Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan
dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap.
Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah
penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.
Kita mestilah mempunyai sikap yang positif
dalam apa juga yang mahu dilakukan,
jika mahukan sesuatu kejayaan.
Samada kita berjaga, hendak melelapkan mata,
bekerja atau apa sahaja yang ingin dilakukan,
kita mestilah tanamkan sikap positif.
Apabila sesuatu perkara tidak menjadi
seperti yang kita sendiri harapkan,
sepatutnya terus bersikap positif.
Jika kita bangun lewat, jangan merasa bosan,
sebaliknya harus berfikiran secara positif
dan berkata kepada diri sendiri
“ ok, hari ini aku terlewat bangun,
sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.
Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif,
dan untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha.
Tampalkan satu nota di atas meja, di dalam kereta,
cermin di bilik air yang tertulis “SIKAP”.
Apabila kita melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir
tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu,
dan jika ada masanya kita merasa tidak berfikiran positif,
fikirkan semula dan teruskan kerja yang sedang di lakukan.
Jika kita bersikap positif,
semua perkara yang kita sedang lakukan
akan menjadi lebih mudah.
Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan,
jangan biarkan sehingga pada saat akhir,
bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan
“aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai
kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”.
Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi,
sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan kita.
Lagi besar matlamat kita, lagi besar rintangan yang kita perlu lalui.
Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari
cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha kita dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang kita temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri kita untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Janji pada diri sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang dihadapi, JANGAN- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekiranya kita terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan kita temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada kita. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.