Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


DOA Akhir Tahun



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 


Maksudnya : 

Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka. 



DOA Awal Tahun



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ 



Maksudnya :



 Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Teruskan membaca..

Sekolah integrasi pertama Kemboja

Sekolah integrasi pertama Kemboja


Masjid lama terpaksa digunakan untuk menjadi kelas bagi murid lelaki disebabkan permohonan pelajar yang semakin meningkat setiap tahun.


JIKA di Malaysia, sekolah berstatus integrasi bukan suatu yang baru untuk diperkenalkan. Malah rata-rata pelajar semestinya mempunyai keinginan untuk bersekolah di sekolah tersebut.




Namun, berbeza dengan sistem pendidikan yang diamalkan di negara Kemboja. Walaupun pusat pengajian dan sekolah semakin giat dibina seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, tetapi semuanya hanya memfokuskan kepada satu aliran sahaja dalam setiap sekolah tersebut.





Dalam erti kata lain, pendidikan aliran akademik dan agama perlu diasingkan. Mengikut peruntukan pendidikan di negara itu, percampuran itu dikhuatiri boleh mengakibatkan kekeliruan dalam fikiran pelajar terhadap pelajaran yang didedahkan.





Mengambil risiko demi kelangsungan intelek pelajar masyarakat Kemboja, Koperasi Muslim Kemboja (CMC) yang dinaungi EQurban Resources Sdn. Bhd. menubuhkan Sekolah Integrasi Nurul Iman.





Sekolah yang terletak di Kompong Chroymentry Wilayah Kandal itu merupakan sekolah berstatus integrasi yang pertama ditubuhkan di negara itu.

Pengetua Sekolah, Yusof Abdullah berkata, mencetuskan suatu pembaharuan dalam sektor pendidikan di negara itu, pihaknya berusaha untuk mempertahankan dan mengembangkan sekolah itu agar lebih membangun.




Beliau berkata, percampuran aliran itu diwujudkan bertujuan untuk memaksimumkan kebolehan pelajar dalam menguasai ilmu dunia dan akhirat.

"Bagi memaksimumkan kemahiran pelajar, Sekolah Nurul Iman menyediakan peluang kepada pelajar untuk mempelajari kedua-dua aliran iaitu akademik dan agama. Pelajar bukan sahaja dapat menguasai salah satu, malah kedua-dua sekali.






"Ini adalah bertepatan dengan doa yang sering kita baca untuk mengecapi kebaikan di dunia dan akhirat. Untuk memperoleh kejayaan di dunia kita memerlukan ilmu duniawi, begitu juga untuk berjaya di akhirat memerlukan ilmu.





"Oleh itu, di sekolah ini kita mendidik pelajar supaya menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat," katanya ketika di temui baru-baru ini.




Setelah tiga tahun terbina, antara kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut ialah kelas, pejabat guru, makmal komputer, masjid dan perpustakaan.





Sekolah Integrasi Nurul Iman kini menempatkan seramai 257 murid peringkat menengah dan 150 murid peringkat rendah.





Yusof berkata, bagi membahagikan aliran persekolahan, sekolah ini akan beroperasi pada dua sesi iaitu pagi dan petang.





"Aliran agama akan diadakan pada kelas sesi pagi, manakala akademik pula pada sebelah petang. Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan dan percampuran sukatan pelajaran yang diajar dalam kalangan murid.
"Antara subjek diajar dalam pengajian agama termasuk Tauhid, Hadis, Feqah, al-Quran, Bahasa Arab, Tafsir, Nahu dan Sirah Nabi, manakala mata pelajaran bagi akademik pula seperti Bahasa Kemboja, Kimia, Riadah, Fizik, Biologi dan sastera," katanya.



Sekolah tumpuan





Walaupun penubuhan Sekolah Integrasi Nurul Iman mendapat tentangan pada awalnya daripada sesetengah pihak, kejayaan yang dibuktikan daripada para pelajar dan kesungguhan pengasas sekolah membuatkan ia semakin menjadi pilihan masyarakat.





