Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, May 31, 2013

Kata-Kata Hikmah Prof Dr. Muhaya


KATA-KATA HIKMAH PROF DR MUHAYA




  • Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama orang yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yang kita cari. Bila Allah saja yang kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Untuk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauhnya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.
  • Orang yang hebat akan membuatkan orang lain merasa hebat.. tetapi orang yang kecil akan suka mengecil-ngecilkan orang lain... orang yang suka membuka keaiban orang lain, suka mencari kesalahan orang lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri...
  • 3 kategori manusia : 1. Solih, 2. Tholih, 3. Ghafil ialah orang yang bertuhankan nafsu dan buta mata hati dan tidak nampak kebenaran. Jom audit diri kita yang mana dan cari ilmu dan buat perubahan pada diri sendiri. Ubah sikap dan tabiat. Lihat amalan semalam dan niat ubah jika tidak menjadi orang yang solih yang bertaubat kerana kurang beribadah bukan hanya kerana berdosa seperti taubat orang tolih. Jauhkan diri dari menjadi orang ghafil. Jika solat tidak cukup jom cukupkan dan fahami makna bacaan dalam solat dan amalkan di luar solat. Kaum wanita mulalah menutup aurat jaga solat dan jaga pergaulan. Jadi isteri yang baik dan didik anak anak dengan ilmu Islam. Jangan menyesal di kemudian hari dan di kubur nanti
  • Bukan apa yang berlaku penting tetapi respon kita terhadap apa yang berlaku yang menentukan kehidupan. Dunia dalaman menentukna dunia luaran. Semoga kita melihat diri dan sibuk memperbetulkan diri hingga tidak nampak keaiban orang lain.
  • Tukar cara kita melihat sesuatu perkara yang kita lihat akan berubah. Guna kaca mata keimanan dan melihat segala sesuatu dengan mata hati dan sebarkan kasih sayang dan sayangi semua orang dan doakan orang yang berdosa di beri hidayah dan di ampunkan dosa mereka dan minta jauh dari kita melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Jom audit.
  • Orang yang menyebarkan fitnah kejahatan terhadap orang beriman, Allah menyiksa mereka di dunia lagi- Habib Ali- - Sama audit segala sangkaan buruk kita pada orang lain berdasarkan berita yang belum pasti. Jom lihat diri henti lihat orang. Jangan buat perkara yang kita tidak mahu orang buat pada kita dan anak cucu keturunan kita. Setiap kejahatan dan sangkaan buruk akan menjadi racun hidup kita dan keturunan kita. Jom doakan orang yang berbuat jahat di beri hidayah dan diberi keampunan oleh Allah. Sebar kasih sayang bukan kebencian.
  • Orang minda kecil masalah Jadi besar, orang minda besar masalah Jadi kecil. Orang bermasalah banyak masalah. Jom audit dan hentikan berkongsi masalah dgn orang luar. Fokus tenaga melihat diri mencari ilmu beri Kasih sayang, sangka baik, pemurah, niat beri manfaat dan lihat betapa Indah hidup ini bila Kacamata kehidupan kita berubah melihat keindahan dalam semua suasana dan semua orang.
  • Orang yang bijak tidak akan terkesan dengan apa dia lihat dan dengar yang negatif dan hati yang bersih hanya akan menyerap kebaikan. Kita yang tentukan apa yang masuk dalam jiwa kita. Tidak bererti jika ada kemalangan di jalan raya kita tidak akan gunakan jalan raya untuk ke destinasi penting. Jom gunakan media mencari ilmu dan hentikan alasan untuk tidak mendengar ilmu. Orang berminda kecil mencari alasan dan jadi penghalang, orang berminda besar menjadi solusi dan mencari jalan.
  • Lihat apa kita suka baca di facebook, Itu gambaran dunia dalaman kita samaada syurga atau neraka. Kita hanya dapat syurga di luar jika ada syurga di dalam jiwa.
  • Berbagai video and multimedia disebarkan untuk mempengaruhi orang ramai. Ingat lah video kita sendiri Akan dimainkan ketika sakaratul maut dan di Padang masyar nanti. Jom ingat mati, alam kubor, Padang masyar, buku timbangan , titian Sirat yang Akan kita semua PASTI lalui. Jaga diri masing masing. Jaga Akidah, Ibadah , dan akhlak setiap Saat. Di Padang mahsyar tidak Ada lagi video palsu Atau benar, semua adalah benar. Jom refleksi diri dan audit diri. Takut lah hanya pada Allah dan cari keamanan di dunia dan akhirat. Sesiapa méngejar syurga di akhirat PASTI mendapat syurga di dunia tapi sesiapa mengejar syurga di dunia mungkin hilang syurga di akhirat. Wallauallam
  • Kita ada pilihanraya setiap hari... iman ke nafsu.. dosa ke pahala.. syurga ke neraka... taat ke maksiat.. Allah redha ke Allah murka..
  • 3 langkah untuk mendapat hidayah : 1. Ibadah dan berbuat kebaikan. 2. Berkawan dgn orang baik, 3. Berdoa Allah beri hidayah.
Teruskan membaca..

