Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, November 22, 2012

Asrama budak pintar



Asrama budak pintar

BANTING: Program Permata Negara (Permata) bercadang membina sekolah menengah berasrama penuh untuk peserta Program Permata Insan di kawasan kampus Universiti Sains Islam Antarabangsa (Usim), Nilai, Negeri Sembilan, di sini.


Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pada dasarnya cadangan berkenaan sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri (JPM), namun peruntukan untuk membina sekolah asrama berkenaan belum diputuskan.

Rosmah berkata, sekolah itu kelak mampu menampung 250 pelajar dan perancangan membabitkan spesifikasi serta reka bentuk bangunan sedang giat dijalankan supaya jumlah dana yang diperlukan untuk pembinaannya dapat dikenal pasti.


“Kita amat berharap melalui sekolah ini nanti, pelajar program Permata mampu dididik berterusan di samping mempunyai sebuah lokasi institusi pendidikan khas untuk mereka belajar.

“Berdasarkan perbincangan, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersetuju menyalurkan dana, namun ia harus menepati keperluan sekolah iaitu membabitkan pembinaan dan keperluan pembelajaran di situ nanti,” katanya yang ditemui di Sekolah Menengah Sains Banting, di sini, semalam.

Rosmah menghadiri program Lawatan Kerja ke Program Kem Permata Insan 2012, ‘Menjana Cendiakawan Islam’ yang turut dihadiri Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Muhamad Muda.


Program Permata Insan adalah program naungan Akademi Permata Insan Usim bagi melahirkan kanak-kanak pintar yang mampu menjadi individu yang bukan hanya lengkap dengan ilmu profesional, tetapi juga ilmu agama.

Sementara itu, Penyelaras Program Permata Insan, Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Usim berkata, pihaknya memerlukan kira-kira setahun untuk merancang akademik di sekolah berkenaan.
Mohd Rushdan berkata, sekolah asrama berkenaan itu akan siap sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang dan tenaga pengajar di situ nanti akan membabitkan pensyarah di universiti berkenaan.


Sumber
Teruskan membaca..

:) Kita perlukan yang positif

 


Kata-kata dan ucapan yang keluar dari mulut 
tanpa kita sedari meresap ke dalam diri.  
Bicara yang lahir dari hati terpancar 
melalui penampilan diri.



Percaya atau tidak,  
apa yang kita ucapkan pada orang lain
tidak mustahil bicara itu akan berpatah balik 
kepada orang yang mengucapkan bicara itu.
 Justeru itu, berhati-hatilah melontarkan kata.
Kata-kata boleh menjerat  dan makan diri. 
  


Tidak dinafikan, 
lumrahnya kita sebenarnya 
memerlukan sesuatu yang positif. 
Baik dari kata-kata 
mahupun dari bahasa badan kita. 
Dari kata-kata dan bahasa badan yang positif, 
ianya akan melahirkan minda yang positif. 
Apabila minda kita positif, 
semua perkara yang sukar kita akan lihat 
dari pelbagai sudut yang positif  dan
dari posisi yang berbeza.


Bagaimana orang yang berjaya?
Jika kita kaji dan buat sedikit analisa 
tentang mereka yang berjaya ini, kita akan 
dapati insan berjaya ini sentiasa mengungkapkan 
dan mempamerkan perkara-perkara yang positif.  
Apa yang menjadi bual bicara mereka berkisar 
tentang kejayaan.  Perkara seumpama inilah 
yang membentuk jiwa orang yang berjaya.
 

Kita perlu buat perubahan pada kata-kata 
dan tingkahlaku kita kerana itulah yang akan 
mengubah minda kita.   Minda itu pula akan 
mengubah kehidupan kita untuk lebih 
maju dan terus maju, InsyaAllah.




p/s :

Berkongsi rasa hati...
Semoga ada manfaatnya buat yang
sudi membaca dan mengambil iktibar.
  





Teruskan membaca..

8 adab menuntut ilmu.


 
 
Di bawah ini ada sedikit nota
 tentang 8 adab dalam menuntut ilmu.
 
 
 Semoga bermanfaat.



1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain niat melainkan hanya kerana Allah SWT.


Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWA ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT,  maka disediakan tempat duduknya daripada neraka."
 [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Berkata Imam Syafie :


"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,
 maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi  daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu"
 [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
 

3.Banyak Sabar


Imam Syafie pernah berkata:


"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan 
bersabar atas kesengsaraan."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari


Kata Abu Hurairah ra:


"Tidak ada seorangpun daripada 
sahabat Rasulullah SAW 
yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr,
 maka sesungguhnya dia telah menulis 
dan aku tidak menulis" 
[HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'


Imam Ahmad bin Hambal berkata:


"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) 
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjauhi dari makan banyak


Ibn Jama'ah berkata:


"Sebesar-besar perkara yang 
menolong seorang penuntut ilmu
 dengan kefahaman dan tidak rasa jemu 
adalah makan sekadarnya
 daripada makan yang halal."
 [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang yang 
bertakwa berada
 di dalam taman-taman (syurga) 
dan mata air, mereka mengambil 
apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka
 sebelum itu (di dunia) adalah
orang-orang yang berbuat baik; 
mereka sedikit sekali tidur di
 waktu malam dan pada akhir malam 
mereka meminta ampun
(kepada Allah SWT)."
 
 [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Sesiapa yang beriman kepada Allah
 dan hari akhirat, maka bercakaplah
 dengan perkataan yang baik ataupun diam."
 
 
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...