Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, September 9, 2012

Strategi Lulus Dengan Cemerlang




MENGHADAPI PEPERIKSAAN


DENGAN PENUH KEYAKINAN




1. PELAJAR PERLU ADA...


1.1 Persediaan Fizikal


- Pen, pensel, buku-buku nota, buku teks, wang ringit.


1.2 Persediaan Psikologi


1.2.1 Dari segi mental


1.2.2 Dari segi emosi


1.2.3 Dari segi fizikal


1.2.4 Dari segi sosial


1.2.5 Dari segi rohani


Kelima-lima aspek ini perlulah seimbang dan harmoni.





2. Persediaan Mental


2.1 Membetulkan pemikiran (Mind Setting)- Lihat aspek positif peperiksaan


2.2 Pemikiran yang betul mengenai diri sendiri


2.3 Pemikiran yang betul mengenai matapelajaran


2.4 Pemikiran yang betul mengenai diri guru





3. Persediaan Emosi


3.1 Anda ceria kerana emosI, dan muram kerana emosi.


3.2 Ketegangan emosi akan melemahkan tumpuan, menjadi lupa,

dan melemahkan daya ingatan.


3.3 Untuk meredakan ketegangan emosi anda perlu,


3.3.1 Berbincang dengan kaunselor/guru


3.3.2 Berbincang dengan rakan yang boleh membantu


3.3.3 Bebincang dengan keluarga


Anda perlu pastikan mereka ini sanggup mendengar.






4. Persediaan Fizikal


4.1 Perlu menjaga kesihatan dan elak ''penyakit demam peperiksaan'' seperti pening kepala, muntah, sakit perut, kebas-kebas, sakit pinggang dan leher.


4.2 Pastikan anda tidur dan rehat secukupnya.


4.3 Anda juga masih perlu bermain dan menonton televisyen atau mendengar radio, tetapi masa bermain perlu dikurangkan.


4.4 Jaga pemakanan. Makan makanan berkhasiat.


Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya



"Makanlah dari makanan yang baik


yang telah Kami berikan"


(Al-Baqarah : 57).


Yang dimaksudkan sebagai yang baik di sini ialah baik dari segi sumbernya (halal),kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.


4.4.1 Kismis, tempe atau sebarang makanan dari kacang soya.


4.4.2 Makan buah-buahan.


4.4.3 Makan sayur-sayuran.


4.4.4 Makan makanan yang segar, bersih lagi suci.


ELAKKAN MAKAN...


4.5.1 Kepala ikan.


4.5.2 Makanan dicemari semut.


4.5.3 Lebihan makanan.


4.5.4 Makanan dari anggota dalam haiwan seperti perut, limpa dan sebagainya.





5. Persediaan Sosial


5.1 Elak manusia toksik(berperangai jahat).


5.2 Berkawanlah dengan sumber motivasi.


5.3 Sumber motivasi adalah mereka yang memiliki perkara-perkara berikut:


5.3.1 M = Matlamat


- Hala tuju ke arah destinasi yang diingini

- Hasil yang diingini


5.3.2 O = Optimis


- Sentiasa melihat yang positif.


- Menimbulkan keyakinan diri.


5.3.3 T = Tabah


- Percaya setiap tindakan akan memberi kesan kepada dirinya.


- Tidak mudah putus asa.


-Anggap kegagalan adalah satu langkah ke arah kejayaan.


5.3.4 I = Ilmu


- Ilmu menjadi penyuluh.


- Ilmu memudahkan kerja.


- Menuntut ilmu itu wajib.


5.3.5 V = Visi


- Prinsip atau pegangan hidup yang menentukan masa depan seseorang.


5.3.6 A = Amalan


- Ilmu yang diketahui perlu diamalkan.


- Amalan akan memperkayakan lagi ilmu dan pengalaman.


- Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah( Imam al-Ghazali).


5.3.7 S = Semangat


- Menggalakkan terus bekerja.


- Menjadi pendorong dalaman.


- ''Bateri'' bagi manusia.


5.3.8 I = Ikram


- Perlu ada kasih sayang.






