Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, July 17, 2012

Muhasabah Diri






✗ TOLAK:


Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog,
“Alamak… nak pergi sekolah la pulak!
Hari-hari buat benda yang sama…. Hmph!”






✔ TAMBAH:


Celik mata terus berdoa:

“Ya Allah,
hari ini,
lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu,
dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu,
ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu,
indahkanlah perangaiku kepada
apa yang Engkau perintahkan.”





✗ TOLAK:


Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati,
“Bosan la cikgu ni.





✔ TAMBAH:


Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa.
“A’dzubillah… jauhkanlah aku
daripada gangguan syaitan yang terkutuk,
penipuannya bisikannya dan godaannya.”





✗ TOLAK:


Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara
yang tidak berfaedah sambil mengutuk.
“Buruknya perangai…. Ikut perangai atok nenek dia la tu!”




✔ TAMBAH:


Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa:



“Ya Allah
dengan kasih sayang-Mu,
perelokkanlah perangaiku dan orang disampingku
agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri.”





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL1cWMQkmUof7RLb3zPmcb06ZTIsp2ewIf_TTXb4ce4Tc3gJla43CVYZXIlo0DPr-h5rBW-GA9RjBoMHPPoFxvBAHyAYtqr8qscEBZmMLW7Fdnt4TygTBJDYya35y9dnP3Zgw03ajzoRvl/s1600/Tolak+yang+biasa,+tamnah+yang+baik.jpg





Sumber : Majalah Gen-Q










Teruskan membaca..

Imam Syafii - Kata-kata Mutiara Tentang Kehidupan





"Ya Allah,

Bukalah jiwaku ini

kepada perkara-perkara

yang baik-baik sahaja"

Amin



Kata-kata Mutiara


Imam Syafii tentang


Kehidupan



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgh8vzNTcuhOmKieDZ_eJacVwWcGu7FjYhbH2rIcwdvFrOFyE8-e-ccGk5BWMrMmsdOKEaG9NOkAyu0BnhEckHle1hVInC-bVC1FrTEEgwVsuW1qifx_ixqHtJpr5-1Nd9vrebtUMX8Qzkm/s1600/Kata+Mutiara+Imam+Syahfii+tentang+Kehidupan.jpg



1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.




2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.




3. Sesiapa benar dalam persaudaran dengan sahabatnya
diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.





4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklag dia mencari ilmu.




5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.




6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.




7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar. Manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.




8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya. Dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.




9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.




10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.












Sumber : Majalah Gen-Q











Teruskan membaca..

Pelantikan guru program pensiswazahan akan disegerakan





Pelantikan guru

program pensiswazahan

akan disegerakan

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, urusan pelantikan seramai 7,975 orang guru lulusan program pensiswazahan guru, akan dilakukan secepat mungkin.





Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru. "Penangguhan selama dua tahun untuk pelantikan itu telah menjadi satu daripada sebab ramai guru yang tidak mahu mengikuti program pensiswazahan. Pihak kementerian akan usahakan agar perkara ini diselesaikan secepat mungkin.







"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.








Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.









Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.









"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.

Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.







Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA








Teruskan membaca..

Juara SUKMA 2012-TERENGGANU



Terengganu juara






TEMASYA Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang telah melabuhkan tirainya di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi jelas sekali meninggalkan 1,001 kenangan buat tuan rumah, Pahang.

Bagaimanapun, tumpuan sudah pasti terarah kepada kontinjen Terengganu yang muncul juara keseluruhan Sukma buat kali keempat berturut-turut.

Pada edisi kali ini, Terengganu sekali lagi berada dalam kelas tersendiri apabila merekodkan 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa.

Ia dianggap kejayaan terbaik yang dilakar Terengganu yang meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa ketika kali pertama kontinjen yang digelar Terengganu Hanelang itu muncul juara kali pertama Sukma pada edisi 2008 di bumi sendiri.

Sementara itu, juara Sukma tujuh kali, Selangor pula terpaksa berpuas hati di tangga kedua apabila mengumpul 47 pingat emas, 54 perak dan 60 gangsa.

Tampil selaku tuan rumah, Pahang masih boleh berbangga apabila menempatkan diri dalam kelompok tiga kontinjen terbaik selepas mengutip 45 pingat emas, 50 perak dan 38 gangsa.

Selain kejayaan Terengganu mengungguli temasya Sukma buat kali keempat berturut-turut, dua atlet angkat berat, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus (Sabah) masing-masing diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma kali ini.

Pihak penganjur sebulat suara memilih Abdul Mubin dan Frenceay berdasarkan kejayaan mereka memecahkan rekod kebangsaan dalam kategori masing-masing.

Selaku penerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Sukma ke-15, Abdul Mubin dan Frenceay membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi.

Selain Abdul Mubin dan Frenceay, perenang Wilayah Persekutuan, Ian James Barr turut muncul sebagai atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsan pada Sukma kali ini menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

Selain tiga rekod kebangsaan, sebanyak 33 rekod Sukma berjaya diperbaharui, seterusnya meninggalkan memori indah buat kesemua 15 kontijen termasuk Brunei yang bertanding pada temasya kali ini.

Pada majlis penutup Sukma ke-15 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan upacara itu dalam suasana yang penuh gilang-gemilang dengan disaksikan lebih 30,000 penonton.

Najib dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar temasya seperti Sukma dapat diperluaskan di peringkat daerah bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu.

“Saya harap Sukma dapat berterusan menjadi ‘kilang’ atlet sukan negara berjuang pada temasya lebih besar seperti Olimpik. Jadi kita perlu lakukan sesuatu di peringkat daerah.

