adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.






Bank Negara berkata, pelarasan kadar premium tarif motor itu juga akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan kadar premium yang diselaraskan terus mencerminkan pengalaman tuntutan.






“Langkah menyelaraskan semula kadar premium itu bagi menangani isu struktur dalam sektor insurans motor dan sektor takaful.






“Ia adalah sebahagian daripada langkah penambahbaikan yang dikenal pasti di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baru yang diumumkan pada 11 Mac tahun lalu,” katanya.






Bank pusat itu berkata, rangka kerja itu turut akan merintis jalan ke arah pelonggaran tarif sektor insurans motor pada 2016, iaitu apabila kadar premium akan dibezakan lagi mengikut profil risiko kenderaan individu dan lebih berpatutan kepada pemilik kenderaan kerana kenderaan yang mempunyai pengalaman tuntutan lebih baik akan menikmati kadar premium lebih wajar berbanding dengan pemilik kenderaan lain mempunyai profil risiko lebih tinggi.






“Rangka kerja itu akan membabitkan pelaksanaan segera beberapa langkah kritikal bagi meningkatkan kecekapan dalam penyelesaian tuntutan.






“Antara lain, ia turut akan mengurangkan dengan ketara purata jangka masa penyelesaian tuntutan kepada enam hingga 18 bulan daripada tempoh satu hingga lima tahun ketika ini,” jelasnya.






Bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat dan manfaat daripada rangka kerja ini, khususnya penambahbaikan proses penyelesaian tuntutan motor, katanya, Bank Negara dan industri insurans akan terus memberikan maklumat mengenainya kepada orang ramai menerusi program kesedaran dan capaian pengguna.







Bank Negara berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai rangka kerja itu boleh menghubungi bank pusat di TELELINK: 1-300-88-5465 atau melayari www.insuranceinfo.com.my, selain mengemukakan pertanyaan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau penanggung insurans individu.








Teruskan membaca..

Kena ambil SPM jika mahu SBPA



Kena ambil SPM jika mahu SBPA






15,000 anggota ATM diberi tempoh 6 tahun




SUNGAI PETANI: Kira-kira 15,000 anggota lain-lain pangkat (LLP) dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang belum memenuhi syarat kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diberi peluang menduduki peperiksaan itu dalam tempoh enam tahun bagi membolehkan mereka menikmati Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ATM lebih awal.





Buat masa ini semua anggota terbabit akan diletakkan di bawah Skim Khas Untuk Penyandang (KUP) ATM sementara mereka mengambil langkah untuk meningkatkan kelayakan akademik dalam tempoh yang diberikan.






Jika gagal, anggota terbabit hanya akan menikmati skim baru selepas enam tahun setelah SBPA ATM dilaksanakan bermula tahun ini.






Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata langkah itu sejajar program transformasi negara dan keperluan untuk ATM mencapai tahap profesionalisme seiring keperluan pertahanan negara pada masa ini.






Katanya, syarat untuk menjadi LLP dalam ATM sebelum ini, kerajaan menerima kelayakan darjah enam, Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) asalkan pemohon boleh membaca dan menulis.






“Namun, syarat itu kini berubah yang mana pemohon mesti ada SPM dengan kredit mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka menikmati perubahan gaji yang lebih tinggi.





“Skim baru ini dibuat berdasarkan kelayakan akademik minimum SPM dan bagi anggota yang belum mencapai tahap berkenaan, kita beri masa enam tahun untuk mereka melakukannya.... jika tidak mereka perlu tunggu enam tahun untuk menikmati skim berkenaan.





“Ia bukan saja semata-mata bagi menikmati SBPA ATM, tetapi sebagai persediaan untuk mereka meningkatkan tahap akademik dan kemahiran sebelum keluar daripada perkhidmatan tentera,” katanya selepas menyertai Sesi Dialog SBPA ATM bersama pegawai dan anggota tentera di Markas Staf Stesen, Kem Lapangan Terbang, di sini, semalam.





Hadir sama, Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md Delin, Panglima Briged Keenam Infantri dan Brigedier Jeneral Datuk Md Tajri Alwi.





Sumber
Teruskan membaca..

Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012







Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

mempelawa para pelajar Tingkatan 1 2012

yang berkelayakan untuk memohon

program khas

Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia

bagi tahun 2012 ini.

Mereka yang berjaya akan tinggal di asrama

yang akan ditentukan dan belajar

di sekolah yang terpilih.







Syarat Permohonan






  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada semua kaum.
  • Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja.
  • Keputusan UPSR – 5A/7A atau minima 4A 1B.
  • Aktif dalam kokurikulum.
  • Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain seperti Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas (KRK) atau Kelas Aliran Agama (KAA).
  • Pendapatan keluarga pemohon pada tahap rendah atau sederhana.





Sekolah Program Asrama 1 Malaysia




  • SMK Victoria, Kuala Lumpur
  • SMK Methodist, Kuala Lumpur
  • SMK St. John, Kuala Lumpur



Cara Memohon







Muat turunBorang Permohonan Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia



  • Borang yang telah dilengkapkan mesti diserahkan kepada Pengetua Sekolah untuk pengesahan dan sokongan.


  • Setiap permohonan perlu disertakan dengan satu salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  • Sijil lahir / kad pengenalan pemohon
  • Slip gaji / penyata pendapatan ibubapa
  • Keputusan UPSR 2012
  • Salinan sijil aktiviti kokurikulum



Tarikh Tutup



  • Permohonan ke Tingkatan 1 Asrama 1 Malaysia 2012 akan ditutup pada 27 Januari 2012.
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.



Pertanyaan




Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada sekolah pemohon atau Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di alamat Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya atau telefon 03 8884 9433 atau faks 03 8884 9342.







Sumber











Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...