6. Persediaan Rohani



6.1 Sembahyang


6.2 Berdoa


6.3 Baca al-Quran


6.4 Minta ampun banyak-banyak kepada Allah.


6.5 Berusaha dan bertawakal.






7. Strategi Lulus Dengan Cemerlang


7.1 Pasang niat setiap hari.


7.2 Beri saranan positif kepada diri sendiri.


7.3 Berdoalah kepada Allah.


7.4 Sediakan diri dari segi keyakinan.


7.5 Lakukan ulang kaji.


- baca soalan-soalan lepas.


- menjawab soalan-soalan lepas.


- membaca semula nota/buku jika lupa.


7.6 Makan makanan berkhasiat dan seimbang.


7.7 Bayangkan yang positif semasa hendak tidur.






8. Konklusi


Untuk berjaya anda perlu:


-Menetapkan matlamat yang jelas.


- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut.


- Berfikiran Positif. Bagi mengatasi segala tekanan mental

anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda

kepada apa yang perlu anda lakukan dan

apa pula hasil yang anda harapkan.

Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal

diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau

anda tidak menggunakan sisa-sisa masa

yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.


- Berdoa dan bertawakal kepada Allah swt.










p/s :


KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN

BERGANTUNG KEPADA RAJIN DAN CARA BELAJAR.

DISIPLIN DIRI ANDA DAN LAWAN

KEHENDAK YANG NEGATIF.

PELAJAR YANG BERJAYA AKAN MEMPUNYAI

MASA HADAPAN DAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK .

Selalu ingat kata bestari ini.....

MINDA KITA ADALAH SEPERTI PAYUNG TERJUN.

IA HANYA BERFUNGSI SEKIRANYA IA TERBUKA.


.









Become positive and more positive .

Try and try with hard work because ,

a person who try will never fail .










Teruskan membaca..

Ustazah terkejut al-Quran dibakar




Ustazah terkejut al-Quran dibakar


http://yulianurz.files.wordpress.com/2012/01/al-quran2.jpg


Balik Pulau: Seorang ustazah terkejut apabila menemui sebahagian daripada naskhah al-Quran dibakar di atas lantai dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, semalam.



Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, wanita terbabit memasuki kelas pelajar Tingkatan Lima untuk memulakan sesi pengajaran sebelum ternampak satu naskhah kitab suci terbuka di atas lantai.



Dia kemudian mengambil naskhah berkenaan untuk disimpan di tempat sesuai, tetapi terkejut melihat tiga helaian dalam al-Quran itu terbakar selain turut menemui tiga batang mancis tidak jauh dari situ. Kejadian kemudian dilaporkan kepada polis.





Kes disiasat mengikut Seksyen 298A






Jurucakap polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang serta sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni dengan siasatan awal mendapati kali terakhir kelas itu digunakan ialah 3 September lalu untuk ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).





Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zain, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit, namun enggan mengulas lanjut.







Teruskan membaca..

Hormati bendera bukti kesetiaan



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjS0PIP5PlzfoaXYtBcWOVaO-GJTNXPmmQOrD1oj4wI0-s2-h7yeuY5gPU-LHERwZ_F8UnfnLtAvtzJOBrgzeZeIKaLj1LtK73l2L-k7MMJrwhEB7w09GyDb2Hs4jAJlw7kG4I92hP3L6xu/s1600/tugunegara.jpg


Patriotisme penting

demi kekalkan kedaulatan negara







Hormati bendera bukti kesetiaan





Sempena hari kemerdekaan yang ke-55 kita banyak mendengar dan meluahkan hal-hal berkaitan sejarah dan kenegaraan. Antara perkara yang tidak pernah lupa disebut ialah 'patriotisme' dan kita tidak mengambil mudah mengenainya, terutama dalam semangat menyambut kemerdekaan.



Perkataan patriotisme yang disandarkan kepada perkataan dasar ‘patriot’ biasanya dimaksudkan sebagai ‘perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.’ Maksud ini didapati dalam Kamus Dewan. Perkataan ‘patriot’ pula merujuk kepada ‘orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara.’ Patriotik, satu lagi perkataan yang berkaitan, merujuk kepada sifat patriot.




Patriotisme adalah nilai universal menuntut perasaan cinta dan rela mati demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negaranya”



Justeru, secara literal apa yang dapat difahami ialah patriotisme adalah perasaan cinta kepada tanah air yang didiami dan didirikan. Perasaan ‘cinta’ kepada ibu pertiwi, tanah tumpah darah itu bukanlah cinta yang biasa-biasa saja. Ia adalah cinta yang disertai dengan kesediaan untuk mempertahan dan menjadi pembela. Dalam erti kata lain, seseorang yang mempunyai semangat patriotik rela mati demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.




