Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Saturday, September 21, 2013
TAJUK TUGASAN:MORFOLOGI BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN
KOMUNIKASI
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA
MELAYU
SEMESTER 1, SESI 2013/2014
TAJUK TUGASAN:
BIL
|
TUGASAN
|
PERATUS
MARKAH
|
|
ARAHAN
1. Kerja
kursus perlu bersifat ilmiah dari segi persembahan isi, rujukan, kupasan isi
atau hujah, pemaparan idea, dan format penulisan.
2. Kerja
kursus tidak melebihi 25 halaman, dan sekurang-kurangnya 20 halaman (tidak
termasuk kulit).
3. Anda
perlu mengambil 2 buah buku sebagai sumber/rujukan untuk dibuat perbandingan.
4. Buku
ulang kaji atau buku kerja pada peringkat PMR, SPM dan STPM tidak boleh
dijadikan sumber rujukan bagi menghasilkan kerja kursus.
5. Anda
perlu memberikan pendapat/pemahaman anda sendiri tentang tajuk tugasan anda.
6. Anda
TIDAK DIBENARKAN menyalin bulat-bulat artikel/tulisan daripada sumber yang
anda rujuk tanpa menyatakan sumbernya.
7. Plagiatrisme
dan berkongsi tugasan adalah dilarang sama sekali. Jika didapati, anda perlu membuat
tugasan semula atau digagalkan kerja kursus tersebut.
8. Kandungan
kerja kursus:
1. Konsep/definisi
2. Ciri
(jika berkaitan, jika ada)
3. Jenis/Bentuk/Golongan
(jika berkaitan)
4. Perbandingan/Dapatan/Perbincangan
5. Kesimpulan
6. Rujukan
7. Lampiran
(jika ada)
9. Kerja
kursus hendaklah ditaip langkau 1.5.
10.
Tarikh menghantar kerja
kursus pada atau sebelum:
MINGGU 10 (18 hingga 24 November 2013)
11.
Kerja kursus MESTI dihantar
dengan dua cara, iaitu melalui
(i) MyGuru 3 (tapak assignment)
(ii) Secara pos laju, berdaftar, atau kurier
kepada
pensyarah/tutor e-learning masing-masing.
12. Penghantaran kerja kursus melalui e-mel peribadi
pensyarah/tutor tidak dibenarkan. Jika pelajar masih
menghantarnya, kerja kursus itu tidak akan dibuka, dibaca
atau dinilai.
13. Untuk makluman pelajar, kerja kursus tidak perlu dihantar
dalam bentuk CD.
14.
Kulit kerja kursus adalah
seperti format yang diberikan.
TAJUK:
Pilih mana-mana satu tajuk daripada yang berikut:
1.
Perbandingan bentuk awalan
meN-.
2.
Perbandingan bentuk awalan
peN-.
3.
Perbandingan jenis kata
majmuk.
4.
Perbandingan jenis kata
ganda.
5.
Perbandingan golongan kata
nama.
6.
Perbandingan golongan kata
kerja.
7.
Perbandingan kata
adjektif.
8.
Perbandingan kata adverba.
Tajuk yang disenaraikan di atas tidak
dinyatakan buku yang dirujuk. Andalah yang memilih buku-buku tersebut untuk
dibuat perbandingan. Contoh tajuk kerja kursus.
Perbandingan bentuk awalan meN-
antara Tatabahasa Dewan
dengan Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.
Perbandingan golongan kata nama antara Morfologi dengan
Tatabahasa Asas.
Perbandingan jenis kata ganda antara Tatabahasa Dewan
dengan Nahu Melayu Mutakhir.
Perbandingan golongan kata kerja antara
Tatabahasa Dewan
dengan Tatabahasa Asas.
Buku yang boleh dijadikan perbandingan
(Cadangan):
1. Abdullah
Hassan, 2006. Morfologi. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
2. Ahmad
Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton
Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas.
Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
3. Ahmad
Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata
dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4. Arbak
Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
5. Asmah
Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir
Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Hasan
Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa dan Anton M.Moeliono, 2000. Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi
Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka.
7. Nik
Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Zainal
Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita
Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
|
50
|
Tajuk Tugasan:Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu
BML3043
Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu
Sila jawab 3 soalan berikut dalam kerja kursus anda.
1. Apakah yang anda
faham tentang :
a.
Linguistik. Berikan dan huraikan tiga cabang
ilmu Linguistik.
b.
Fonetik dan Fonologi. Berikan definisi dan
contoh-contohnya. Terangkan matlamat akhir pengajian Fonetik dan Fonologi
bahasa Melayu.
2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan bunyi vokal
asli dan bunyi konsonan asli bahasa
Melayu.
3. Dengan memberikan contoh yang sesuai huraikan Sistem Ejaan Baharu
Malaysia-Indonesia tahun 1972. Huraikan 18 pola keselarasan vocal ejaan
tersebut dan serta contoh-contoh di mana sesuai.
(45
Markah)
Perhatian:
Bagi membantu anda menjawab tiga jenis soalan yang
dicantumkan dalam kerja kursus ini, anda dinasihatkan merujuk dan meneliti
buku-buku berikut:
1. Linguistik, Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah.
(Jawapan
bagi soalan 1 dan 2)
2. Kuasai Sistem Ejaan Baharu
Bahasa Melayu (2010) oleh Abdul Hamid Mahmood.
(Jawapan
bagi soalan 3)
3. Bahan rujukan lain yang berkaitan bagi memantapkan pengetahuan
anda dalam ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu
Penilaian Prestasi
Pelajar
berdasarkan pembahagian berikut:
1. Tugasan 45
%
2. Forum 15
%
3. Peperiksaan
Akhir 40 %
Subscribe to:
Posts (Atom)