Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, May 28, 2011

Celik emosi bantu bentuk peribadi mulia





Bersama Prof Dr Sidek Baba



CELIK emosi tidak sama dengan cerdas emosi, tetapi celik emosi ada kaitan dengan cerdas emosi. Celik emosi sifatnya intuitif dan cerdas emosi berhubung rapat dengan kecerdasan intelek.



Kesuburan kecerdasan intelek menjadi lebih bermakna apabila dihubungkan dengan kecerdasan emosi kerana kecerdasan emosi memberi kestabilan dan perimbangan pada diri, terutama apabila membuat pertimbangan serta melakukan amalan.



Kesuburan kecerdasan intelek apabila dihubungkan dengan kecerdasan emosi menjadikan seseorang lebih baik dan celik. Kecelikan emosi menjadikan seseorang lebih bijaksana dalam mengawal dan memandu emosi.



Kecelikan emosi selalunya dipandu oleh ilmu, tidak hanya kepada sumber akliah tetapi merujuk sumber naqliah ataupun wahyu yang darinya seseorang mendapat hikmah yang menjadi suluh kepada akal dan emosi.



Hasil pemikiran, dapatan dan pengalaman tanpa disuluh oleh hikmah tidak memberi makna hakiki yang menjadikan emosi celik.



Kecelikan emosi yang menyebabkan berlakunya perimbangan antara akal dan emosi, membantu tindakan ke arah lebih baik dan bijaksana.



Manusia memiliki emosi, naluri dan nafsu. Naluri merangsang keinginan manusia terhadap sesuatu, nafsu menyebabkan sesuatu keinginan disempurnakan.



Sekiranya emosi celik dan sihat, naluri dan nafsu akan menjadi sihat juga. Celik emosi membimbing manusia mengetahui buruk dan baik akan sesuatu itu.



Celik emosi menyebabkan seseorang mencari dan memilih jalan terbaik bagaimana rangsangan naluri dan dorongan nafsu menemui titik-keseimbangan.



Sekiranya seseorang yang sudah aqil baligh dirangsang naluri dan nafsu yang tinggi untuk berkawan serta bergaul, kecelikan emosi yang dipandu kecerdasan akal menyebabkan seorang tahu batasan berkawan.



Celik emosi menyebabkan seseorang itu lebih amanah dalam memanfaatkan naluri, nafsu dan menjadi sumber kepada daya kawalan yang baik terhadap diri serta perlakuan.



Seperti juga tubuh badan yang sihat adalah hasil makanan dan penjagaan yang sihat. Apabila berlaku celik emosi, seseorang tidak lagi dalam kejahilan.



Ada juga orang yang memiliki kecerdasan intelek dan emosi tetapi tidak menjadikannya celik untuk mengetahui benar atau salah sesuatu.



Allah memberikan manusia yang beriman dan bertakwa dengan faktor celik emosi supaya pilihan yang dibuat adalah betul serta tepat.



Seorang remaja yang melayari internet memiliki kecerdasan intelek untuk masuk ke laman tertentu tetapi tanpa emosi yang celik, ia mungkin terdorong masuk ke laman lucah kerana naluri ingin tahu remaja mendorongnya melakukan demikian.



Bagaimanapun, celik mengenai hukum serta salah benar sesuatu menyebabkan emosinya terkawal dan memilih jalan terbaik masuk ke laman yang lebih memberi manfaat ilmu atau maklumat.



Meskipun jika masuk ke laman tidak baik, orang lain mungkin tidak tahu, tetapi celik emosinya meyakini Allah lebih mengetahui. Celik emosi sebegini menjadikan emosi seseorang sihat.



Emosi sihat bagi seseorang amat penting kerana ia ibarat air jernih yang bertakung di tasik hati dan rasa. Status air tenang dan jernih (nafs al mutmainnah) ini tidak menggelora nafsu untuk melakukan kemungkaran.



Ia dibayangkan oleh Imam Ghazali dalam menghubungkan faktor indrawi dengan kalbu. Kalbu ibarat mudrikah (takungan) yang menerima sumber dari pancaindera.



Sekiranya apa yang dilihat, ditonton, dibaca, ditatap, didengar, dihidu, disentuh dan dirasa itu sumber yang keruh atau toksik, maka bakal menjadikan emosi keruh, kacau dan bercelaru.



