Dialog Iman
Diri : Waalaikumussalam wbt.
Lama tak nampak awak.
Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan
tak memerlukan kami lagi?
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu?
Pentadbiran diri aku berterabur sekarang
bila jabatan awak takde.
Iman : Takdelah, kami lihat banyak
pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV…
jadi kami rasa terpinggir.
Diri : Entahlah, waktu cuti ni......
saya tak pernah menggaji mereka.
Tapi mereka terlalu rajin buat kerja,
bekerja
tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis…
entah arr.
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan
memencilkan kami. Al-Quran, Zikir, Ma’thurat,
Solat Malam tak boleh bekerja
dengan mereka..
kami memang tak boleh bercampur dengan mereka
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti.
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja
sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’?
Saya lihat mereka buat tuan
gembira.
Diri : Argh, gembira apanya..
Berterabur
kerja kat pejabat tu!!
Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat
dengan tuan dari tuan
di dalam rahim ibu tuan lagi.
Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami.
Tuan
sediakan makanan untuk bos pekerja
tambahan, En. Dosa, tapi kami, tuan
tak
sediakan makanan.
Kebajikan kami tak terjaga..
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya.
Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, En. Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita
akan memantau tuan, Dialah ALLAH.
Tuan takkan tak taktakut menabur janji
tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya
bekerja di dalam syarikat yang bersih,
dan amanah..Bukanlah saya nak
memandang
rendah pada jabatan baru En. Dosa,
tapi kami tidak suka cara mereka bekerja.
Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang?
Kami terlalu lemah, sedikit pula tu,
kebajikan kami langsung tuan tak
jaga..
Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.
Cuma kami minta
disediakan ruang yang bersih
dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami
meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih
menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami.
Tak
dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.
Tuan perlu memberi kebajikan kepada
mereka.
Siapalah kami.
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku. Memang kamu percuma, tapi kamu
kadang-kadang bising, ini
tak boleh, itu tak boleh…
Aku rimas.
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..
kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat
dengan tuan kalau
begitu..Kalau tuan perlukan kami,
kami sentiasa di sisi..
Tuan jangan risau,
kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..aku sanggup pecat En. Dosa..
dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang
melalaikan, dan
sebagainya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, aku kelam kabut sekarang..
Tak
tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..
Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.
.Silap hari bulan,
CEO, ALLAH kita akan naikkan
tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih..=)
Panggillah ajk kamu bekerja semula.
En. Iman, saya akan jaga kebajikan kamu,
panggillah En. Ma’thurat, En. Zikir, En. Solat,
dan semua ahli jabatan kamu ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan berganda-ganda tahun ini dan seterusnya.
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku …
Sekadar analogi mudah..
Begitulah diri kita..
Kitalah bos dalam syarikat kita.
Jabatan dalam diri kita hanya ada dua.
Jabatan Iman dan Jabatan Dosa.
Kitalah
yang perlu mengurus sebaik
mungkin pekerja-pekerja kita.
Memang susah untuk
kita memenuhi
setiap kehendak pekerja kita,
memang susah untuk memastikan
pekerja kita berbaik..
Kerana antara iman dan yang dosa
tidak mungkin bercampur.
Bagai air sungai yang jernih,
dimasukkan ke dalam gelas,
segar dan nyaman air
itu..
Namun, apabila bercampur dengan lumut,
selut dan kekotoran lain, maka
begitu sukarlah
untuk membersihkannya.
Begitu juga dengan pekerja kita,
andai terlalu ‘diternak’ satu jabatan,
maka jabatan lain akan
terpinggir.
…Wallahu’alam….