Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, May 9, 2013

Quote

http://24.media.tumblr.com/tumblr_mcbn80faMF1rgbzb0o1_500.jpg
 
Quote to share:




'The most 

important thing

 in the Olympic Games 

is not to win 

but to take part,

 just as 

the most important

 thing in life is

 not the triumph

 but the struggle. 

The essential thing is

 not to have conquered

 but

 to have fought well.'



-Pierre de Coubertin-


 

 
 http://24.media.tumblr.com/tumblr_m8gpvnMLMh1rzmi5do1_500.jpg
 
 
"It is not 
 
what is poured 
 
into a student
 
 that counts
 
 but
 
 what is planted."
 
 -Linda Conway
 
 
 http://24.media.tumblr.com/tumblr_mecwn34BjV1r7879so1_500.jpg

Teruskan membaca..

Cara Merawat Demam Menurut Islam

[demam.JPG]


Cara Merawat Demam Menurut Islam

oleh: 

Ustaz Wahid Abd Haniff



Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. 
timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda,
 akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis
 yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, 
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 


“Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin 
yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah
 memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya
 seraya berfirman:


“Tulislah untuk hamba-Ku ini, 
setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan
 yang biasanya dia lakukan ketika dia
 tidak terkekang dengan belengguKu.” 


Abu Hurairah r.a berkata: 

“Tidak ada penyakit yang menimpaku
 yang lebih aku sukai daripada demam, 
sebab demam merasuk setiap organ tubuhku,
 dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala
 bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”



Sejukkannya dengan Air


Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi 
hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: 


“Apabila salah seorang di antara kamu 
diserang demam dan demam itu adalah
 percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan
 demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam
 di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi 
selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari.
 Dan hendaklah ia mengucapkan:


Maksudnya: 

“Dengan nama-Mu ya Allah, 

sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan

 benarkan bimbingan Rasul-Mu.”


Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. 
Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari.
 Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari,
 dengan izin Allah.



Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya demam itu merupakan
 legakan api neraka jahanam, maka s
ejukkanlah ia dengan air.”

 (Riwayat Muslim no. 5889)


Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., 
bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

 “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu
 berpunca daripada bahang api neraka.
 Jadi, sejukkanlah ia dengan air.”

 (Riwayat Muslim no. 5882)


Membaca Ruqyah


Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca
 doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam
 juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat
 Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, 
bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa
 sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya:


 “Dengan nama Allah yang Maha Besar, 
aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung
 daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”


Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis
 iaitu daripada Anas r.a. kata: 

“Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha.
 ketika Aisyah terkena penyakit demam panas
 seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana
 ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu 
akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu
 membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu
 daripadamu.’
 Aisyah berkata:
 ‘Ajarilah aku.’

 Baginda bersabda:


Maksudnya: 

“Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis
 dan tulangku yang lembut daripada 
panasnya kebakaran.”


“Ya Ummu Mildam (demam), 
jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, 
maka janganlah kamu memeningkan kepala, 
membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah 
tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang
yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” 

Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga
 rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, 

“Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan
selain Allah dan Muhammad adalah
 hamba dan Rasul-Nya.”



Berpunca daripada Bahang Neraka?


Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w.
 “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam 
yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, 
“Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”
Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. 
Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan 
kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar 
atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan,
 keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t. 




Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis
 tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam
yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik 
matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan 
panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai 
bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan 
disentuh panas tersebut.


Maksud Air



Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air”
 juga terdapat dua pengertian.  
Pertama bermaksud segala jenis air.
 Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar.
 Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam
bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari 
dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita:
 “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, 
tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata :



‘Sejukkan dengan air zamzam kerana
 Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), 
‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu
 berpunca daripada bahang api neraka jahanam. 
Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ 
atau Baginda s.a.w. menyebut,
 ‘Air zamzam.’



Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga 
terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yan
g disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat 
air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. 
Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah 
air itu hendaklah digunakan untuk
 disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang 
yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji. 



Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud 
sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan.
 Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan 
disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: 


“Jika salah seorang di antara kamu demam,
 hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk
 selama tiga malam pada waktu fajar.”
 (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)


Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada 
Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: 

“Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, 
maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.”


 Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, 


“Hadis tersebut sahih dan para
 perawinya boleh dipercayai.” 


Yang dimaksudkan dengan peniup tungku
 adalah peniup tungku 
tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini 
dalam bentuk kiasan sahaja.


Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan 
daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:



 “Demam adalah sebahagian 
daripada pakaian api neraka,
 maka sejukkanlah ia menggunakan air.” 

Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, 
Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda
 jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” 

(Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)


Jangan Mencela Demam


Di dalam kitab al-Sunan daripada
 Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: 


“Suatu ketika ada
 orang membicarakan mengenai demam 
dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki 
mencela penyakit tersebut. 
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud):


 ‘Jangan mencela demam sebab demam
 dapat menghapuskan dosa sebagaimana api 
melenyapkan karat daripada besi.’

(Riwayat Ibn Majah)


Menurut riwayat sebuah athar iaitu,
 “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”


Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.


Sumber: SOLUSI

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaiUprbDdOHzn0HIOmpFqglivS8NzRdKjAJ08-wJGFWAHymfVeA9BVx-M_Snpp9HMY9LUvsTLomOWVfHC2aStk1nL5Bc8TVjmLTTqLNdsDlKqivu3KbCxMnXzUMx5VuCts4opSrPTA9XI/s1600/syafakallah.jpg 


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...