Sebaliknya, jika yang meresap masuk ke dalam kalbu atau tasik hati itu sesuatu yang jernih maka kejernihan yang bakal terpancar dari hati dan emosi.



Anak sejak di awal umur lagi memerlukan pupukan emosi yang baik dan stabil. Justeru, menyuburkan celik emosi menjadi perkara utama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.



Anak-anak lahir dalam keadaan fitrah dan dari sejak lahir hinggalah ke aqil baligh, adalah tempoh yang amat kritikal dalam mendidik dan menjadikannya celik emosi.



Menyayangi anak, membisikkan kalimah baik dan merangsang, menjadikan diri sebagai contoh terbaik, kesabaran menghadapi kerenah mereka, kesediaan melakukan apresiasi, menegur secara bijak dan meyakinkan, tidak mendidik secara menggertak dan menakutkan adalah langkah yang boleh menjadikan anak celik emosi.



Sekiranya asas itu diberi dengan memahami pertumbuhan akal, jasmani, emosi dan rohani anak-anak, kita telah memberi asas tapak dalam sikap, cara berfikir, cara tingkah laku dan membuat keputusan.



Menjadikan anak celik akal perlu diperkukuhkan dengan ilmu, bimbingan dan pedoman yang betul menjelang remaja dan zaman dewasanya.



Begitu juga celik emosinya bagi membantunya membuat pilihan yang betul dan seimbang apabila berkata-kata, memberi reaksi terhadap sesuatu, memilih jalan untuk membuat keputusan malah mengungkapkan sesuatu sebagai bahan ilmu.



Celik emosi menghubungkan emosi dan perasaan seseorang dengan daya kawalan yang baik, pertimbangan betul, keputusan bijaksana, langkah telus, komunikasi sihat dan akhirnya memberi keyakinan tinggi terhadap seseorang.



Kecerdasan akal dan kecerdasan emosi menjadi pemangkin utama terhadap celik emosi kerana inilah asas emosi yang fitrah.





















Teruskan membaca..

Psikologi Pendidikan











PSIKOLOGI PENDIDIKAN







Psikologi pendidikan



ialah kajian tentang



perlakuan atau tingkah laku manusia



di dalam proses



pengajaran dan pembelajaran



di dalam bilik darjah.





Pentingnya psikologi pendidikan kepada guru :



  • Guru memahami mengapa pelajar bertingkah lagu begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri.


  • Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu.


  • Guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi.


  • Guru dapat merekacipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajarnya terutamanya pelajar bermasalah.


  • Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya.


  • Guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar.













Teruskan membaca..

Mata kanan buta dicucuk pensel







Gambar Kartun



Mata murid buta dicucuk pensel





Mohd. Saiful menunjukkan mata kanannya yang buta akibat dibuli.

TELUK INTAN - Masa depan seorang murid lelaki Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Lampam dekat sini kabur apabila mata kanannya dikhuatiri buta akibat dicucuk dengan pensel mekanikal oleh rakan sekelasnya kelmarin.



Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Saiful Nizam, 10, mendakwa dia dibuli sekumpulan rakan sekelasnya sebelum mata kanannya dicucuk dengan pensel.



Menceritakan semula kejadian itu, Mohd. Saiful yang merupakan seorang pendiam berkata, sebelum kejadian dia yang berjalan menuju ke kelas selepas tamat waktu rehat sesi pagi ditahan sekumpulan rakan.



"Mereka minta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu dan terus masuk ke dalam kelas.



"Semasa berada dalam kelas, mereka pegang tangan dan kaki saya sementara salah seorang daripada mereka ambil pensel mekanikal dan cucuk mata saya," katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.



Mohd. Saiful mendakwa, selepas kejadian itu dia mengerang kesakitan sebelum dibawa ke hospital oleh guru sekolah tersebut.



Dakwa kanak-kanak itu, dia pernah dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya sebelum ini tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dibelasah.



Difahamkan, sebelum ini, kumpulan pelajar tersebut pernah mengajak Mohd. Saiful menyertai geng mereka tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian.




Kosmo! Online


=======

===============


Buta sebelah mata dicucuk pensel







TELUK INTAN 27 Mei - Seorang murid tahun empat bukan sahaja sering dibuli malah kini buta sebelah penglihatan setelah mata kanannya didakwa dicucuk dengan pensil oleh tiga rakan kelasnya, kelmarin.

