Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, February 10, 2014

:)


Teruskan membaca..

Pertandingan kepenggunaan tawar hadiah RM225,000


Pertandingan kepenggunaan 

tawar hadiah RM225,000

PETALING JAYA: Pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2014 anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM225,000. 
 
 
 
 
 
 


Presiden FOMCA, Datuk Dr N Marimuthu, berkata sebanyak 12 kategori dipertandingkan antaranya mengarang esei kepenggunaan, menghasilkan video montaj, melukis dan mereka bentuk poster grafik, melukis kartun, membuat blog dan fotografi. 
 
 
 
 
 
 
 

Beliau berkata, satu kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Anugerah Guru Hari Pengguna untuk mengenal pasti guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan dan mengiktiraf guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda berkenaan kepentingan ilmu kepenggunaan. 
 
 
 
 
 


"Pertandingan terbuka kepada semua dan kami mensasarkan sebanyak 200,000 penyertaan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, penuntut institusi pengajian tinggi dan orang awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan itu di sini hari ini. 
 
 
 
 


Pertandingan kali ke-13 ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pendidikan.
 
 
 
 
Tarikh tutup pertandingan ialah pada 4 Julai dan maklumat lanjut boleh diperoleh di www.mypengguna.com. 


- BERNAMA 
 
 
 
 
 
 
Sumber


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjo5cKspbMDDr0uWruUd8G5Kecx7t9fYjfL1kK7N-w9i338GOm38wxhTVnCM91c6pCUEU8Ikmqokrnn1jEP2_iZX7FCdJCwc4OZkhvmBtlDee2-_TrqeS_iBBbSpAMlar4XvftW66VvLoQ/s320/7.jpg
Teruskan membaca..

Syukur Alhamdulillah..


Syukur Alhamdulillah..
Teruskan pengajian !




Syukur Alhamdulillah..

Teruskan pengajian !

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...