Thanks Google :)
Biayai pelajaran dengan najis yak
BAGI kita yang tidak pernah ke Nepal tentu amat sukar membayangkan
kehidupan ‘asli’ di sana di mana penduduk di desa Simen terpaksa
berjalan kaki selama lima hari untuk sampai ke pekan terdekat, ibu bapa
membayar yuran sekolah anak-anak mereka dengan kayu api atau najis
haiwan (sebagai baja) dan tiada langsung sentuhan kemodenan. Namun kini,
keadaan mula berubah.
Keadaan di Simen amat berbeza dengan Dho Tarap, walaupun ia hanya dipisahkan oleh dua kampung. Di kampung Dho Tarap, perniagaan mula berkembang dan cakera satelit yang memancarkan rancangan gusti Amerika kini dipasang di sebelah bendera sembahyang di kawasan tinggi Himalaya, Dolpa Atas apabila ia membuka pintunya kepada dunia luar.
Penempatan tertinggi di dunia itu kini mempunyai masa depan yang berbeza - kanak-kanak seperti Pema Lama bakal mengharungi pengalaman baru yang lebih menyeronokkan.
Ibu bapa Pema tidak mampu untuk membayar 3,000 rupee (RM107) yuran sekolah untuk enam bulan dan seperti kebanyakan jiran, mereka memberi kayu api atau tahi yak (lembu bertanduk panjang, berbulu tebal dan berjumbai-jumbai yang terdapat terutama di kawasan pergunungan Himalaya dan Tibet) yang ditimbang sebagai ganti wang bagi menyekolahkan anak.
“Sekolah tidak mempunyai banyak duit,” kata guru Pema, Sonam Tsering, 26, sambil menikmati teh masin Tibet yang disediakan di dapur kayu di Sekolah Rendah Shree Tsering Dolma.
“Pelajar perlu membawa 50 kilogram kayu api dan jika mereka tidak dapat menyediakannya, bawalah sebanyak mana tahi yak dan kuda,” sambung Tsering.
Dolpa Atas, kawasan penempatan tersembunyi di celah ngarai dan sungai, tampak seolah-olah ‘tertutup’ dan terpisah dari kawasan lain di Nepal. Ia terletak di ketinggian 5,100 meter dari aras laut.
Tanda utama kawasan ini ialah puncak gunung yang bertumpu di penara (dataran tinggi) Tibet di mana ia mempunyai laluan berliku yang digunakan oleh petani dan penternak nomad untuk membawa haiwan ternakan mereka iaitu yak hitam ke selatan bagi meragut rumput khususnya pada musim sejuk.
Ia mempunyai ladang kecil yang dipenuhi tanaman seperti barli, gandum kuda, kentang dan lobak putih, namun hasil tanaman ini tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk di sini.
Yak, kambing dan biri-biri membekalkan susu, mentega dan daging. Bulunya digunakan untuk membuat pakaian manakala kulit dijadikan kasut but. Kebanyakan penduduknya bertutur dalam dialek Tibet dipanggil Dolpo dan kadar celik huruf amat rendah iaitu kira-kira 20 peratus.
Disebabkan musim sejuknya yang melampau, dalam setahun pelajar di sini hanya bersekolah selama enam bulan saja. Pada musim panas pula kebanyakan pelajar menghabiskan masa bersama ibu bapa mencari yarchagumba, iaitu cendawan liar yang didakwa mempunyai khasiat untuk menguatkan tenaga batin.
Sebenarnya Dolpa Atas hanya dibuka kepada pendaki luar negara pada pertengahan 1990 dan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengkelaskan ia sebagai tempat terburuk di dunia dalam aspek keselamatan makanan kerana ketiadaan akses ke sini akibat bentuk muka bumi berbatu yang sukar didaki.
Namun, pada jarak beberapa hari berjalan kaki, di kampung Dho Tarap, keseronokan dan masalah kehidupan abad ke-21 boleh dirasai.
Di Rumah Rehat Caravan, salah satu hotel yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan di kawasan ‘kampung tertinggi di dunia’ itu, Jyampa Lama, 42, duduk dengan selesa sambil menonton televisyen skrin pipih barunya.
Dia berpindah ke kampung yang terletak 4,200 meter dari aras laut itu 18 tahun lalu dan membuka rumah rehat berkenaan untuk meraih pendapatan daripada kemasukan pelancong selepas pembukaan trek mendaki dan pertambahan pencari cendawan yarchagumba yang melalui kampung itu.
“Sekarang ada 252 rumah di kampung ini dan mungkin 10 daripadanya sudah ada televisyen. Kebanyakan penduduk masih tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar atau di dalam negara ini. Tapi keadaan itu mula berubah.
“Generasi baru kini pergi ke sekolah, belajar bahasa Nepal dengan bantuan penderma antarabangsa. Malah, mereka juga belajar berhubung dengan dunia luar,” katanya.
Lama berkata, sejak dia membeli televisyen berkenaan, dia dapat mengetahui dan mengikuti berita dalam dan luar negara. Bahkan dia juga boleh menjemput rakan-rakannya menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris dan WWE Wrestlemania - dua rancangan kegemarannya.
Dolpa Atas dijangkakan akan mendapat faedah daripada segi kewangan dengan keterbukaannya menerima budaya Barat apatah lagi dengan kehadiran trek pendakian baru dipanggil Great Himalayan Trail, iaitu antara trek terpanjang dan tertinggi di dunia yang melewati daerah berkenaan.
SNV, organisasi pembangunan Belanda yang bertanggungjawab membuka laluan berkenaan kini sibuk melatih penduduk tempatan untuk mendaki trek sepanjang 1,700 kilometer supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan kepada pendaki luar negara dan menawarkan makanan serta tandas ala Barat yang lebih baik.
Pun begitu kemasukan wang pelancong ini ada keburukan tersendiri, kata Amchi Namgayal Rinpoche, 44, sami Tibet yang menetap di Dho Tarap sepanjang hayatnya.
“Orang sekarang sudah ada duit dan kemahiran ketukangan tangan kini perlahan-lahan menghilang. Dulu penduduk di sini menghasilkan lukisan thanka (lukisan daripada sulaman benang sutera) dan membuat kasut mereka sendiri.
“Pelancong datang ke sini memakai pakaian dan kasut yang cantik dan jika orang ada duit, mereka juga mahukan benda yang sama. Apabila ada duit, ada saja yang kita mahukan,” katanya.
Menurutnya lagi, walaupun kehadiran televisyen dianggap rahmat, tetapi pada masa sama imej budaya Barat yang dipaparkan boleh memberikan kesan negatif dan merosakkan. - AFP