Apabila temanmu
berubah dan bertukar keadaannya
jangan engkau tinggalkan dia kerana.........
sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.
Bersendirian lebih baik..........
daripada mengambil teman duduk
dengan orang jahat
dan teman duduk orang baik adalah lebih baik
daripada duduk bersendirian.
Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan
bukanlah kerana membenci mereka
tetapi................
kerana kita bermuka-muka dengan mereka.
Tidak ada orang yang berjaya
dalam keadaan dirinya
tidak pernah sedia untuk berjaya.
Kalau dia ``berjaya``.............
itu bukan kejayaan tapi kebetulan.
Memendam rasa,
baik yang elok mahupun yang tidak
semuanya pasti meletup.
Yang diperam pasti masak,
yang direbus pasti mendidih,
yang ditanak pasti menjadi bubur.