Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, February 3, 2011

Mencari Untuk Ditinggalkan, Meninggal Untuk Bekalan











Mencari Untuk Ditinggalkan,

Meninggal Untuk Bekalan




Apabila kita lahir,
kita dapati kita sudah berada di dalam sebuah keretapi
dan kita hidup dalam salah satu bilik yang terdapat
dalam gerabak yang ada kamar.



Dari hari ke hari, kita berusaha bagi mencantiknya kamar kita itu,
kita pasang langsir, sofa baru, Televisyen Plasma, DVD Player,
pelbagai hiasan termasuk gambar Ijazah, gambar kahwin.
Setiap kali keretapi itu berhenti, kita akan tambahkan koleksi barang hidup kita termasuk kereta yang kita simpan di gerabak stor.



Kita beli jam tangan mencecah ribuan ringgit, walaupun waktu yang kita dapat tetap 24 jam. Kita beli pen yang berharga ratusan dan ribuan ringgit, walaupun cek yang ditandatangani dengan pen Kilometrico (berharga 70 sen) diterima oleh bank.



Kita juga beli rumah yang berharga paling
mahal yang bank dapat luluskan pinjaman kita,
yang kita dapat tetap sebuah atap, lantai, bilik dan dinding.



Keretapi sedang berjalan, keretapi itu sedang menuju
ke satu lagi dunia baru iaitu Taman Barzakh,
apabila keretapi yang kita naiki itu (masa) itu
sampai ke destinasinya, hanya kita sahaja yang turun
ke destinasi dan keretapi itu
berpatah balik ke dunia bersama
dengan harta-harta kita.



Kereta kita, rumah, pakaian,
jam semuanya diambil dari kita.
Penduduk dunia hanya hadiahkan kepada kita
dengan kain putih yang tidak berjenama
dan belum dijahit bagi dihiasi pada diri kita,
lalu kita dimasukkan ke dalam tanah.




Keretapi yang memuatkan bilik kita
dan harta dunia kita pulang dan segala kepunyaan kita
dibahagikan sesama ahli keluarga kita sama ada secara adil ataupun tidak.



Segala yang kita cari selama ini, semuanya untuk ditinggalkan.



Kita ditinggalkan di dunia kedua dan menaiki keretapi
yang seterusnya, tetapi kali ini, kita tidak lagi dapat
mengumpul harta, kerana ketika ini,
sepanjang tempoh perjalanan di Alam Barzakh,
kita hanya perlu mengeluarkan harta bagi membayar tol.



Bagaimana untuk kita ingin membayar tol di Alam Barzakh, jika semua harta kita tinggalkan di dunia? Satu-satunya harta yang diterima dan dapat dibawa ke Alam Barzakh adalah 'bekalan harta dalam bentuk pahala'.




Selepas menilai apa yang baik dan apa yang buruk




Renungkanlah .......



Dalam penghidupan,
pelbagai pengisian akan datang
dan memasuki diri kita,
apa yang pasti,
jadikanlah kebaikan sebagai teladan
dan yang buruk sebagai sempadan.
Sesungguhnya ..........
segala kebaikan adalah dari Allah
dan segala kelemahan
adalah atas kekurangan diri kita sendiri.
Buka pintu hati.........
kita pasti akan memahami.







Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...