Bagaimana menjadi seorang guru yang sentiasa dekat di hati pelajar? Sebagai panduan ada 10 tips bagaimana anda boleh menjadi seorang guru yang dihormati dan disayangi olah pelajar anda. 1. Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa hadir ke sekolah 2. Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa ada bila di perlukan 3. Guru yang dekat di hati pelajar kenal pelajar mereka secara lebih dekat 4. Guru yang dekat di hati pelajar perlu kenal ibu bapa mereka 5. Guru yang dekat di hati pelajar tahu apa yang mereka ajar 6. Guru yang dekat di hati pelajar menghadiri setiap acara sekolah 7. Guru yang dekat di hati pelajar tinggal dalam kejiranan sekolah 8. Guru yang dekat di hati pelajar makan di kantin sekolah 9. Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa berlaku adil 10. Guru yang dekat di hati pelajar tidak akan hilang sabar. sumber: The Teacher Julai 2009 |
Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Saturday, December 26, 2009
10 Tips Guru Dekati Pelajar
Takda tandas ke??????
Tetapi, dari segi kemudahan tandas, keluarga itu patut bersyukur kerana disediakan fasiliti yang baik berbanding di tempat lain. Terdapat tandas-tandas mencukupi yang terletak lima minit dari konsultan Amerika Syarikat (AS) dan terdapat sebuah lagi di bawah jalan yang sibuk.
Sejadah Ada Gambar Buah Mahjong
klik disini Kosmo!
Perginya Penulis Novel
|
|
Allahyarham yang turut mengalami komplikasi pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang sejak insiden tersebut menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Zainab Mohamad, 63 dan tiga anaknya. klik di sini Kosmo!
Peluang Saksi Fenomena Bulan Gerhana
|
Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.
Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.
Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.
Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.
Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.
Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.
Sumber : Utusan Malaysia