Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Sunday, October 14, 2012
Good Idea
Kek ngeri
SANGGUP MAKAN...idea di sebalik rekaan Gillian
ialah untuk membangkit kesedaran mengenai penyakit.
TIDAK semua orang akan tertarik untuk memakan kek cawan yang dihasilkan Gillian Bell.
Keknya menggambarkan gaya filem seram anggota tubuh yang dikelar, kecederaan dan penyakit kulit.
Gillian, 34, tidak mahu terikat dengan cara biasa membuat kek yang membabitkan warna ceria dan corak menawan. Dia sebaliknya memilih kek yang kelihatan menyeramkan, untuk peminat yang menggemari makanan manis dan dapat menahan bau, rasa atau melihat sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa perasaan takut atau meloyakan.
Kini, dia tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pameran di London untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai jenis penyakit.
“Agak membosankan untuk membuat kek biasa seperti dilakukan kebanyakan orang. Lebih menyeronokkan untuk menghasilkan sesuatu yang menyeramkan.
“Saya suka melihat reaksi orang ramai. Kek saya sebenarnya enak kerana ia seperti kek biasa. Ada pelanggan yang terus memakannya dan yang lain tak sanggup. Mereka mungkin terpedaya dengan pandangan mata, seolah-olah mereka akan menggigit ketuat,” katanya.
Gillan yang berasal dari Kirkcaldy, Scotland, pernah membuka kedai
kek di Edinburgh. Di situ, dia sering mendapat pesanan untuk membuat kek
luar biasa.
Dia menutup kedai itu untuk kembali mengajar. Tetapi pada masa sama, masih membuat kek pada masa kelapangan.
Pameran ‘Eat Your Heart Out’ di Muzium Patologi St Bart berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.
“Tujuan pameran di London itu ialah untuk memberi peluang peserta membuat kek yang dapat membawa kesedaran terhadap wabak dan penyakit. Kerana itu, akan ada kek yang kelihatan seperti jantung berpenyakit dan juga penyakit berpunca daripada seks bebas.
“Rekaan saya pula akan bertemakan penyakit kulit. Saya akan membuat kek yang kelihatan seperti ketuat dan kudis.
“Saya teruja kerana dapat mengambil bahagian. Ia peluang terbaik untuk saya menunjukkan rekaan saya kepada orang ramai,” kata Gillian.
TIDAK semua orang akan tertarik untuk memakan kek cawan yang dihasilkan Gillian Bell.
Keknya menggambarkan gaya filem seram anggota tubuh yang dikelar, kecederaan dan penyakit kulit.
Gillian, 34, tidak mahu terikat dengan cara biasa membuat kek yang membabitkan warna ceria dan corak menawan. Dia sebaliknya memilih kek yang kelihatan menyeramkan, untuk peminat yang menggemari makanan manis dan dapat menahan bau, rasa atau melihat sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa perasaan takut atau meloyakan.
Kini, dia tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pameran di London untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai jenis penyakit.
“Agak membosankan untuk membuat kek biasa seperti dilakukan kebanyakan orang. Lebih menyeronokkan untuk menghasilkan sesuatu yang menyeramkan.
“Saya suka melihat reaksi orang ramai. Kek saya sebenarnya enak kerana ia seperti kek biasa. Ada pelanggan yang terus memakannya dan yang lain tak sanggup. Mereka mungkin terpedaya dengan pandangan mata, seolah-olah mereka akan menggigit ketuat,” katanya.
Dia menutup kedai itu untuk kembali mengajar. Tetapi pada masa sama, masih membuat kek pada masa kelapangan.
“Tujuan pameran di London itu ialah untuk memberi peluang peserta membuat kek yang dapat membawa kesedaran terhadap wabak dan penyakit. Kerana itu, akan ada kek yang kelihatan seperti jantung berpenyakit dan juga penyakit berpunca daripada seks bebas.
“Rekaan saya pula akan bertemakan penyakit kulit. Saya akan membuat kek yang kelihatan seperti ketuat dan kudis.
“Saya teruja kerana dapat mengambil bahagian. Ia peluang terbaik untuk saya menunjukkan rekaan saya kepada orang ramai,” kata Gillian.
30 peratus lepasan SPM cemerlang diserap sebagai guru pelatih
30 peratus lepasan SPM cemerlang
diserap sebagai guru pelatih
JOHOR BAHRU 13 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 30 peratus
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan
cemerlang dan berminat dengan bidang perguruan akan diserapkan sebagai
guru pelatih mulai tahun depan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebelum ini, mereka yang dipilih
adalah dalam kalangan mereka dengan keputusan 6A atau 7A, namun
kelayakan itu akan dinaikkan kepada 9A.
"Hampir 400,000 menduduki SPM dan kita ambil yang terbaik sekiranya
mereka berminat. Hanya 30 peratus yang cemerlang akan dipilih dengan
syarat lebih ketat.
"Ini sasaran baru supaya guru-guru yang terlatih adalah yang terbaik,
kita akan mulakan kriteria ini tahun depan," katanya ketika berucap
pada majlis perasmian Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat
Zon Selatan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua
Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Timbalan Pengarah
Pelajaran negeri, Md. Hasidin Zaini.
Muhyiddin turut merasmikan laman Facebook GM1M sebagai medium untuk
semua guru muda di negara ini berhubung selain berkongsi pendapat
mengenai perkara-perkara berkaitan.
Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, beliau
yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya sudah memperoleh data
daripada pembentangan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang akan digunakan sebagai asas peningkatan kualiti tenaga
pendidik.
