Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, December 30, 2013

:)


Teruskan membaca..

CUEPACS maju penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan







CUEPACS maju penjawat awam 

diberi kuota khas haji mulai tahun depan

 

 

 

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan. 
 
 
 
 


Presidennya, Azih Muda berkata kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu.
"Cuepacs mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Sabah Jamian Dom. 
 
 
 
 


Azih berkata cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh Cuepacs bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam. 
 
 
 
 


Beliau berkata selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak. 
 
 
 


"Cuepacs juga mencadangkan formula ganjaran persaraan penjawat awam disemak semula kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan sebelum ini iaitu 7.5 peratus," katanya. 
 
 
 
 


Selain itu, Cuepacs mencadangkan agar Gantian Cuti Rehat (GCR) penjawat awam yang tidak dapat menghabiskan cuti atas sebab perkhidmatan ditambah daripada 150 hari kepada 180 hari, dan jika masih ada cuti tahun terakhir semasa persaraan, ia perlu dibayar dengan wang tunai dalam sekali bayaran sahaja.
Beliau berkata Cuepacs juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selain semakan semula 231 jenis elaun yang belum dikaji sejak 10 tahun lalu. 
 
 
 
 


Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan berhubung isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan. 
 
 
 
 


Beliau berkata Cuepacs menerima aduan berkaitan arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lepas dan tahun ini. 
 
 
 


Azih berkata menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenar membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun untuk tiga pasang pakaian. 
 
 
 


"Bagaimanapun, pada September lalu, jabatan berkenaan mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri, dan jika gagal, mereka dikenakan tindakan tatatertib," katanya. 







Teruskan membaca..



Bantuan awal persekolahan diagih

 

 


Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.






Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.







Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.
Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.






''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu.






Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.






Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.





Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.







Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan.







Pihak terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang ditetapkan.






Selain JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke dalam akaun KWK.





Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima.






Pihak sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi. 





Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.





Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.




Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000.


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...