Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, February 8, 2010

~Sembilan Prinsip QcoP ( Quality Cycle of Process)~








1. Do It Right First Time (DIRFT):

Ertinya setiap kerja mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah dan
silap 'boleh dielak dan dicegah'. Pada tahap yang lebih tinggi ertinya guru-guru
mesti mengajar dengan betul dan murid-murid mesti belajar dengan betul dan
sentiasa buat betul. Ringkasnya semua guru dan murid-murid mesti faham dan
mesti jadikan prinsip utama mencapai kejayaan cemerlang.



2. Guru Mengajar Murid Belajar:

Ertinya semua guru mesti faham dulu bahawa 'kerja kita ialah mengajar' bukan
berborak, duduk di kantin, tidak masuk kelas, keluar ke kedai, tidur atau lainnya.
Mengajar pula mesti penuh persediaan dari segi mental, fizikal dan spiritual,
penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama 'tidak ada kelas yang
dibiarkan tanpa guru'. Kemudian murid-murid pula mestilah belajar dengan betul,
bersungguh- sungguh dan tidak main-main, tidak ganggu rakan-rakan yang lain
serta belajar dengan penuh keriangan dan kefahaman.



3. Berkongsi Visi Yang Sama:

Ertinya semua guru mesti faham dan hayati halatuju sekolah yakni hendak
menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak dan boleh
menjadi sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah normal' dan
berpotensi mencapai prestasi akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi
yang hendak direaliasasikan bukan hak kepunyaan Guru Besar seorang tetapi
menjadi hak kepunyaan semua guru, dan berpegang teguh kepada kata-kata
keramat "Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh".



4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai:

Ertinya apa jua yang guru-guru ajar (dan buat) itulah yang akan jadi hasilnya.
Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Prinsip utamanya
apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan tentukan prestasi atau
pencapaian murid seterusnya. Ini kena ingat baik-baik.



5. Penambahbaikan Berterusan:

Ertinya mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti sentiasa lakukan
Kaizen (Continuous improvement) dalam semua aspek kerja terutama P&P.Prinsip
utamanya mesti tidak mudah merasa berpuas hati dengan status kini tetapi
sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-galanya supaya hasil
kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan
keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan
sepanjang masa.



6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah:

Ertinya tidak cukup sekadar boleh 'menyelesaikan masalah' sahaja lebih-lebih lagi
sudah tahu benda yang akan jadi masalah.Jadi yang diutamakan ialah kebolehan
'mencegah masalah' supaya tindakan awal yang bersifat preventive' bukan
'remedial' dapat dibuat dengan berkesan.
Prinsipnya amalkan pendekatan PDCA secara total dalam semua aktiviti.
Ringkasnya mesti ada sikap proaktif dan hasilnya semua orang tidak hadapi masalah
dan organisasi yang iklimnya sangat kondusif kepada proses pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan lagi berkualiti.



7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul:

Ertinya apa jua isu yang ditimbulkan dalam menangani perubahan dan melakukan
penambahbaikan adalah berdasarkan 'perkaranya' bukan kepada 'siapa orangnya'.
Prinsipnya ialah apa yang betul atau tidak betul bukan berdasarkan dia itu Guru
Besar atau Penolong Kanan atau Guru Penolong, hatta Pekerja Rendah Awam
sekalipun, tetapi kepada apakah persoalannya, apakah kesan dan implikasinya,
atau apakah tafsiran dari segi falsafah, peraturan, dan objektivitinya. Matlamat
akhirnya semua orang akan buat perkara yang betul dan tidak boleh dipertikaikan
oleh sesiapa pun.



8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan:

Ertinya dalam organisasi tidak ada orang boleh buat kerja berseorangan,
pendeknya setiap orang perlukan orang lain bagi memenuhi atau menyempurnakan
sesuatu tugas atau sesuatu bidang tanggungjawab. Prinsipnya semua guru mesti
faham bahawa tanpa kerjasama atau permuafakatan banyak kerja lebih-lebih lagi
usaha meningkatkan prestasi murid dan sekolah tidak tercapai. Oleh itu perasaan
dan pemikiran 'kesejawatanan' maka perlu dihayati sepenuh jiwa dan raga. Aspek
permuafakatan dan kesejawatanan in jelas dilihat apabila sikap dan semangat
tolong-menolong,sanggup berkorban, ingat-mengingati, nasihat-menasihati dan
sebagainya wujud dengan penuh harmoni.




9. Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu, Mengajar Tidak Lesu:

Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan
bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muridnya.
Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' satu
pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai
pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai
suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau menyalahkan
keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping
berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak
akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng,
banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas
dan tanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau
selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-
ciri 'orang malas' ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan
penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh.



Petikan Ucapan Cikgu Hamzah bin Mohamed (Tokoh Guru Daerah Maran, Pahang )

Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan

Lagu: Inteam, Cikgu Hasnol & Nada Syahdu
Lirik: Inteam & Halim Libya


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...