Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, February 3, 2010

Peristiwa bersejarah keluarga diraja


Hajah KHalsom ABDULLAH tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai semalam.


JOHOR BAHRU - Suasana pilu menyelubungi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini apabila Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat menziarahi makam bekas suaminya, Almarhum Sultan Iskandar.

Ini adalah kali pertama bonda Sultan Johor yang kini berusia 72 tahun menjejakkan kaki ke sini setelah berpisah dengan Almarhum Sultan Iskandar pada awal tahun 1960-an.

Hajah Khalsom tiba di makam tersebut pada pukul 2.20 petang dan meluangkan masa selama 10 minit di makam tersebut.


ALMARHUM SULTAN ISKANDAR (enam dari kiri) bersama anakanda dan cucunda hasil perkahwinan baginda dengan Hajah Khalsom Abdullah dan Sultanah Zanariah. Gambar dirakamkan di Johor Bahru selepas upacara pelantikan Tunku Ibrahim (lima dari kiri) sebagai Tunku Mahkota Johor pada 1981.


Beliau kelihatan sangat sebak ketika mengaminkan doa untuk roh Almarhum.

Meskipun sedih kerana terpaksa menerima hakikat pemergian Almarhum Sultan Iskandar untuk selama-lamanya, Hajah Khalsom tetap gagah menabur bunga dan menyiram air mawar di makam.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh lebih 20 wakil media yang menunggu di makam tersebut sejak pukul 1.30 petang.

Teruskan membaca..

Hebat Isteri Ni....

Lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri


Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu.


MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

BERITA PENUH

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...