|
1. Berfokus
| Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran. | | |
| Jangan
cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya,
guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila
pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan
berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh
bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang
lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak
hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar. |
| Teknik
berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan
pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga
semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh
berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas
itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. |
| Guru
yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah
yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang
kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar
pengajaran guru. | | |
2. Instruksi Secara Langsung
| Ketidakpastian
meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran dalam bilik
darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap
pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan
berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat
serta had-had masa untuk tugasan-tugasan. |
| Guru
boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh melakukan
aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk pelajar
berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain.
Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana
ia tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar
juga menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang
masa bebas untuk pelajar. |
3. Pemantauan
| Kunci
kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah.
Semasa murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa
kemajuannya. |
| Guru
yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3
minit pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar
telah bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan
oleh pelajar, dan memberi pengajaran bersifat individu. |
| Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama. |
4. Teladan
|
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan
dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang
bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi
contoh yang baik untuk pelajar. |
|
Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa
menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut
apabila ia menolong pelajar secara individu. |
5. Isyarat Bukan Lisan
| Untuk
mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan
isyarat bukan lisan seperti loceng atas meja, suis lampu, atau
'clickers'. |
| Isyarat
bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan
isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan -
apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap
dan turut angkat tangan. |
| Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih. |
6. Kawalan Persekitaran
| Sebuah
bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa
seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut
pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan
sesuatu mata pelajaran. |
| Pelajar
muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan item-item
peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahan-bahan
mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan perbualan
antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid, semakin
kurangnya masalah disiplin. |
| Walaupun
bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga sudut
yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk
mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian
kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang
hiasan untuk menjalankan kerja-kerja sendiri. |
7. Interversi Berprofail Rendah
| Kebanyakan
pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang
melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang
ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn
perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian
boleh dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap. |
| Guru
yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak
dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan
sentiasa rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba
menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap
pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah
dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa
terganggu. |
| Semasa
memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia
dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh,
ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara
yang natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai
6 biji rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan
Ado?" Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap
atau menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar
lain tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo. |
8. Disiplin Asertif
| Ini
merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang
dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa
dibenarkan mengganggu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan
dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsistennya. |
9. Mesej-Saya yang Asertif
| Salah
satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan
pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah
disiplin. |
| Mesej-mesej
ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh
murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah
laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak
baik. |
| Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'. |
| Guru
yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya
mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan
penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan
menjawab dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan
salah saya...'; 'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'.
Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid. |
10. Mesej-Saya yang Humanistik
| Mesej
ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini
terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah
laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'.
Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa
berhenti pengajaran saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh
guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.' |
| Contohnya
seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia
sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I
can not imagine what I have done to you that I do not deserve the
respect from you that I get from the others in this class. If I have
been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel
as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show
me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu! |
11. Disiplin Positif
| Gunakan
peraturan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki
dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada
'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik
dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai'
bukan 'Dilarang bergaduh'. |
| Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan. |
| Gunakan
pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh
pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman,
anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah
laku yang baik.
| | | |
|
|
|
|
|
| | | | | | | | |