Photobucket

Sahabat Maya :

Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Keputusan PMR diumumkan 19 Disember ini


http://iprom.edu.my/v1/wp-content/uploads/2011/12/Exam-results.jpg

Keputusan PMR diumumkan 19 Disember ini 

 

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan. 
 
 


Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi, pada hari yang sama.
 
 
 
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu. 
 
 


Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - BERNAMA 
 
 
 
Teruskan membaca..

Thursday, October 3, 2013

Friday, December 23, 2011

Tingkatan Empat Bukan Masa Berehat


Tingkatan Empat Bukan Masa Berehat





TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa.




Belajar dari kesilapan dan cuba untuk memperbaiki pencapaian anda dalam peperiksaan yang jauh lebih penting iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kumpulan pelajar yang memperoleh keputusan PMR ini akan melangkah masuk ke peringkat menengah atas.




Ramai yang berpendapat Tingkatan Empat ialah tahun honeymoon. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. Tiada istilah bulan madu atau honeymoon dalam usaha memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya yang lebih mustahak.




Sebahagian soalan dikemukakan dalam peperiksaan SPM dalam semua mata pelajaran seperti Matematik, Sejarah, Biologi dan Sains ialah soalan dalam topik yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat walaupun peperiksaan SPM hanya diambil ketika mereka berada pada tahap Tingkatan Lima.



Justeru teruskan momentum kecemerlangan anda apabila melangkah masuk ke Tingkatan Empat. Dengan menguasai topik dalam apa jua mata pelajaran yang diajar ketika mereka berada dalam Tingkatan Empat, jadi beban untuk menguasai konsep sesuatu mata pelajaran yang diajar dalam Ting-katan Empat dan Tingkatan Lima sedikit sebanyak dalam dikurangkan ketika mereka berada di Tingkatan Lima.




Di samping itu, strategi pembelajaran yang berkesan perlu dipraktikkan agar sesuatu konsep yang dipelajari dapat dikuasai untuk jangka yang panjang.




Pelajar Tingkatan Tiga yang bakal memasuki Tingkatan Empat kebiasaannya akan memilih aliran yang mereka minati. Kebiasaannya pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam PMR lebih cenderung memilih aliran sains tulen dan kejuruteraan.
Pelajar yang berada dalam kumpulan yang kurang bernasib baik lebih cenderung untuk memilih aliran vokasional dan sebagainya. Justeru, pelajar perlu bijak memilih aliran mengikut tahap kebolehan dan minat mereka.




Jangan memilih aliran tertentu disebabkan mengikut kawan sedangkan diri sendiri tidak berminat dengan aliran berkenaan.




Banyak kajian yang membuktikan sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Begitu juga terdapat sebilangan pelajar yang memilih aliran yang lebih ‘glamour’ seperti sains tulen dan kejuruteraan sedangkan aliran itu tidak sepadan dengan tahap kemampuan mereka. Jadi pelajar perlu ‘ukur baju di badan sendiri’ supaya aliran yang bakal dipilih tidak menjadi beban untuk diikuti sehinggalah ke peperiksaan SPM. ada dua belas mata pelajaran.




ABDUL HALIM ABDULLAH,


Fakulti Pendidikan,


Universiti Teknologi Malaysia,


Skudai, Johor.





Teruskan membaca..

Thursday, December 22, 2011

Pelakon komedi bangga anak peroleh 8A dalam PMR



Pelakon komedi bangga anak peroleh 8A dalam PMR

DIDIE  menganggap pencapaian cemerlang Nur Dinie sebagai hadiah paling bernilai untuknya bagi tahun ini.
DIDIE menganggap pencapaian cemerlang
Nur Dinie sebagai hadiah paling bernilai untuknya bagi tahun ini.




KUALA LUMPUR: Anak pelakon komedi popular, Didie Alias, Nur Dinie Mohd Ridzuan, 15 yang memperoleh pencapaian cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Khamis lalu menghadiahkan kejayaan terbabit kepada ibunya yang banyak berkorban mencari rezeki membesarkan mereka lima beradik.




“Saya tidak mampu membalas jasa mummy dengan wang ringgit sebaliknya dengan kejayaan mendapat keputusan cemerlang ini diharap mampu membahagiakan mummy. Mummy memang mengharapkan semua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan mendapat segulung ijazah.



“Waktu di rumah saya belajar mengikut jadual disediakan manakala di sekolah dan kelas tambahan yang dihadiri, saya akan tumpukan sepenuh perhatian kepada kelas.
“Saya berterima kasih kepada mummy yang banyak berkorban serta guru dan rakan yang banyak membantu mengulang kaji pelajaran,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang saintis dan ahli astronomi.