Pegawai Ketua Operasi EQurban Resources Sdn. Bhd., Masrukhin Marzoki berkata, pihaknya kini terpaksa membuat tapisan kepada pelajar yang didapati layak bersekolah di sekolah tersebut.






"Untuk mencetuskan sesuatu yang baru bukannya suatu yang mudah. Dan pastinya ia akan mendapat tentangan daripada banyak pihak. Namun, konsisten terhadap objektif asal penubuhan sekolah, kita meneruskan juga.
"Hasilnya, setelah tiga tahun beroperasi, Sekolah Integrasi Nurul Iman mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Bilangan murid semakin bertambah setiap tahun.




"Sekolah ini bukan dibina untuk mengkhususkan pelajar pintar atau bermotifkan keuntungan, tetapi bertujuan untuk memberikan pelajaran kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan ditimpa nasib malang dalam kalangan penduduk Kemboja," katanya.




Tambahnya, sekolah itu juga mempunyai talian dengan beberapa universiti tempatan yang membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Kita lebih menggalakkan pelajar sekolah supaya menyambungkan pelajaran ke universiti tempatan. Ini kerana bagi menggalakkan rakyat Kemboja dapat menyumbang kepada negara sendiri selepas tamat pengajian.




"Hakikatnya apa yang berlaku adalah, segelintir pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di luar negara tidak pulang untuk berbakti di tanah air kerana selesa berada di negara tersebut," jelasnya.




Pihak sekolah kini sedang dalam usaha meluaskan sekolah tersebut berikutan permintaan pelajar dan keperluan pendidikan yang mendesak di kawasan itu.
Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Combodian Muslim Cooperatives bernombor, 000010100874801 atau mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.cmc.org.kh. 






Sumber




Teruskan membaca..

Iktibar peristiwa hijrah Rasulullah



Iktibar peristiwa hijrah Rasulullah

 


Muhasabah diri tak lakukan
 perbuatan bertentangan syariat

 

Esok, kalendar Islam akan bertukar ke tahun baru 1434 hijrah. Sambutan awal Muharam atau Maal Hijrah di Malaysia disambut pada peringkat negara dan tema kali ini ialah ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
 
 

Hijrah bertitik tolak daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan banyak peristiwa penting berlaku selepas itu. Pastinya, banyak pengajaran dapat dipelajari daripada perjuangan Rasulullah yang sewajarnya dijadikan iktibar.




Firman Allah SWT:



“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan – adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 110)

 
 
 
Allah SWT tidak menjadikan sesuatu peristiwa itu sia-sia bahkan ada pengajaran atau ‘ibrah’ di sebaliknya bertujuan sebagai pengajaran serta panduan kepada umat berikutnya.

Firman Allah SWT: 
 
 
 
“Demi sesungguhnya, 

kisah nabi-nabi itu 

mengandungi pelajaran 
 
yang mendatangkan iktibar 

bagi orang yang 

mempunyai akal fikiran.
 
 (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) 

bukanlah ia cerita yang diada-adakan, 

tetapi ia mengesahkan 

apa yang tersebut dalam
 
 kitab agama yang terdahulu daripadanya,
 
 dan ia sebagai keterangan 
 
yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, 

serta menjadi hidayah 

petunjuk dan rahmat
 
 bagi kaum yang (mahu) beriman.” 
 
(Surah Yusuf, ayat 111)


 
 
Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sebagai pemimpin dan pembawa kebenaran kepada seluruh umat. Banyak sirah Baginda yang berlaku untuk membimbing kepada jalan kebenaran.



Maksud hijrah



Perkataan ‘hijrah’ bermaksud berpisah atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan dalam konteks lain, hijrah juga dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku. Dalam hal ini Allah SWT menyarankan umat Islam berhijrah ke arah iman lebih kukuh dan mantap.




Setiap manusia yang hidup pasti akan menerima ujian, lebih-lebih lagi orang yang beriman. Semakin tinggi darjat keimanan seseorang itu, maka semakin tinggilah ujian keimanan yang akan dihadapinya.