Mohd. Saiful Nizam, 10, dari Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu Sungai Lampam, dekat sini mendakwa, dia dipegang kaki dan tangannya sebelum salah seorang rakannya itu mencucuk matanya.

Katanya, dia yang kesakitan kemudian dibawa ke hospital oleh guru sekolah berkenaan.

“Semasa saya sedang berjalan ke kelas selepas rehat, kumpulan murid itu menahan dan meminta saya melakukan sesuatu tetapi saya tidak mahu.

“Selepas berada dalam kelas, mereka melepaskan kemarahan dengan membuli saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan hari ini.

Tambahnya, dia kerap dibuli kumpulan murid berkenaan tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut dibelasah lebih teruk.

Mohd. Saiful berkata, kejadian tersebut benar-benar membuatkannya takut untuk ke sekolah.

Sementara itu ibunya, Salasiah Matrai, 28, berkata, doktor yang merawat anaknya memaklumkan mata Mohd. Saiful sudah tidak boleh berfungsi kerana kanta mata rosak.

“Saya kasihan sangat, dia masih kecil, kenapa diperlakukan sebegitu rupa,” katanya.

Bapa tiri mangsa, Rosli Nordin, 24, mendakwa, dia sudah membuat aduan kepada guru sekolah berhubung perbuatan murid berkenaan yang kerap mengganggu anaknya itu tetapi tidak diendahkan.

“Saya berharap pihak sekolah dapat menyelesaikan masalah ini bagi mengelak anak orang lain menjadi mangsa perbuatan jahat itu,” katanya.

Pegawai Pendidikan Hilir Perak, Mohd. Rawi Mohd. Isa ketika dihubungi hari ini memberi jaminan akan menyiasat kes tersebut.


Utusan Malaysai Online








Teruskan membaca..

Guru Bahasa Inggeris perbodohkan pelajar






Pelajar terkilan

sikap guru Bahasa Inggeris

perbodohkan pelajar



KAMI pelajar tingkatan tiga di SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong amat kecewa dengan sikap seorang guru bahasa Inggeris yang berkelulusan dari universiti di Amerika Syarikat.

Pada hari pertama beliau memasuki kelas kami, kami begitu bangga dan teruja kerana mendapat guru bahasa Inggeris lulusan dari luar negara.



Tentu hebat orangnya, tentu juga hebat cara mengajarnya dan tentu sekali harapan kami akan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih cepat dan mudah.




Malangnya, apa yang kami harapkan tidak kesampaian. Pada setiap hari, beliau memulakan pengajarannya dengan memperbodoh-bodohkan kami, mukanya tidak pernah menyenangkan hati kami dan ada kalanya menyalahkan guru bahasa Inggeris kami yang terdahulu.




Agaknya, begitulah caranya lulusan luar negara mengajar? Memaki, menghina, menjatuhkan maruah kami?




Semuanya ini berbeza dengan guru bahasa Inggeris kami yang terdahulu, iaitu lulusan dalam negara saja. Mereka begitu sabar, teliti, sentiasa memberi motivasi dan tekun mengajar, malah tidak kedekut dengan masa, tenaga malahan wang ringgit.




Jika guru lulusan Amerika ini terus mengajar kami, saya rasa akan gagal dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kelak.




Mohon jasa baik pengetua menggantikan guru ini dengan guru bahasa Inggeris lain yang lebih memahami jiwa, kehendak dan pencapaian kami.





PELAJAR TERHINA,
SMKDS.






Berita Harian Online: 28 Mei 2011







Teruskan membaca..

HALA TUJU YANG PENUH ERTI








HALA TUJU YANG PENUH ERTI




1. Jika nak jadi BUNGA,

jadilah bunga bangsa yang paling HARUM.




2. Jika nak jadi BATU,

jadilah BATU PERMATA yang amat berharga.




3. Jika nak jadi BURUNG,

jadilah burung yang TERBANG LAJU.




4. Jika nak buat KERJA,

buatlah sehabis BAIK.




5. Jika nak BELAJAR,

belajarlah dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH.




6. Jika nak BERBUDI,

biarlah berbudi kepada KEDUA IBU BAPA dan GURU.




7. Jika nak HIDUP BAHAGIA,

hiduplah dengan NAMA BAIK DAN MULIA.









Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...