Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, June 24, 2010

Bahasa Melayu


RAKYAT bukan Melayu negara ini termasuk juga
pelbagai syarikat dalam negara berterusan saja
memperlekehkan Bahasa Melayu.



Terakhir ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat gigiyang terkenal dalam negara ini, iaitu Colgate. Syarikat ini sejak beberapa hari kebelakangan ini gah dengan produk terbarunya untuk mereka yang mempunyai gigi sensitif.




Pada kotaknya tertera 'rujuk risalahdalam pek untuk maklumat terperinci'. Walau pun kenyataan ini kecil daripada keterangan dalam Bahasa Inggeris ia masih boleh dapat diterima. Tetapi dari penggunaan Bahasa Melayu ini berbanding dengan penggunaan Bahasa Inggeris sudah cukup jelas menunjukkan sikap syarikat ini terhadap Bahasa Melayu.




Tetapi apabila membuka pek ubat gigi itu dan melihat risalah yang disediakan di dalamnya mengukuhkan lagi kesangsian terhadap pandangan syarikat ini terhadap Bahasa Melayu. Risalah yang disediakannya itu hanyalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Satu patah perkataan Melayu pun tidak ada dalam risalah itu dan menunjukkan betapa ia cuba mengabui orang Melayu.




Apakah yang boleh kita simpulkan daripada tindak tanduk syarikat ini? Apakah ia tidak menunjukkan bagaimana ia tidak sedikit pun menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Bukankah ia adalah bahasa negara ini yang sepatutnya sudah digunakan oleh seluruh rakyat negara ini.




Kalau pun ramai daripada rakyat bukan Melayu negara ini tidak menghiraukan penggunaannya, sebagaimana sepatutnya, hampir 70 peratus daripada rakyat negara ini sememangnya mendaulatkannya. Apakah isyarat yang hendak diberikan syarikat ini terhadap penggunaan Bahasa Melayu?




Kalau beginilah sikapnya, apakah kita rakyat negara ini khasnya orang Melayu masih terus mahu menyokong produk syarikat ini? Umum mengetahui syarikat-syarikat seperti ini amat mementingkan keuntungan dan satu cara bagi kita menunjukan bantahan ialah dengan tidak membeli produknya.




Orang Melayu kini sudah mempunyai kuasa membeli dan semestinya menggunakan kuasa yang ada pada kita dengan berhemah, ia itu dengan memboikot saja produk mana-mana syarikat yang tidak menghormati kedudukan bahasa negara ini.




Sebelum ini pun, beberapa syarikat perumahan telah juga mengedarkan risalah mengenai rumah yang mereka sedang bina hanya dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. Yang menghairankan risalah-risalah itu diedarkan kepada penduduk sekitar Shah Alam di mana hampir 90 peratus daripada penduduknya adalah orang Melayu.




Sebelum itu, akhir tahun lalu salah satu syarikat pengeluaran syampu rambut pernah menyediakan iklan syampunya itu di eskalator pasar raya Tesco juga di Shah Alam hanya dalam Bahasa Mandarin. Selepas ditegur iklannya itu sudah ditukar dengan tidak menggunakan apa-apa pun tulisan kecuali namanya sahaja yang ditulis dalam rumi.




Tidak berapa lama kemudian sebuah syarikat cermin mata yang juga di Shah Alam telah mengedarkan risalahnya hanya dalam Bahasa Mandarin saja.




Apakah yang boleh kita simpulkan daripada sikap angkuh syarikat-syarikat ini? Apakah kini sudah ada semacam suatu usaha dari semasa ke semasa untuk menguji orang Melayu terhadap penggunaan Bahasa Melayu? Apakah syarikat-syarikat ini tidak tahu yang mereka beroperasi di Malaysia di mana bahasanya ialah Bahasa Melayu. Bolehkah kita bayangkan mereka ini tidak menggunakan Bahasa Thai di negeri Thai atau Bahasa Jepun di Jepun.




Kalau demikian halnya kenapakah di Malaysia mereka begitu mudah perlekehkan bahasa negara ini?




Maka itulah masanya sudah tiba bagi kita rakyat negara ini khususnya orang Melayu menunjukkan perasaan tidak senang kita terhadap anasir-anasir begini dengan memboikot terus produk mereka. Tindakan begini saja yang mereka ini faham.




Sumber : http : //www.utusan.com.my/



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...