TIPS MENASIHATI ANAK AGAR TIDAK DEGIL
Maklumat ini diperolehi daripada facebook hasil perkongsian rakan-rakan. Elok jika kita boleh membaca dan amalkannya.Yang baik kita ambil..yang tidak baik kita sisihkan.
1. Semasa anak atau isteri/suami kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya contohnya tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, dan banyak bersabar dan bla..bla...bla..bla..bla.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda .
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah.
"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?"
Jawab bapa Imam Abu Hanifah:
"Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi.
Begitulah secara logiknya,
acuan yang bulat mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat.
Begitu juga dengan anak dan isteri/suami kita.
Mereka adalah cermin kepada
diri kita sendiri.