Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, May 27, 2013

Doa Bulan Rejab



Teruskan membaca..

Kad Pengenalan Haiwan Kesayangan



Kad Pengenalan Haiwan Kesayangan 



1.0. Latar belakang


Kad pengenalan haiwan (pet passport) merupakan satu medium maklumat penting mengenai haiwan kesayangan anda dalam bentuk dokumen yang mengandungi pengesahan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan.
Kad pengenalan haiwan atau pet passport merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia di bawaj Projek Malaysia Animal Traceability Systems (MATs). Kad pengenalan ini hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan erkhidmatan Veterinar atau Veterinan Bertauliah (VB) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953.


1.0. Sejarah


Projek perintis telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2010 di Hospital Veterinar Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 42 orang pelanggan telah mendaftarkan 63 ekor haiwan bagi mendapatkan kad pengenalan terbabit. Haiwan kesayangan yang telah didaftarkan ketika itu adalah sebanyak 47 ekor kucing dan 16 ekor anjing.


2.0. Tujuan dan Faedah


Projek ini bertujuan menyediakan sistem tanda pengenalan haiwan secara rasmi di samping meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menjamin kebajikan binatang peliharaan. Bagi individu yang memelihara anjing dilarang, JPV tidak mengambil haiwan mereka, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada pemiliknya bagi mengelak ia membawa masalah. Pemilik anjing baka terlarang dan terkawal juga disaran mengembirikan haiwan mereka bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat.


Proses pendaftaran haiwan kesayangan turut dikembangkan di klinik-klinik veterinar swasta yang telah bermula di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, proses membuat kad pengenalan ini hanya mengambil masa pendek dengan bayaran berpatutan. Ini kerana maklumat penting kesihatan haiwan itu dicatatkan dalam satu buku saja yang secara langsung menjamin kebajikan dan kesejahteraan haiwan berkenaan.


Selain itu, dengan adanya ‘pet passport’ ini mempercepatkan proses pemeriksaan pihak berkuasa di setiap pintu masuk negara





Tujuan kad Pengenalan haiwan :


  • Memberi tanda pengenalan haiwan kesayangan
  • Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan
  • Memperbaiki kecekapan menjejak haiwan kesayangan
Menjamin kebajikan serta kesejahteraan haiwan terpelihara
 
 
 
 
Faedah mendaftarkan haiwan kesayangan anda :
 
  • Memudahkan proses mengesan haiwan kesayangan yang hilang
  • Pengesahan pemilikan haiwan kesayangan melalui mikrocip yang ditanam di bawah kulit haiwan.
  • Maklumat penting kesihatan haiwan kesayanagn berada di dalam satu buku sahaja. 
(Pet Passport )



Memudahkan kawalan penyakit di kalangan haiwan peliharaan




4.0.  Bayaran



Harga untuk pendaftaran Pet Passport :-
  • Kucing, Anjing dan Arnab : RM 15
  • Kuda                                     : RM > 15

Harga termasuk pemasangan mikrocip, pemeriksaan fizikal, gambar dan lain-lain perkhidmatan.





5.0. Kempen





Kepada yang berminat untuk mendaftarkan haiwan kesayangan mereka
bolehlah berkunjung ke:


  1. Pejabat Perkhidmatan Veterinar di seluruh Malaysia
  2. Klinik Veterinar yang telah dilantik sebagai pendaftar Haiwan Kesayangan
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...