Semoga Bermanfaat :)

Teruskan membaca..

Thursday, May 30, 2013

Ilusi Gerak Mata



Teruskan membaca..

Bahasa Melayu alat penyatuan nasional



Bahasa Melayu

 alat penyatuan nasional




Masalah timbul apabila kaum Cina enggan beri kerjasama



Bahasa adalah entiti yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia boleh digunakan untuk mengungkapkan budaya dan menjadi alat untuk membentuk semangat kebangsaan. 



Ia juga adalah sumber penyatuan nasional. Pada zaman purba, China menggunakan sistem tulisan bagi menyatukan rakyatnya daripada pelbagai suku yang menuturkan bahasa yang tidak sama. Pada zaman moden pula, bahasa Jerman dan Itali digunakan untuk tujuan penyatuan di Jerman dan Itali. Indonesia menggunakan bahasa Indonesia untuk tujuan ini.
Dalam semua kes ini, bahasa didapati memang berjaya mendukung peranan murni ini. Untuk ini, ia mesti bahasa yang dikongsi bersama oleh masyarakat yang ingin disatukan itu. Lazimnya dalam hal ini, hanya satu bahasa digunakan dan saluran pentingnya adalah pendidikan.





Sehubungan ini, melalui Laporan Pendidikan Razak yang diperkenal pada 1956 dan kemudian termaktub dalam Akta Pendidikan 1961, tujuan utama sistem pendidikan kita ialah untuk menyatukan semua kaum dengan menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu, melalui penggunaan kurikulum yang sama. Ia masih menjadi tujuan dasar pendidikan kita sehingga ke hari ini.



Sistem pendidikan banyak aliran


Walaupun begitu, untuk memenuhi kehendak sesuatu kaum yang berhak memperoleh pendidikan dalam bahasa ibundanya, sistem pendidikan kita dari awal lagi hingga kini, tidak bersifat satu aliran, yakni menggunakan bahasa Melayu, seperti dicadangkan itu. Sebaliknya, ia terdiri beberapa aliran yang setiap satunya menggunakan bahasa berlainan sebagai bahasa pengantar, terutama pada pendidikan sekolah rendah. Dengan ini, bahasa Melayu hanya boleh mula digunakan sebagai alat penyatu pada pendidikan sekolah menengah saja.


Dengan sistem pelbagai aliran ini, proses penyatuan melalui penggunaan bahasa Melayu, hanya bermula di sekolah menengah untuk sebahagian besar golongan muda, khususnya yang menghadiri sekolah vernakular sebelum ini. Sudah tentu ini bukan cara terbaik untuk tujuan penyatuan seperti dihasratkan oleh sistem pendidikan kita. Adakah ia ikut menyebabkan polarisasi kaum yang banyak diperkata kini?