Dalam arus sejarah, kita lihat ramai mahu dilihat sebagai seorang patriot. Oleh itu istilah pariotisme yang diuar-uarkan di Barat sudah diberikan pengertian berbeza berdasarkan masa dan keadaan berbeza. Agak menarik dalam era Revolusi Perancis, revolutioner atau penyokong revolusi digelar patriot.




Walau kepada siapa gelaran patriot diberikan, sifat dan sikap patriotik ini sangat penting. Kita dapati patriotisme adalah nilai universal yang menuntut perasaan cinta dan rela mati demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negaranya. Walaupun begitu, tidak semua cara menampilkan patriotisme itu universal. Seperti juga dalam sejarah Eropah itu sendiri. Hatta, secara akademik, masih ada mereka yang mempersoalkan kedudukan dan kepentingan nilai patriotisme.




Bendera lambang kedaulatan




Walaupun begitu, apa yang pasti, sifat dan sikap patriotisme begitu penting dalam mengekalkan kedaulatan negara. Patriotisme juga perlu dipupuk. Antara cara menampilkan cinta terhadap negara ialah dengan menghormati bendera negara. Bendera adalah lambang kedaulatan negara. Kita mempunyai protokol tertentu berkaitan bendera.



Bendera digunakan dalam keadaan negara berkabung. Bendera menjadi tanda menghormati perajurit yang terkorban demi negaranya. Ini adalah kefahaman dan budaya kita.




Walaupun mahkamah di Amerika pernah membuat keputusan bahawa perbuatan membakar bendera adalah sebahagian daripada hak kebebasan, kebebasan sebegitu tidak perlu dan tidak boleh diteladani. Kebebasan sebegini bukan penyelesai, bahkan ia mungkin menjadi pencetus kepada masalah.




Secara umum, sejarah memperlihatkan kepentingan bendera dalam peperangan, sama ada bagi orang Islam atau penganut agama lain. Ada yang menceritakan bahawa sejarah dinasti China mengumpamakan bendera itu seperti rajanya dan sesiapa yang menyentuhnya dianggap sebagai menyentuh rajanya sendiri. Begitu sekali kepentingan bendera untuk sesebuah kerajaan.





Tak boleh bercanggah ajaran Islam





Berbalik kepada patriotisme, Jean-Jacques Rousseau, dalam tulisannya yang terkenal, Social Contract, memberi perhatian mendalam kepada semangat patriotisme. Kita mengambil perhatian bahawa idea Rousseau ini berkaitan juga dengan revolusi di Perancis itu. Antara lain, Rousseau menyatakan peranan sistem pendidikan, sambutan umum, permainan kanak-kanak dan civil religion (beliau tidak merujuk kepada agama sebenar) dalam pemupukan semangat patriotisme.




Walaupun begitu pandangan Rousseau, Islam tidak menegah umatnya mempunyai semangat patriotisme. Islam menggariskan panduan khusus dalam hal ini. Umpamanya, patriotisme tidak boleh bercanggah dengan ajaran dan perintah agama Islam.




Disebabkan penampilan semangat patriotisme bergantung kepada individu negara, pastinya cara memupuk semangat patriotisme berbeza mengikut tempat dan keadaan. Walaupun begitu sistem pendidikan yang efektif sudah pasti menjadi mekanisme terpenting. Ramai yang mencadangkan pemahaman sejarah negara boleh mencetus patriotisme.




Perasaan dan semangat patriotisme mendambakan kesedaran warga negara secara peribadi, perasaan sukarela, sentimen dan emosi yang tersendiri. Warga negara perlu menyentuh hatinya sendiri untuk berasa cinta dan rela berkorban untuk negara.





Penulis ialah

Pensyarah Undang-undang,

Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,

UIAM



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZTDADD9Cyb_7jlPh8rvlwkiusI0T_7Zx7hI6IUqHkxRXk0NPXOiu9oxNlnoi88ixeLsOhi-kK3ofO1uTQnNvMbPvLlYSm0zMdTAq2Q63u2_JrhDS5TXfrzpcLnR_EnL4ThNbQZ07wMuaO/s1600/platun5.jpg






Pencipta bendera malaysia











Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...