 



Antara ujian itu disebut dalam firman Allah SWT: 
 
 
 
 
“Kemudian, 

sesungguhnya Tuhanmu
 
 (memberikan pertolongan) 

kepada orang yang telah berhijrah
 
 sesudah mereka difitnahkan 
 
(oleh kaum musyrik), 

kemudian mereka
 
 berjihad serta bersabar;
 
 sesungguhnya Tuhanmu -
 
 sesudah mereka menderita
 
 dan bersabar dalam perjuangan –
 
 adalah Maha Pengampun, 

lagi Maha Mengasihani.”
 
 (Surah an-Nahl, ayat 110)


Hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad kerana hijrah adalah antara cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci serta menjaga kehormatan diri.

 


Ini bertepatan firman Allah SWT: 
 
 
 
“Sesungguhnya 

orang yang beriman, 

dan orang yang berhijrah 

serta berjuang pada jalan Allah
 
 (untuk menegakkan agama Islam),
 
 mereka itulah orang
 
 yang mengharapkan rahmat Allah
 
 dan (ingatlah), 
 
Allah Maha Pengampun,
 
 lagi Maha Mengasihani.”
 
 (Surah al-Baqarah, ayat 218)
 

 
Sempena sambutan tahun baru hijrah 1434 ini, sewajarnya setiap kita bermuhasabah diri atau memperbetulkan amalan supaya tidak melakukan perbuatan bertentangan syariat Islam agar sambutan yang diadakan lebih bermakna.

 
 
 
Transformasi lebih berjaya

 
 
 
Ini selaras persetujuan ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi adalah titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat dan menjurus seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.

 
 
 
 
Umat Islam di negara ini hendaklah mengambil peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW untuk menghayati ajaran Islam supaya hidup mereka lebih bermakna serta berjaya. Biarlah niat hijrah kita menjanjikan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.


 
Firman Allah SWT: 
 
 
 
“Dan sesiapa
 
 yang berhijrah pada jalan Allah
 
 (untuk membela dan menegakkan Islam),
 
 nescaya ia akan dapati
 
 di muka bumi ini tempat berhijrah
 
 yang banyak dan rezeki yang makmur; 
 
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya
 
 dengan tujuan berhijrah kepada Allah
 
 dan Rasul-Nya, kemudian ia mati
 
 (dalam perjalanan), maka sesungguhnya
 
 telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. 
 
Dan (ingatlah)
 
 Allah Maha Pengampun, 
 
lagi Maha Mengasihani.”
 
 (Surah an-Nisa’, ayat 100)

 
 
 
Selain itu, semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud doa awal tahun yang sering dibaca bagi menyambut tahun baru hijrah yang bermaksud: 
 
 
 
“Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”

 

Semoga kehadiran 1 Muharam 1434 akan membawa kebaikan dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat. Marilah bersama menghayati firman Allah SWT: 
 
 
 
 
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian 

kepada tali Allah (agama Islam), 

dan janganlah kamu bercerai-berai;
 
 dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu
 
 ketika kamu bermusuh-musuhan
 
 (semasa jahiliah dulu), lalu Allah 

menyatukan di antara hati kamu 
 
(sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), 

maka menjadilah kamu
 
 dengan nikmat Allah itu
 
 orang Islam yang bersaudara dan 

kamu dulu telah berada 

di tepi jurang neraka 
 
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah),
 
 lalu Allah selamatkan kamu
 
 dari neraka itu
 
 (disebabkan nikmat Islam juga).
 
 Demikianlah Allah
 
 menjelaskan kepada kamu
 
 ayat-ayat keterangan-Nya,
 
 supaya kamu mendapat 

petunjuk hidayahNya.” 
 
(Surah Ali-Imran, ayat 103) 


Penulis ialah 
Pegawai KAGAT dan kini bertugas 
di Pusat Psikologi dan Kaunseling 
Markas Tentera Darat, 
Kementerian Pertahanan Malaysia
 
 
 
 
 
 
 
 
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...