Polarisasi kaum yang menjadi begitu nyata melalui corak pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, sebenarnya sudah lama wujud. Sebelum ini, ia diperkata sekali-sekala dan tidak pun dianggap sebagai ancaman besar kepada keharmonian kaum di negara ini. Hakikatnya, masyarakat Malaysia tidak pernah bersatu dalam erti kata sebenar-benarnya. Sebaliknya, yang wujud ialah pautan sosial yang memperlihat hubungan etnik yang langsung tidak utuh.


Cina enggan kongsi bahasa


Pelbagai sebab boleh dihubungkaitkan dengan perkara ini. Antaranya sistem pendidikan kita yang gagal menyatukan semua kaum melalui penggunaan bahasa yang dikongsi. Kegagalan ini terletak pada keengganan sektor masyarakat tertentu, antaranya kaum Cina, untuk ikut merealisasikannya agar menjadi kenyataan.


Sehubungan ini, banyak usaha untuk memanfaatkan kepelbagaian aliran pendidikan ini untuk tujuan penyatuan, khususnya melalui bahasa Melayu, tidak diterima baik. Antaranya, pengenalan subjek baru Malaysia Negaraku, bakal diajar sekali minggu selama 30 minit, kepada murid Tahun Satu di semua aliran pendidikan, melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang diperkenal pada 2011. 



Ia yang dicadangkan disampaikan dalam bahasa Melayu, tidak diterima. Sebaliknya ia akan diterima jika disampaikan dalam bahasa Mandarin. Walaupun pelbagai alasan diberikan untuk penolakan ini, semuanya memperlihat kaum Cina tidak bersedia untuk bersatu melalui penggunaan bahasa Melayu.


Penggunaan bahasa Melayu untuk mengajar subjek ini sudah tentu bertujuan integratif. Selain boleh memupuk perasaan kebersamaan melalui kandungannya, bahasa Melayu yang digunakan itu boleh ikut memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita. Kedua-dua ini sebetulnya adalah sebahagian daripada semangat perpaduan yang amat penting dalam sebuah negara majmuk.


Penyatuan nasional yang kini akan menjadi agenda utama negara, untuk mempertingkat perpaduan kaum, perlu banyak membabitkan bahasa Melayu selaku bahasa negara, khususnya dalam peranannya sebagai bahasa kebangsaan. Melalui peranan ini, bahasa Melayu hendaklah diangkat semula untuk bukan saja mewakili setiap rakyat Malaysia. 



Tetapi yang lebih penting lagi ia adalah hak milik kita semua dan aspek penting mengenai kerakyatan kita. Dengan ini, ia wajar sekali dijadikan antara alat penyatuan nasional.


Penulis ialah 
Profesor Linguistik di
 Universiti Kebangsaan Malaysia 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BahasaMelayualatpenyatuannasional/Article/
Teruskan membaca..

Sifat lemah lembut eratkan silaturahim



Sifat lemah lembut

 eratkan silaturahim

Bersifat lemah lembut dalam berkata-kata dan bertindak adalah sifat yang disukai Allah SWT. Insan yang sengaja memilih berhias diri dengan sifat mulia terpuji ini bukan saja mewarisi keperibadian rasul yang mulia, juga memenuhi ciri keindahan Islam. 



Tanpa mengira di mana dan dalam suasana bagaimana, orang yang beriman sentiasa mempamerkan sifat lemah lembut, berlapang dada dan tenang. 



Sifat lemah-lembut, sopan, mudah mesra dan sabar sesungguhnya mempunyai kuasa tarikan yang kuat terhadap masyarakat yang melihat. Sifat ini sangat serasi dengan Muslim yang bertanggungjawab menyeru manusia lain ke jalan diredai Allah SWT. 





Sirah memaparkan bagaimana masyarakat jahiliah begitu senang menerima ajakan Rasulullah SAW mendekati agama Islam yang dibawanya. Jika berdakwah dengan cara kasar dan bernada sombong, sudah tentu tidak ada seorang pun yang terpengaruh, malahan semakin menjauh. 