Sementara itu Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad menganggap pencapaian cemerlang anak ketiga daripada lima beradik itu sebagai hadiah paling bernilai untuknya bagi 2011.




“Sebagai seorang ibu saya amat berbangga dengan keputusan cemerlang yang diperoleh Dinie dan segala penat lelah mencari rezeki dalam industri seni ini seakan berbayar.




“Saya akui jarang membahagikan masa bersamanya kerana sibuk dengan aktiviti seni, namun jika ada masa terluang saya duduk bersama dan memantau setiap perkembangan pembelajaran dan aktiviti persekolahannya selain menghantarnya menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.






Teruskan membaca..

Sisipan Minda bantu cemerlang

Sisipan Minda bantu cemerlang


CALON Pendidikan Khas, Muhammad Danial Zainuddin,16  dan adiknya Nurul Diana Zainuddin,15  mendapat keputusan 9A  dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik semalam.

CALON Pendidikan Khas, Muhammad Danial Zainuddin,16
dan adiknya Nurul Diana Zainuddin,15 mendapat
keputusan 9A dalam peperiksaan PMR di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik semalam.





Calon anggap rujukan mudah difahami, bahan latih tubi terbaik





KUALA LUMPUR: Kebanyakan calon yang menggunakan akhbar sisipan Minda terbitan Berita Harian pada setiap Selasa sebagai bahan latih tubi, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan, semalam.
Malah, beberapa calon bukan Melayu turut menganggap Minda bahan rujukan terbaik terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) kerana penerangan diberikan jelas, disertakan contoh dan mudah difahami, sekali gus membantu mereka memperoleh A dalam subjek itu.





Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Perempuan) Methodist, Kuala Lumpur, Serafim Rumiris Putri, berkata beliau menggunakan Minda sebagai bahan rujukan dan latih tubi tambahan terutama bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran BM.






Beliau yang bertutur bahasa Indonesia di rumah, berkata menghadapi masalah menguasai BM dengan baik, tetapi penggunaan Minda sejak Tingkatan Satu berjaya mengatasi kelemahan itu hingga berjaya memperoleh A dalam PMR.







“Apabila sudah banyak membuat latihan bagi soalan yang sukar dan mudah dalam Minda, saya lebih bersedia dan yakin menjawab soalan dikemukakan dalam PMR,” katanya.






Bagi pelajar SMK Assunta, Petaling Jaya, Karishma Thillinadan, fokus terbaik dalam Minda ialah BM dan Sejarah kerana soalan latihan dikemukakan setiap ming- gu mempunyai standard lebih tinggi serta sukar berbanding pelajaran dalam kelas, sekali gus membantu calon meningkatkan pencapaian.







Beliau yang bercita-cita menjadi doktor pakar pergigian berkata, pengisian Minda sangat bermanfaat membantu calon PMR meraih kecemerlangan kerana disediakan guru pakar.






Kebaikan Minda turut diakui pelajar SMK Sinar Bintang, Segambut, Choo Han Lim, yang mula menggunakan sisipan itu sejak tahun lalu dan berjaya meningkatkan pencapaiannya dalam semua mata pelajaran.






Choo berkata, kandungan fokus BM dalam Minda banyak membantunya memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran penting itu kerana penerangan diberikan mudah difahami, selain kepelbagaian bentuk soalan boleh menguji penguasaan tatabahasa calon.






Sementara itu, sekolah yang menggunakan sisipan Minda turut mencatatkan keputusan cemerlang dalam PMR termasuk SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara yang melanggan Berita Harian sejak 2009 apabila 54 pelajarnya mendapat semua A.






Pengetuanya, Kek Lee Beng, berkata peratus lulus tahun ini iaitu 87.9 dengan gred purata 2.12 meningkat berbanding 86 peratus pada 2010.






















Teruskan membaca..

34,271 calon dapat A









34,271 calon dapat A



PMR











PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.






Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.




"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.



Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.




Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.








Teruskan membaca..

PMR: 12 calon berkeperluan khas dapat semua A







PMR: 12 calon berkeperluan khas dapat semua A

PUTRAJAYA: Pencapaian calon berkeperluan khas dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua subjek.



Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata jumlah itu adalah peningkatan berbanding hanya lima pelajar pada PMR 2010.