“Tahniah saya ucapkan kepada kontinjen Terengganu kerana muncul juara Sukma kali keempat berturut-turut selain pujian buat Pahang yang berlaku adil dalam setiap acara yang dipertandingkan,” katanya.

Majlis itu diakhiri dengan penyerahan bendera temasya yang menyaksikan Perlis bakal mengambil giliran menjadi tuan rumah Sukma 2014.

Sebaik menerima bendera Sukma daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Najib kemudiannya menyerahkan bendera itu kepada KetLinkua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong.





Sumber









Teruskan membaca..

Membina suasana harmoni dan muhibah di tempat kerja







Sifat sombong bunuh produktiviti




Suasana, budaya kerja muhibah mampu bendung sifat tercela






Minggu lalu saya sentuh ciri pertama hamba Allah SWT yang baik lagi beriman seperti difirmankan dalam surah al-Furqan, iaitu tidak sombong. Kali ini penulisan menjurus kepada sifat sombong yang disebut beberapa kali dalam al-Quran.





Firman Allah SWT:




“Sesungguhnya

Allah tidak menyukai orang yang sombong.”

(Surah al-Nahl, ayat 23).








Sabda Rasulullah SAW:







“Tidak akan masuk syurga

orang yang di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan.”

(Hadis Muttafaq ‘alaih)








"Maka masukilah pintu- pintu neraka jahanam,

kamu kekal di dalamnya.

Maka amat buruklah tempat orang

yang menyombongkan diri itu."

- Surah al-Nahl, Ayat 29








Kesombongan menyebabkan keingkaran terhadap perintah Allah SWT, sekali gus membawa kepada kekufuran seperti kisah kesombongan iblis dan penghinaannya terhadap Nabi Adam.






Sifat ini juga boleh membawa kepada kebinasaan apabila hubungan dan suasana persekitaran tidak dibina berasas nilai hormat menghormati dan saling kasih mengasihi. Justeru, impak negatif kesombongan perlu dilihat dari pelbagai aspek, termasuk kesombongan dalam bekerja yang menjejaskan nilai kehidupan.







Antara ciri kesombongan seperti membanggakan diri, menganggap diri lebih baik daripada orang lain, menghina dan memandang rendah, memperkecilkan usaha orang lain, enggan menerima pakai pandangan walaupun benar hanya kerana ia disuarakan oleh pekerja bawahan.







Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:






“Seseorang akan dianggap melakukan keburukan

apabila dia menghina saudara Muslimnya.”

(Hadis riwayat Imam Muslim).







Penyakit bunuh silaturahim





Kesombongan adalah penyakit yang boleh melunturkan dan membunuh semangat silaturahim menyebabkan usaha menzahirkan suasana kerja dan budaya organisasi muhibah sukar direalisasi.






Membina suasana harmoni dan muhibah di tempat kerja bukan saja dengan menerapkan nilai murni yang ditekankan dalam kalangan warganya, tetapi usaha menghindarkan nilai buruk yang boleh membantutkan matlamat serta usaha murni perlu diberi penekanan serius.







Kesan kesombongan bukan sekadar membina suasana kerja dan hubungan tidak harmoni, juga contoh amalan bekerja tidak sihat yang boleh menyebabkan berlakunya penderaan emosi terhadap pekerja.







Aspek penderaan emosi di tempat kerja adalah sesuatu yang sukar diukur dan dilihat kesannya secara langsung tetapi mampu menjejaskan keseronokan serta kepuasan bekerja. Kerana itulah sifat ini amat ditegah dan dicela dalam ajaran Islam.







Pantang larang






Beberapa pantang larang bagi menyelamatkan diri daripada amalan kesombongan dalam bekerja boleh dijadikan panduan dan peringatan iaitu kesombongan dalam tutur kata dan tingkah laku.






Cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kesat sama ada kepada rakan atau staf bawahan. Kedua, elakkan menggunakan kata-kata sindiran dan yang merendah-rendahkan. Ketiga, elakkan memberi gelaran tertentu yang menjatuhkan maruah diri seseorang.







Dari sudut tingkah laku pula, cuba elakkan gerak geri dan tindak balas yang memperkecilkan hasil usaha orang lain seperti tidak memberikan apa-apa reaksi positif, sebaliknya menghentak meja, menghempaskan fail, kertas kerja, produk dan sebagainya apabila tidak berpuashati.







Elakkan memperlekeh atau tidak menunjukkan minat terhadap pandangan orang lain, menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk mengetepikan pekerja tidak disukai atau mengambil yang disukai, memanipulasi tenaga pekerja bawahan secara tidak adil dan berhemah.







Semua bentuk tutur kata dan tingkah laku yang mengandungi nilai kesombongan adalah gambaran kerja tidak berakhlak atau beretika.







Kesan menjaga komunikasi






Justeru, jika seseorang pekerja itu mempunyai pangkat dan kedudukan tinggi atau sesebuah organisasi yang cemerlang pencapaiannya tetapi mengamalkan cara dan suasana bekerja begini, maka pada hakikatnya, ia dianggap sebagai pekerja dan organisasi yang tidak cemerlang.







Sebaliknya, jika kita dapat menjaga komunikasi dan gerak kerja daripada sebarang bentuk kesombongan, terutama apabila dalam situasi tertekan, ia adalah suatu tanda kejayaan ketahanan peribadi pekerja.






Oleh itu, marilah bersama mempromosikan suasana dan budaya kerja muhibah dengan membendung nilai kesombongan daripada setiap tindakan ketika bekerja.










Penulis ialah

Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (UM)






Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...