Allah SWT berfirman: 

“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” 

(Surah Ali-Imran, ayat 159) 




Rasulullah mengutamakan kemesraan dan kelembutan dalam pergaulan. Walau ada saja orang yang ingin berbuat tidak baik atau sakit hati terhadap Baginda, namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya untuk menerangi manusia yang diselubungi kabus kejahilan. 



Rasulullah SAW tetap tidak berganjak daripada menunjukkan sikap manis dan tidak pernah menampak kemarahan di wajahnya. Tindakan beginilah yang diajarkan Rasulullah SAW kepada umatnya. 




Sifat lemah lembut bukan lemah 



Ada beranggapan jika berlemah-lembut dalam sesuatu perkara menunjukkan kelemahan atau sikap tidak tegas hingga mudah dipermain orang. Anggapan itu tidak tepat kerana lemah lembut bukan bermakna lemah, tetapi secara tidak langsung melahirkan kekuatan tersendiri.




Contohnya, guru di sekolah yang selalu berlemah-lembut, mesra dan kaya dengan senyuman dalam pengajaran serta pembelajarannya akan menzahirkan sifat kasih sayang hingga menumbuhkan rasa kecintaan dalam diri murid-murid dan hormat terhadap guru.




Namun apabila bersikap kasar dan selalu marah dengan muka bengis, nescaya akan ramai murid yang menghindari bahkan menyalakan api kebencian terhadap guru. Kesimpulannya, jika kita selalu berlemah-lembut terhadap sesama insan akan menghasilkan banyak manfaat dan kebaikan. 




Dari sudut lain, sifat lemah-lembut, berlapang dada dan sabar boleh menguatkan ikatan silaturahim sesama Islam, melenyapkan suasana perpecahan serta pergaduhan. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan atau tindakan yang boleh menghancurkan persaudaraan dan perpaduan. 

Teruskan membaca..

Wednesday, May 29, 2013

Penghulu Istighfar


Teruskan membaca..

Doa


Teruskan membaca..

Baha Zain dianugerah Sasterawan Negara Ke-12




Baha Zain dianugerah 

Sasterawan Negara Ke-12

 Baha Zain  dianugerah   Sasterawan Negara Ke-12  
 
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan
 Anugerah Sasterawan Negara kepada Baharuddin 
sambil diperhatikan Muhyiddin di Kuala Lumpur.
Penulis terima wang tunai RM60,000, kemudahan berkarya

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain malam tadi menerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Baharuddin.
Beliau menerima wang tunai RM60,000, watikah Sasterawan Negara Ke-12 selain kemudahan berkarya.


Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-12.

Muhyiddin dalam ucapannya, menyifatkan Baha Zain sebagai penulis yang amat prolifik dalam genre puisi dan kritikan sastera.

Suntik semangat
"Semoga anugerah diberikan ini akan menyuntik semangat kepada beliau untuk terus berkarya dan menyumbangkan buah fikiran ke arah pembangunan bangsa dan sastera kebangsaan," katanya.

Pada 15 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan Baharuddin sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Antara karya Baha Zain, 74, ialah puisi Topeng-Topeng (2003), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (DBP, 1978) dan Tiga Catatan Perjalanan (DBP, 1980).

Puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia dan Sepanyol.

Baharuddin juga pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010) dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011).

Anugerah Sastera Negara adalah anugerah tertinggi negara kepada sasterawan.

BERNAMA 
 




















Sumber
Teruskan membaca..

Tuesday, May 28, 2013

Renung Sejenak :)





Ketika

 

 

 Membahagiakan Orang Lain,

 

 

 Jangan Lupa 



Kebahagian Diri Sendiri

Teruskan membaca..

Tiger dan Klinik Veterinar


Inilah kaki TIGER yang sakit.
 Semoga TIGER cepat sembuh dari kesakitan kaki 
yang terseliuh hasil daripada
 "lompatan ala-ala kangaroo" :)


Teruskan membaca..

Pembelajaran maya guna telefon pintar


http://www.ceritaim.com/wp-content/uploads/2012/12/Cara-Dapatkan-Rebet-RM200-Telefon-Pintar-3G.png

Pembelajaran maya guna telefon pintar





















Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...