"Satu perkara yang kita akan tumpukan adalah meningkatkan kualiti
pengajaran guru bahasa Inggeris yang kini berjumlah hampir 70,000 orang.
Latihan-latihan tertentu telah dibuat dan kita ada piawaian yang akan
kita gunakan berdasarkan Cambridge Placement Test sebagai ukuran," katanya.
Muhyiddin turut mengumumkan penambahan 25 pembantu guru bahasa
Inggeris dari Amerika Syarikat tahun hadapan sebagai tambahan kepada 50
sukarelawan sedia ada di sekolah-sekolah terpilih.
65 kakitangan PPD Johor Bahru ke Korea Selatan 26 Okt
Kebudayaan:
65 kakitangan PPD Johor Bahru
ke Korea Selatan 26 Okt
JOHOR BAHRU 10 Okt. - Seramai 65 orang warga Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) Johor Bahru akan menganjurkan Program Pengantarabangsaan
Kebudayaan dan Kesenian ke Korea Selatan selama lapan hari mulai 26
Oktober ini.
Penolong PPD Johor Bahru (Pembangunan Kemanusiaan), Ahmad Taufik
Hamzah berkata, pada program itu seramai 26 murid tahun dua hingga lima
dari Sekolah Kebangsaan (SK) Infant Jesus Convent, SK Perempuan Sultan
Ibrahim dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 2 serta SK
Gelang Patah akan menyertai delegasi tersebut.
Katanya, yang turut serta ialah Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru,
Bahrom Ali dan beberapa pegawai PPD Johor Bahru dan Jabatan Pelajaran
Johor, guru besar dan pengetua serta guru terpilih.
"Tujuan program ini untuk memperkasakan kecemerlangan murid dalam
bidang kebudayaan dan kesenian khasnya tarian. Secara tidak langsung
program ini memberi peluang kepada keempat-empat sekolah tersebut untuk
menyahut seruan Kementerian Pelajaran dalam mewujudkan kebitaraan
sekolah menerusi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
"Program ini juga merupakan salah satu daripada lapan elemen yang
membentuk SBT. Program pengantarabangsaan sistematik dan terancang dapat
memastikan aktiviti bersama institusi pendidikan di Korea Selatan
sempurna dan bermanfaat melalui 'Program Pertukaran Sekolah' antara
kedua-dua negara," katanya di sini baru-baru ini.
Menurut Ahmad Taufik, di samping memperkasakan kebudayaan dan
kesenian Johor dalam kalangan murid-murid untuk bersaing di peringkat
antarabangsa, ia juga dapat mempromosikan negeri ini melalui aktiviti
kesenian selain mampu meningkatkan kecemerlangan kepimpinan di kalangan
pegawai, pengetua, guru besar di daerah ini.
"Di Korea Selatan kelak, delegasi akan dibawa ke Korea National University of Arts dan ke sekolah kluster, Kyung Hee Elementary.
"Selain itu, kami juga akan menyaksikan sendiri cara-cara menyediakan
makanan tradisional kimchi, mencuba pakaian tradisonal hanbook, melawat
Korean Folk Village, Everland Theme Park, Ginseng and Ameythest Center
dan singgah di Masjid Besar Itaewon," katanya lagi.
Aksi lincah Zul Husni
Aksi lincah Zul Husni curi tumpuan ramai
SHAH ALAM - Melihatkan tubuhnya yang kecil, pasti ramai tidak menduga adik Muhammad Zul Husni Basri yang hanya memiliki ketinggian 119 sentimeter merupakan pemain sepak takraw yang mewakili pasukan sekolah dan juga negeri.
Aksi lincah Zul Husni, 11, yang merupakan pemain apit kiri dapat disaksikan pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan antara zon bawah 12 tahun yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic di sini, semalam.
Sekalipun pasukannya, Sekolah Kebangsan (SK)
Kampung To' Bedor B terkandas ketika saingan kumpulan, kelibat Zul Husni berjaya mencuri tumpuan orang ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut.
SK Kampung To' Bedor tunduk kepada wakil Johor, Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil dalam pertarungan sengit tiga set 12-15, 15-12, 11-15.
Zul Husni ketika ditemui berkata, walaupun memiliki tubuh yang kecil, dia tidak pernah berasa rendah diri dan menganggap sebagai satu kelebihan untuknya bergerak lincah.
"Saya tak pernah berasa tubuh yang kecil merupakan satu kekurangan pada diri saya. Malah, saya telah membuktikan kemampuan diri apabila dapat mewakili pasukan sekolah dan juga negeri Pulau Pinang, saya bangga," katanya.
Menurutnya, selepas Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan, dia bersama rakan sepasukan, Hafiz Aiman Fazli, 11, akan mewakili Pulau Pinang pada Grand Prix Sepak Takraw Kementerian Pelajaran Malaysia di Perak.
Zul Husni memberitahu, minatnya mula timbul untuk menceburi sukan sepak takraw setelah menyaksikan abangnya, Zulfadli Adi, 14, aktif bermain sukan tersebut sehingga berjaya mewakili sekolah.
Sementara itu, rakan Zul Husni, Hafiz Aiman pula berkata, teman baiknya itu memang selalu menjadi tumpuan ramai kerana saiz tubuhnya yang kecil dan comel.
"Husni seorang pemain yang lincah, badan dia ringan. Kalau main kat mana-mana kejohanan dia memang selalu jadi tumpuan sebab dia comel," katanya jujur memuji sahabat baiknya itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)