Wal Belah menunjukkan pokok buah ajaib
yang ditanamnya di Kampung Tambilaung, Kota Belud, baru-baru ini
BUAH ini dinamakan buah ajaib kerana keistimewaannya. Selain dipercayai dapat menghilangkan penyakit buasir, menurunkan tahap kolestrol dalam badan serta beberapa keistimewaan lagi, buah ini tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa pun yang pernah memakannya.
Rasanya seperti buah anggur dan mempunyai biji yang kecil. Setelah habis memakannya dengan cara dihisap seperti gula-gula, makanlah apa sahaja buah masam seperti limau kasturi sama ada yang muda atau masak, buah yang disangka masam itu akan berubah menjadi sangat manis!
Pokok buah ajaib ini ditanam oleh Wal Belah, 39, seorang petani muda dari Kampung Tambilaung, Kota Belud, Sabah.