“Seramai 208 calon mendapat minimum gred D, 33 mendapat gred E dan 1,117 mendapat kombinasi gred,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini, hari ini.


Abd Ghafar berkata, prestasi mata pelajaran pendidikan kesenian yang merangkumi Seni Tari, Muzik Teater dan Seni Visual juga meningkat.



Ini adalah tahun ketiga kementerian itu menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam PMR kepada pelajar di Sekolah Seni Johor Baharu, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak.



Pencapaian dalam bidang kesenian itu ditaksir oleh guru masing-masing dan penaksir luar membabitkan tenaga pengajar Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. - BERNAMA





Teruskan membaca..

PMR: Prestasi Bahasa Melayu, Cina, Iban dan Pendidikan Islam menurun






PMR:

Prestasi Bahasa Melayu, Cina,

Iban dan Pendidikan Islam menurun



PUTRAJAYA: Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.




Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.



"Bagi Bahasa Cina, sekali pun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing.




Katanya, calon yang mendapat gred A dalam subjek Matematik juga meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, sementara subjek Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.




Bagi mata pelajaran Sejarah, pencapaian gred A menurun 0.9 peratus kepada 20.4 peratus berbanding 21.3 peratus, tahun lalu.




Seramai 441,137 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah tersebut 34,271 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. - BERNAMA






Teruskan membaca..

Keputusan PMR 2011 terbaik tempoh 4 tahun




Keputusan PMR 2011 terbaik tempoh 4 tahun



PUTRAJAYA: Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.





Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.






Teruskan membaca..

Monday, December 19, 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpHpqUcMCNsHtXARyyDa-6CcIINQuhtTp20MUnaqPGeYY4xHUIuFQtCNw_8-oxqZKd11WB4MHOVyPCuOGo8I9FeBvLYOIHuGMWP55T9QBEq8LuKpyFTAfBuAcskgDZ9vDfx4Vm1AdN9jM/s1600/Banner+Semakan+Result+PMR+2011%25281%2529.jpg




Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011




Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.




Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.





Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.


















Teruskan membaca..

Monday, October 3, 2011

Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011.






:love:

Jadual Peperiksaan PMR 2011



Peperiksaan PMR 2011

akan dilansungkan pada

4 – 11 Oktober 2011.



Semoga keputusan peperiksaan sebenar

akan lebih baik daripada keputusan percubaan,

InsyaAllah.



Berikut Jadual Peperiksaan PMR 2011 :


  • 4/10/2011-Selasa : Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am), Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am) dan Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm).


  • 5/10/2011-Rabu : Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am), Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am) dan Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm).


  • 6/10/2011-Khamis : Science Kertas 1 (8.10 – 9.10), Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm) dan Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm).

  • 10/10/2011-Isnin : Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am), Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm) dan Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm).


  • 11/10/2011-Selasa : Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am), Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2 dan Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm).




Untuk mendapat maklumat lengkap


sila ke website


Kementerian Pelajaran Malaysia



Selamat menghadapi Peperiksaan PMR 2011 .

Semoga semua calon mendapat keputusan

yang paling cemerlang.

















Teruskan membaca..

Thursday, December 23, 2010

Best PMR results in four years; 30,863 score straight As






Best PMR results in four years;

30,863 score straight As


PETALING JAYA: A total of 30,863 candidates scored straight As in the 2010 Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination, a 0.65% increase from last year and the best PMR results in the past four years.



Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud said, however, that the results for candidates in the special category (kids with disabilites) saw a slight decline.



DG said the ministry would conduct an analysis to look into the causes.



A total of 479,675 candidates took the exam this year.




=============



30,863 Calon PMR


2010 Dapat Semua A


PUTRAJAYA: Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A,peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini, Khamis.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.

Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93 manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya.

Abdul Ghafar berkata pencapaian calon "istimewa" pada tahun ini secara keseluruhannya menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas, walaupun jumlah yang menduduki peperiksaan bertambah daripada 1,188 kepada 1,345 orang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai lima pelajar berjaya mendapat semua A, berbanding tujuh tahun lepas manakala 146 pelajar melepasi tahap minimum berbanding 161 sebelumnya.

Abdul Ghafar berkata enam mata pelajaran menunjukkan kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lepas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merupakan tahun kedua diperkenalkan dalam peperiksaan PMR, Bidang Tari menunjukkan pencapaian tertinggi daripada segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (pencapaian tertinggi), diikuti Teater, Muzik dan Seni Visual. - BERNAMA


Teruskan membaca..

Sunday, October 10, 2010

No more PMR exam



Tiada lagi PMR pada 2016

SYDNEY 9 Okt. - Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016.

Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011.

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.

"Maka pada ketika itu, kita akan adakan UPSR (format baru) dan mungkin PMR dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi," katanya selepas bersarapan pagi dengan media Malaysia dan para pegawainya di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan itu sejajar dengan tuntutan masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan peperiksaan.

Menurutnya, masa diperlukan untuk perubahan dasar bagi memberi peluang pelajar yang masih berada dalam sistem pelajaran sekarang meneruskannya dengan ujian sedia ada.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, cara penyampaian mata pelajaran masih lagi terikat dengan apa yang sudah sedia ada.

Muhyiddin menjelaskan, UPSR akan berubah bentuk dan format, antaranya mengurangkan komposisi subjek teras kepada 60 peratus dan menambah pemberat komponen kokurikulum serta subjek yang dianggap penting seperti sivik kepada 40 peratus dalam pentaksiran keseluruhan.

Subjek teras di peringkat UPSR ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia (Penulisan dan Kefahaman).

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira input dan pendapat jawatankuasa meja bulat penambahbaikan yang telah bersidang sebanyak tiga kali.

Sejajar dengan transformasi PMR kepada format baru itu pula, Muhyiddin telah meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melihat aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah yang berkecenderungan untuk bersikap berat sebelah dalam pemberian markah kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Penilaian berasaskan sekolah bermakna pelajar akan diminta membuat folio daripada projek yang disediakan oleh guru sekolah. Contoh terdekat amalan format baru yang sedia ada adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pengajian Asas Fardu Ain (Pafa).

Muhyiddin berkata, beliau bercadang membawa perkara itu ke Kabinet kerana pastinya ada minat daripada masyarakat untuk mengetahui tujuan dan langkah penambahbaikan serta inisiatif baru yang hendak dibuat supaya sistem pendidikan di Malaysia tidak cenderung kepada peperiksaan semata-mata.

Bagaimanapun, katanya, perkara pokok dan penting ialah setiap peringkat kemajuan murid akan dapat nilai.

"Sesiapa pun perlu mengetahui kemajuan anak-anak mereka di sekolah," katanya.

Beliau berkata, secara umumnya masyarakat bersetuju UPSR perlu dikekalkan tetapi mereka juga berpendapat mesti ada penambahbaikan.

Di atas premis inilah, katanya, maka Kementerian Pelajaran perlu memikirkan langkah penambahbaikan antaranya mengubah suai komposisi subjek teras, mungkin daripada keseluruhan 100 peratus, maka 60 peratus sahaja komposisi adalah berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih yang akan diumumkan kelak.

"Baki 40 peratus adalah atas dasar kokurikulum, bidang sivik serta bidang-bidang yang dianggap penting dan perlu, tetapi pada waktu sekarang tidak dinilai secara saksama.

"Jadi ini dikira perimbangan yang sesuai. Yang ini pun perinciannya akan kita umumkan kemudian," katanya.

Bagi PMR pula, Muhyiddin berkata, umum bersetuju peperiksaan tingkatan tiga itu tidak perlu diteruskan.

Katanya, dalam dialog meja bulat yang terakhir juga, jawatankuasa bersetuju dengan cadangan kementerian supaya PMR diubah bentuknya kepada penilaian yang dibuat di sekolah.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan tanggapan penilaian berbeza-beza, jelas beliau, adalah menjadi peranan LPM untuk menyelaras bentuk-bentuk ujian yang akan dilakukan.

"Ini untuk mengelakkan berat sebelah atau kecenderungan sekolah memberi markah yang lebih baik untuk sekolah mereka," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara muktamad dalam seminggu dua ini apabila laporan lengkap sampai ke tangannya.

Beliau juga memberitahu, kementerian tidak melakukan persidangan meja bulat tersebut secara serta-merta tetapi setelah melakukan ujian rintis di banyak sekolah.

Ujian rintis melibatkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi pada 2009.




No more PMR exam


PETALING JAYA: The national education system is set to undergo a major change in 2016 when the Penilaian Menengah Rendah (PMR) public examination for Form Three students is replaced with school-based assessment.

The change will also see the syllabus for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examination for Year Six pupils improved, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said yesterday.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said his announcement comes after two roundtable sessions.

Other developments:

> The Malaysian Examination Syndicate will be roped in to run the school-based PMR assessment;

> Parents have voiced fears that such an assessment will be taken less seriously by students;

> Teachers want extra help to run the school-based PMR assessment.


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...