Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, February 7, 2013

Kenapa cikgu senyum.......?????


"SENYUM" ringan tak bersuara tapi........
  penuh makna.
 

"SENYUM" murah tapi..........
  tak ternilai dengan ringgit.
 

"SENYUM" tak perlu tenaga tapi.........
  besar motivasinya.
 

"SENYUM" hal yang mudah tapi........
 selalu nampak indah.
 

"SENYUM"  satu  perkara yang biasa tapi.......
 boleh menjadi istimewa.
 

"SENYUM" ibadah yang paling mudah
 tetapi..........
 berpahala setara dengan sedekah.:)

 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxtH2k548uyT-lJ8TGiSI-AtWcddB32gQxb_oH79JWR3P9BEMZ-q78nJwM2-_2gIG5DPuiRi4ekRYOUNgKj1it3loYAgvNe1YByOq4wSuT_9mWCtly43XVP8s8DJylk32N1dZeXOMqP1M/s1600/538982_10152012614690591_308653866_n.jpg


KALAU KITA

SENYUM.......... 

SEMUA ORANG 

BERJANGKIT. 

BILA KITA SEMUA 

SENYUm............                         
  DUNIA       TIADA PENYAKIT ,,,,,,,,,,.
 
[laughing-babies-pictures11.jpg] 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu5nau_8dn7TjexLmh2fhRzqr0v2ZofgwVh5kjkjp7HLA0AROQbSnvNB4HZzim_xT5RURNxx_ZwFp2fH3Es23DFEXECvhXq6IU3G_nraSbBLbR_u0tv5Ih5TzTBT0Sng_0utBU1favQJeZ/s1600/tumblr_lwnr6oxuAd1qc2an6o1_500.jpg 


p/s :

Kenapa mata hitam kat dalam mata cikgu warna coklat?
Kenapa mata hitam saya warna hitam?
Nak jawab atau senyum aje? :).................
Nasib baik takku jawab ...oh biru mata hitamku la la la la la la la..

 


Teruskan membaca..

1.3 juta kenderaan dijangka tinggalkan ibu kota sempena Tahun Baru Cina


1.3 juta 

kenderaan dijangka 

tinggalkan ibu kota sempena

 Tahun Baru Cina

 

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.3 juta kenderaan dijangka bergerak meninggalkan ibu kota bermula esok, sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup berkata, pihaknya menjangkakan berlaku kesesakan terutama esok, di pinggir ibu kota menghala pintu keluar ke utara, selatan dan pantai timur. 



"Sehubungan itu, warga kota harus merancang perjalanan serta mengamalkan pemanduan berhemah," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.


Sementara itu, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Nadzri Osman berkata, pihaknya meletakkan anggota secara statik di empat lokasi panas kemalangan di Kuala Lumpur iaitu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (di hadapan Zoo Negara), Batu 4 1/2 Jalan Ipoh serta di kilometer 25 Lebuhraya Karak di kedua-dua hala.

"Seramai 88 anggota JPJ akan bertugas di kawasan-kawasan 'hot spot' tersebut secara bergilir-gilir selama dua minggu sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini," katanya. 

 



Terdahulu, Salleh menyerahkan cenderahati berupa alatan membaiki kenderaan kepada 18 penunggang motosikal dan 10 pemandu kenderaan. 


- BERNAMA 



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...