Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, August 12, 2013

Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam

 
 

Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam

 
Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam
Aplikasi telefon pintar Islam ciptaan penceramah terkenal Dr Zakir Naik yang dilancarkan minggu lalu.
Bantu amal budaya Islam dalam kehidupan

RIYADH: Satu telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden.

Telefon pintar itu dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa.
Permintaan untuk telefon bimbit Islam meningkat di kalangan masyarakat Islam di Arab Saudi. Ribuan penduduk sudah membuat pesanan aplikasi itu secara online, sementara beratus-ratus yang lain bercakap mengenainya di pelbagai landasan media.



Satu inisiatif teknologi penemuan itu oleh Naik, pengasas dan presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam), telefon itu akan membantu pelaksanaan budaya Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Peace Mobile disesuaikan sepenuhnya dengan aplikasi Islam yang sahih dan perisian serta membantu masyarakat Islam yang mengamalkannya terus berhubung dengan dunia Islam.

Naik berada di sini baru-baru ini bercakap dalam satu forum Ramadan dianjurkan Pusat Budaya Islam India (IICC).
Ulama berkenaan sentiasa menegaskan keperluan untuk kedua-dua pendidikan agama dan moden, menganggap kedua-duanya sebagai penting.

IRF adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan yang memiliki saluran Peace TV, sebuah rangkaian televisyen satelit Islam yang baru-baru ini melebihi tontonan rekod global sebanyak 200 juta.

Okasha Mujahid, pengurus perniagaan antarabangsa di Darussalam, sebuah rumah penerbitan Islam berpusat di sini, mengalu-alukan telefon pintar itu dan berkata:

“Darussalam bersungguh-sungguh bekerja untuk menyebarkan kata-kata Islam menerusi penerbitannya. Peace Mobile boleh membantu lanjutan untuk ini.” - Agensi
 
 
 
 

Teruskan membaca..

Awasi anak anda ketika melayari internet: SKMM


Awasi anak anda

 ketika melayari internet: SKMM

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu mengenai trend terbaru di internet bagi mengawal selia anak mereka ketika melayari internet.

Ketua Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar, berkata ini kerana kebanyakan pengguna internet pada masa kini adalah kanak-kanak dan remaja.
Dalam satu temu bual dengan BERNAMA di sini, beliau berkata, kajian yang dijalankan SKMM baru-baru ini mendapati 92.8 peratus responden merasakan tanggungjawab pengawal seliaan internet berada di atas bahu ibu bapa.


"Memang ramai ibu bapa yang tidak begitu arif dengan penggunaan media sosial ataupun internet, langkah pertama yang perlu diambil ialah lengkapkan diri dengan ilmu... apakah yang terbaru.

"Ada juga ibu bapa yang membuka akaun Facebook kerana ingin memantau aktiviti anak mereka di laman sosial itu, dalam masa yang sama kita dapat mendampingi dan mendekati mereka," katanya.

Eneng Faridah berkata, selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka menggunakan internet di tempat terbuka.

"Ibu bapa perlu tahu kegiatan anak mereka, sentiasa tengok apa yang mereka sedang layari dan boleh berkongsi apa yang mereka lihat di internet dengan ibu bapa supaya mereka boleh berbincang bersama," katanya.
Katanya, bil telefon ataupun internet perlu dipantau bagi memastikan anak tidak melayari internet terlalu lama ataupun membuat transaksi wang untuk pembelian dalam talian.

Beliau berkata, ibu bapa digalakkan mengenali rakan anak mereka di laman sosial bagi mengelakkan berkawan dengan orang yang tidak dikenali ataupun mencurigakan.

"Ada yang berlumba-lumba hendak tunjuk siapa yang paling ramai kawan, tetapi mungkin ada antara kawan itu yang berniat tidak baik, kalau ada masa pantau kawan anak anda dan tanya siapakah kawan anak anda itu," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga boleh mendedahkan beberapa kes penyalahgunaan internet dan tindakan yang boleh dikenakan kepada anak mereka bagi memberi pengajaran supaya mereka lebih berhati-hati dan berwaspada. - BERNAMA 
 
 
Teruskan membaca..

Eid Song

http://s1.smsnshayari.com/eid-ul-fitra/urdu-eid-mubarak.gif


http://smsread.com/blog/home/smsreadc/public_html/blog/wp-content/uploads/2011/08/eid-card.gif
Teruskan membaca..

Lagu Raya paling ceria :)






















Teruskan membaca..

Lagu Raya paling sedih :)







Teruskan membaca..

Segera buat rayuan


Gagal masuk IPTA ada peluang ke UiTM




Shah Alam: Lepasan program Matrikulasi, Asasi dan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (SPTM) yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata pelajar terbabit boleh membuat rayuan dengan menghantar surat rayuan secara terus kepadanya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam, dengan menyertakan keputusan peperiksaan masing-masing. 

Segera buat rayuan


Mereka perlu segera membuat rayuan jika ingin mengikuti pengajian pada sesi yang bermula September ini.

Katanya, tawaran itu membolehkan pelajar lepasan program Matrikulasi, Asasi dan STPM mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.

Katanya, ramai pelajar lepasan program Matrikulasi, Asasi dan STPM menulis surat kepadanya, merayu untuk mengikuti program ijazah kerana kelulusan mereka tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

“Pelajar dengan kelulusan Purata Gred Nilai Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit dan mungkin boleh segera menghabiskan program diploma.
“Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapat kelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.

“Mereka yang terpilih juga layak memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Dr Sahol berkata, sekiranya pelajar itu masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh membuat pilihan untuk merayu mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau Program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun.

Beliau berkata, pada masa ini, syarat untuk mengikuti PJJ atau PLK memerlukan pemohon mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus.

Katanya, pelajar yang kurang cemerlang pula, boleh memasuki mana-mana 22 kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Antara kolej bersekutu UiTM ialah Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly -Tech MARA di Kuala Lumpur, Kolej Poly-Tech MARA Bangi, dan Kolej Teknologi Timur, Sepang di Selangor.
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...