Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, November 27, 2012

Berfikir Sesaat itu lebih baik.....




"Berfikir sejenak, merenung masa lalu 
 
adalah permulaan yang baik untuk bertindak." 
 
Dipetik dari:
 
 

Mengapa kita perlu BERFIKIR SEJENAK dan 
MERENUNG MASA LALU?  
 

Ini kerana dengan BERFIKIR SEJENAK, kita akan BERTINDAK menggunakan AKAL dan BUKAN menggunakan EMOSI.  Apabila kita bertindak menggunakan akal, segala tindakan yang dilakukan tidak bersifat keterlaluan atau di luar batas ketatasusilaan, adat, budaya dan agama kita. 
 
Begitu juga jika kita MERENUNG MASA LALU,  kita akan PERTIMBANGKAN SEGALA TINDAKAN atau PERBUATAN kita pada MASA KINI sama ada baik atau buruk untuk dijadikan sebagai ikhtibar atau pengajaran.  MASA LALU merupakan PENGALAMAN yang PALING BERHARGA yang boleh membantu kita agar dapat BERTINDAK dengan lebih BERHATI-HATI dan berasaskan FIKIRAN YANG WARAS serta RASIONAL.     

Oleh itu,  BERFIKIRLAH walaupun SEJENAK, dan RENUNGLAH MASA LALU sebelum sesuatu TINDAKAN dibuat.  Ini kerana dengan BERFIKIR SEJENAK dan MERENUNG MASA LALU, Insya Allah segala TINDAKAN yang akan kita lakukan dapat memberi FAEDAH bukan sahaja kepada DIRI SENDIRI, malahan juga kepada ORANG-ORANG LAIN yang ada di sekeliling kita.
 
 
 
 
Teruskan membaca..

Mengapa guna bahasa asing?



Mengapa guna bahasa asing?

"MEMANG wujud kesukaran dalam mencipta sesuatu istilah," kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan.

Namun begitu katanya, bukanlah alasan untuk melabelkan bahasa Melayu sebagai satu bahasa tiada standard. Hal ini tidak berlaku pada bahasa Melayu sahaja, bahasa lain turut menghadapi keadaan serupa termasuklah bahasa Inggeris.


Bahasa Inggeris, lebih 65 peratus daripada kosa kata tidak termasuk istilah bukan asli berasal daripada bahasa tersebut. Ada yang diambil daripada bahasa Arab dan Perancis.


"Contohnya perkataan bread (roti) diambil daripada bahasa Jerman, brott dan menurut kamus dwibahasa RJ Wilkinson, perkataan compound (kompaun) berasal daripada perkataan kampung," jelasnya.


Awang berkata,  dalam bidang sains istilah atau perkataan sebahagiannya diambil daripada perkataan bahasa asing kerana amat sukar untuk dicari atau dipadankan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan atau istilah asing yang diperoleh diambil dan diubah suai.


"Mencipta sesuatu istilah bukan mudah. Ia memerlukan kajian mendalam dan memakan masa lama. Harus diingat, mencipta istilah atau menggubal sesuatu istilah bukan bidang kuasa DBP sebaliknya golongan cendekiawan atau sarjana yang terlibat secara langsung dalam bidang berkenaan.


"Peranan DBP sebagai penyelaras yang melantik dan mempertemukan ahli ilmu daripada pelbagai bidang sebagai jawatankuasa istilah bagi tujuan menggubal dan mencipta istilah menurut bidang masing-masing," katanya sambil memberitahu DBP antara lain berperanan memberi khidmat nasihat dari segi bahasa, tatabahasa dan ejaan.


Menjawab pertanyaan, mengapa banyak berlaku keadaan menggunakan bahasa asing yang diubah suai sedangkan bahasa Melayu mempunyai perkataan bagi maksud serupa, beliau berkata, hal ini terjadi kerana tidak merujuk DBP terlebih dahulu.


"Contohnya perkataan bajet, kita ada belanjawan; konsisten, kita ada tekal; kolaborasi, kita ada kerjasama; informasi, kita ada maklumat. Tetapi orang tidak peka.


"Mahu juga menggunakan bahasa asing yang diubah suai sendiri, seterusnya kekal dan diisytiharkan sebagai bahasa, sedangkan belum lagi diangkat sebagai bahasa baku," ujar Awang.


Di dalam kamus DBP, beliau menambah, mana-mana perkataan ditandakan dengan BP adalah penanda bagi merujuk perkataan tersebut sebagai bahasa percakapan umum.

 
"Saya mengajak supaya agensi kerajaan, pihak swasta mahupun NGO merujuk dengan DBP terlebih dahulu sebelum mencipta sesuatu singkatan, istilah ataupun mencipta sesuatu perkataan. Ini penting dalam usaha menjaga dan memartabatkan bahasa Melayu," katanya.



Teruskan membaca..

:) Orang Yang Berfikir

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...